CHAPTER 28

65 11 9
                                    

Di Chapter sebelum ini Noelle berjaya mengalahkan pasangan Lucas di ujian sebelum ini dengan gaya bertarung Kombat yang Alice sendiri terkejut kerana ia tidak pernah melihat Noelle melakukan serangan Kombat dengan kombinasi sihir seperti itu lalu selepas Noelle berjaya mara ke pusingan seterusnya ia terkejut kerana lawan

Nya selepas ini adalah Ali dan disaat mereka berdua kena bertarung terjadi sedikit drama diantara mereka berdua namun akhirnya Ali memilih untuk menyerah dan memberi posisi final kepada Noelle dan yeah Noelle yang tidak suka menangis dalam keadaan kesal dan jengkel kerana Abangnya buat begitu namun akhirnya ia bertenang semula ketika Ali dan Alice menenangkan nya di ruangan rehat

Dan sekarang Noelle akan bertarung melawan Alice di final ujian ketiga dan kita akan kembali berapa minit sebelum pertarungan mereka bermula tepatnya disaat Noelle dan Ali keluar dari ruangan rehat terlihat Alice seorang diri memegang telefonnya dan sedang text seseorang namun orang itu tidak balas dan Alice yang kecewa hanya mampu tersenyum kecil saja

"Dia .... Tak datang .... Kan? ... Haih .... Bila agaknya .... Kita dapat berbaik semula .... Kakak"

Sambil menatap ke atas Alice pun bangun berdiri dan keluar dari bilik itu dan saat ia keluar menuju ke arena pertarungan terdengar suara penonton yang tidak sabar untuk melihat pertarungan final antara dua pelajar perempuan yang paling hebat dan dengan nafas yang tenang Alice pun melangkah kaki ke depan dan pergi mara ke arena pertarungan

......
......
......

Kemudian sekarang Alice dan Noelle saling berhadapan satu sama lain dengan terlihat Noelle tersenyum manis kepada Alice begitu juga dengan Alice yang tersenyum pada Noelle lalu guru besar pun muncul dari tempat dimana para guru berkumpul untuk melihat pertarungan para pelajar lalu guru besar itu bangun dan berjalan sedikit ke hadapan dan ia melakukan ucapan kepada Alice dan Noelle

"Saya ucapkan Tahniah kepada kamu berdua kerana berjaya mara ke final untuk ujian ketiga kamu dan seperti kamu berdua tahu di ujian ini pemenang akan dapat pilih senjata Class A yang ada di Organisasi Red Clover dan untuk tempat kedua dan ketiga hanya akan dapat Senjata Class B dan C jadi kepada kamu berdua"

"Bertarung lah sebaik mungkin dan berikan lah semua yang kamu mampu! Sekarang mari kita mulakan pertarungan akhir untuk ujian ini!!!"

Semua penonton bersorak kegirangan dengan Noelle yang terlihat agak gugup kerana ia tidak tahu adakah ia mampu berikan sebaik mungkin untuk pertarungan ini manakala Alice sedikit serius kerana ia ingin membuktikan pada seseorang bahawa ia akan melakukan terbaik untuk mengejarnya lalu Ali yang duduk di sebelah Elise tertarik dengan ucapan guru besar tadi mengenai senjata yang pemenang boleh pilih di Red Clover

"Heeh jadi pemenang ujian ketiga dapat pilih senjata sendiri dekat organisasi Red Clover yer? Ini pasti ada kena mengena dengan ujian ke empat betul tak?"

Tanya Ali sambil ia toleh ke arah Elise yang duduk di sebelahnya lalu Elise yang dingin jawab pertanyaan Ali itu

"Iye .... Ujian ke empat nanti ada kena mengena dengan organisasi tu dan Kenapa kau nampak tertarik dengan hadiah ujian ketiga ni?"

Tanya Elise dengan tatapan biru yang dingin menatap ke Ali lalu Ali yang melihat tatapan dingin Elise tersenyum kecil sahaja sebelum jawab

"Ye lah kan aku ni pengguna Kombat jadi aku rasa apa salahnya guna senjata macam kau contohnya pedang ke blade ke atau apapun lagipun aku rasa kau lebih tertarik tengok aku guna pedang betul tak??"

Ali bertanya seperti itu dengan sedikit usikan lalu Elise yang melihat Ali dengan dingin menoleh ke arah lain sambil ia jawab dengan dingin

"Ye betul"

ALI......YANG..... DIKHIANATI 2Where stories live. Discover now