BAB 6

4.8K 205 1
                                    


"Eh...Uncle Haziq" Falique melambai kepada Haziq bersama senyuman.

"Bagusnya Falique dengan Isha, dah pergi school lah" Haziq tersenyum lebar.
"Kenapa papa lambat hari ni?" Falisha datang bersama Natashya yang memimpinnya.

"Sorry lah, kereta uncle Haziq rosak, itu yang papa tolong dia tadi" Farel mengambil beg sekolah Falisha daripada tangan Natashya.

"Nasib baik ada cikgu Nat temankan. Kalau tak, kitaorang je dekat sini" kata Falique pula.
"Terima kasih cikgu, sorry menyusahkan cikgu hari ni, ye. Ada hal pula" dengan rendah hati Farel menyatakannya. Sudahlah pagi tadi dia sudah memberi amaran pada Natashya mengenai si kembar. Rasa menyesal pula.

Menyesal ada. Malu pun ada. Yang diberi amaran inilah yang menunggu ketidakpatuhan masa Farel ketika mengambil anak-anaknya.

"Tak apa, itu dah memang tanggungjawab saya untuk memastikan semua anak-anak pulang dengan selamat" Natashya mengangguk perlahan.
"Kalau macam tu, kami balik dululah ye. Terima kasih sekali lagi" kata Farel dengan sopan. Sudah serupa kucing yang malu-malu.

Natashya mengangguk. Falisha pula segera merangkul erat tubuh cikgunya, rutin kebiasaan Falisha sebelum pulang.

"Terima kasih dah jadikan Isha pretty hari ni" Falisha tersenyum manja dan menyentuh rambut yang diikat oleh Natashya itu dengan berhati-hati.
"Esok cikgu Nat buat lagi eh? Papa tak reti sangat, longgar je bila ikat rambut tu" Falisha berbisik kepadanya.

"Okay, deal" Natashya turut berbisik sama.

"Jumpa esok, cikgu" Falique melambai ke arah Natashya sebelum memasuki tempat duduk belakang yang telah dibuka pintu kereta itu oleh Haziq.

Natashya turut melambai ke arah adik beradik kembar itu sebelum mereka memboloskan diri ke dalam kereta.

Dengan kadar segera, Natashya mengunci pintu pagar Tadika Ceria Bestari. Pada waktu yang sama, Farel masih tidak memulakan perjalanan lagi. Matanya sengaja meneliti aplikasi telefon pintarnya.

Cermin sisi dan pandang belakang dipandang sekilas. Hanya untuk memastikan cikgu tadika itu selamat masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.

Maklumlah cikgu itu berseorangan, perempuan pula tu. Taman perumahan ini pun kelihatan sunyi apabila waktu senja menerpa. Agak bahaya untuk seorang perempuan berseorangan.

"Asal tak jalan?" Soal Haziq.
"Ada students aku buat groupchat, aku nak baca jap" tipu Farel dengan bersahaja.

Nampak sahaja kereta Natashya melintasi keretanya, barulah telefon pintar disimpan semula ke dalam poket seluar. Farel sengaja menunggu.

"Ada yang lapar tak?" Farel tersenyum manis. Terus sahaja si kembar mengangguk laju.
"Perut aku dah berkeroncong main lagu Noraniza Idris" ujar Haziq bersama tepukan di perut berototnya.

"Kau memang sentiasa lapar" Farel memutarkan bebola matanya.
"Isha dengan Falique nak makan apa dinner ni?" Haziq memandang anak kembar rakannya itu di tempat duduk belakang.

"Goreng- goreng" serentak Falique dan Falisha berkata. Apa nak diherankan? Mereka kembar.

"Lepak mamak jelah" Haziq menepuk lengan Farel yang memandu. Farel pula hanya menuruti sahaja. Memang kalau adanya Haziq, kedai mamak lah yang dituju. Rakannya itu pula daripada tadi murah senyuman. Entah apa yang difikirkan.

"Eh, aku lupa...phone aku" Farel berhenti melangkah. Tiba-tiba seorang pelajar perempuan kecil molek melanggar belakang badan Farel.

"Eh!" Farel terkejut lalu segera memusingkan badannya. Haziq menoleh ke arah Farel di sebelah dan juga pelajar perempuan itu. Terus memerah muka pelajar yang melanggar Farel apabila empat orang pelajar lelaki memandang ke arahnya.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now