BAB 79

3.4K 152 10
                                    

"Baru sekarang nak cari kitaorang balik?" Eijaz duduk berhadapan Farel bersama Qays.

Rumah yang besar terasa sunyi tanpa anak-anak serta isterinya. Jadi, Farel membuat keputusan untuk memanggil Eijaz dan Qays melepak bersamanya pada malam itu.

"Ha'ah sebab dulu aku bodoh." jujur Farel berkata.
"Nat dengan si kembar tu okay tak? Rindulah nak tengok anak-anak buah aku tu." ujar Qays.

"Masuk meminang pun belum." Farel memandang Qays dengan wajah yang tidak berperasaan.
"Itu nantilah, tengah kumpul duit."

"Nat okay je, Faris dengan Fateh pun okay. Papa diaorang yang tak okay ni. Rasa macam nak berhenti kerja sebab nak tengok anak-anak dekat kampung."

"Poyo siot mamat ni." Eijaz tergelak kecil.
"Kau belum jadi bapak lagi, apa kau tahu." Farel memutarkan bebola matanya.

"Ermm Farel....aku nak tanya sikitlah..." senyuman mati di wajah Eijaz secara tiba-tiba.
"Apa?"

"Kau dengan Nat, okay tak?"

Soalan Eijaz itu hanya dipandang sepi oleh Farel. Entah kenapa dia merasakan tiada jawapan yang baik boleh dikatakan kepada sahabatnya itu.

"Kenapa kau tak tumbuk muka aku daripada awal?" soal Farel setelah menyepi lama.
"Aku nak, tapi aku kan penyabar orangnya. Lagipun si Qays ni selalu sangat backup kau."

Farel mengeluh berat. Kepalanya direhatkan di atas meja di hadapannya.
"Nat marah kau ke? Mustahil lah." soal Qays.

"Yang mustahil tulah jadi sebenarnya." Farel memandang Eijaz dan Qays bersilih ganti.
"Well..... it's your own fault though. Hadam jelah amarah dia pada kau." Eijaz menjungkitkan bahunya sambil tersenyum.
"Sukalah kau bila Nat layan aku buruk macam ni."

"Memang suka sebab it is a win win situation. You treated her badly before and now it's your turn, Farel. Accept it."

"Macam ni rupanya perasaan Nat bila aku abaikan dia." Farel meraup rambutnya.
"Hadap jelah eh. Kau sayangkan dia lagi, jadi cubalah pujuk hati isteri kau tu sebelum Nat call aku minta tolong uruskan fasakh ke atas kau." Eijaz menepuk perlahan bahu Farel.
"Jaz...kalau Nat minta tolong kau hal tu, please let me know first. Alright?"

"Tengoklah macam mana." sengaja Eijaz berkata seperti itu. Puas hati Eijaz apabila Farel sudah mengaku silapnya ketika mengabaikan Natashya dulu.

- - -

Permulaan hari Farel bekerja semula setelah cuti selama dua minggu, dia sempat menghantar pesanan ringkas gambarnya kepada Natashya. Berharap untuk si isteri membalas walaupun sepatah perkataan, tetapi Natashya hanya membacanya sahaja.

Apabila ditanya hal Faris dan Fateh dikatanya baik-baik sahaja. Begitu juga apabila disoal mengenai Falique dan Falisha.

Kerap juga Farel menghantar pesanan ringkas pada Natashya untuk memberitahu mengenai hari-harinya bekerja. Farel juga lebih selesa untuk tidur di rumah ibu bapanya sahaja, supaya tidak berasa kesunyian yang teramat. Kadang kala sahaja dia akan pulang melihat keadaan rumahnya.

Lain pula keadaan di Melaka.

Faris dan Fateh mula meragam sejak Farel pulang ke Kuala Lumpur. Si kembar itu kerap sangat menangis dan tidak mahu menyusu badan. Sudah puas Natashya memujuk, bila dipujuk sedikit sahaja susu badan yang diminum oleh si kembar kecil.

Si kembar kecil meragam berlarutan daripada hari kepulangan Farel ke Kuala Lumpur sehingga hari Selasa. Seboleh-bolehnya Natashya tidak mengizinkan Encik Haedar mahupun Puan Elvina memaklumkan hal itu pada Farel kerana encik suaminya baru pulang beberapa hari yang lepas.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now