CHAPTER 27

94 8 8
                                    

Di chapter sebelum ini Ali bertarung melawan Lucas di tournament ujian ketiga dan seperti yang kita tahu Ali memenangkan pertarungan itu dengan mudah dan membuat Lucas menerima tumbuk kan sekaligus rasa malu yang tidak dapat ia lupakan lalu selepas pertarungan itu Ali sempat melihat ke arah Elise dan menatapnya

Dan untuk berapa saat mereka berdua saling menatap satu sama lain dengan sorakan penonton yang kuat di stadium itu lalu Ali pun turun dari Platform arena itu dan berjalan masuk ke dalam laluan menuju ke ruangan rehat dan Noelle pun turun dari tempat duduk dan pergi ke ruangan menunggu dimana didalamnya ada Ali yang sedang berehat sambil minum air

"Ah abang! Heheh tahniah sebab berjaya kalahkan si bodoh tu hehe"

Noelle terlihat sangat gembira kerana Abangnya itu berjaya mengalahkan Lucas yang selalu membulinya ketika ia masih lemah lalu Ali yang melihat keceriaan Noelle itu menepuk kepalanya dengan lembut sambil ia tersenyum hangat kepadanya

"Jangan seronok sangat lepas ni giliran Noelle pulak kan?"

Tanya Ali yang tahu kalau selepas ini adalah Giliran Noelle untuk bertarung jadi tak hairan lah Noelle turun dari tempat duduk penonton dan datang ke sini lalu Noelle pun angguk kepalanya

"Hm! Ye! Lepas ni giliran Noelle! Pastikan abang jerit nama Noelle tau!"

"Dah tentu! Lagipun Noelle kan adik abang dah tentu abang akan sokong dan jerit nama Noelle sekuat yang abang mampu jerit!"

Kata Ali dengan semangat yang membara untuk menyokong adiknya bertarung selepas ini dan Noelle yang merasakan kehangatan abangnya itu tersenyum manis sambil ia merasa sangat gembira kerana hubungan mereka telah sampai ke tahap ini
Kemudian berapa minit selepas pertarungan Noelle bermula Ali yang duduk di sebelah mak nya bangun berdiri dan menjerit sekuat mungkin

"Go! Go! Noelle! Pastikan menang! Go! Go! Noelle! Go! Go! Noelle!!"

Berapa penonton yang ada di sekitar Ali ketawa kecil dengan sikap Ali itu dan Alice yang duduk di sebelah Ali menundukkan wajahnya sambil ia tutup matanya kerana sangat malu

"Erghh kenapa kau buat macam tu Ali malu lah sikit aahh"

"Go! Go! Noelle! Go! Go! Noelle!"

Ali betul-betul semangat menyokong Noelle hingga Noelle sendiri tersenyum malu sambil ia tunduk wajahnya ke bawah lalu Rakan Elise yang melihat Ali yang betul-betul semangat menyokong adiknya tanpa merasa malu ketawa dan berkata

"Buahahaha! Tengoklah tu Elise! Dia betul-betul jerit macam tu lah hahah!"

Rakan Elise itu betul-betul ketawa teruk kerana ia tak boleh melihat Ali yang terlihat sangat kelakar walaupun terlihat Ali betul-betul tak ada rasa malu sedikit pun lalu Elise yang melihat tingkahlaku Ali itu sedikit ketawa namun cara ia ketawa itu tidak didengari oleh rakannya itu lalu Noelle yang malu itu merasa gembira kerana Abangnya sokong dengan

Sepenuh tenaga hingga kan tidak merasa malu langsung lalu lawan yang Noelle hadapan tidak lain tidak bukan adalah pelajar perempuan berkacamata yang berpasangan dengan Lucas di ujian kedua sebelum ini lalu Pelajar itu menyinggung Noelle

"Heh! Abang kau tu betul-betul takde rasa malu yer? Entah-entah abang kau tu bodoh sangat sampai dia tak sedar yang dia buat benda bodoh hahaha"

Pelajar perempuan berkacamata itu mengejek Ali dan Noelle yang dengar itu langsung emosi dan berkata

"Jaga mulut kau! Abang aku bukanlah orang bodoh macam kau! Kau lah orang yang bodoh sebab berpasangan dengan orang bodoh dekat ujian sebelum ni dan kau tengok hasilnya korang berdua jadi pasangan paling bodoh yang perfect dekat sekolah kita"

ALI......YANG..... DIKHIANATI 2Where stories live. Discover now