BAB 14

4.1K 172 0
                                    

"Hi, sayang" Luthfi tersenyum manis ketika Natashya melangkah masuk ke dalam keretanya.

"Handsome betul kekasih hati saya ni" Natashya memandang Luthfi yang berpakaian tshirt polo berwarna biru tua dan juga seluar jeans. Nampak formal gayanya.

"Nervous nak jumpa ibu dengan baba ni" Luthfi tertawa kecil dan memulakan perjalanannya.
"Diaorang tak makan manusia. Awak jangan risau" Natashya mengambil gambar Luthfi yang sedang memandu itu. Nampak segak sahaja.

"Ada bagitahu ibu dengan baba ke yang kita nak datang rumah?" Soal Luthfi.
"Tak, saja nak surprise" Natashya menjungkitkan bahunya.
"Ibu atau baba ada heart attack tak? Risau pula saya diaorang betul-betul terkejut nanti"

"Tak adalah, diaorang sihat walafiat je tu" Natashya tertawa sama seperti Luthfi.
"Saya bergurau je"

"Luthfi, awak lapar tak?" Soal Natashya tiba-tiba. Langsung, kekasih hatinya itu tertawa besar. Kenal sangat dengan perangai Natashya itu.

"Sayang yang laparkan? Kenapa tanya saya pula. Nak makan apa?" Soal Luthfi bersama sisa tawanya. Itulah sikap Natashya, dia tanya orang lain dulu kalau orang itu sedang lapar, padahal dirinya yang sudah kebulur.

"Makan apa yang ada dekat R&R jelah. Senang, sehala jalan ke Melaka" ujar Natashya lagi.
"Saya ikut awak je" Luthfi mengangguk perlahan.

"Daripada pagi tak makan lagi, sebab nak makan dengan Luth" Natashya mengadu dengan mulutnya memuncung.
"Alolo, okay, kita makan sama-sama ye" Luthfi mengusap perlahan kepala Natashya.

- - -

Natashya berjalan berseorangan di tempat kawasan rehat dan rawat itu. Luthfi menuju ke tandas sebaik sahaja memarkirkan keretanya di petak kosong.

Ramai juga pengunjung yang berhenti di situ, mungkin kerana cuti hari Sabtu, ramai yang ke luar kawasan untuk meluangkan masa bersama yang tersayang. Ini termasuklah dia dan Luthfi yang ingin pergi ke Melaka pada hari itu.

Disebabkan Natashya berseorangan, dia hanya berjalan di setiap gerai-gerai. Tidak tahu mahu memilih makanan yang mana satu, sama ada bergoreng atau bersup? Nasi lemak atau nasi ayam?

Sedang Natashya ralit melihat menu-menu yang ditampal pada gerai-gerai itu, matanya tertumpu pada pau gebu yang masih panas. Kegemaran Luthfi. Natashya tersenyum sendirian. Gerai ini sahaja ada menjual pau panas, sudah tentulah kakinya terus menuju ke sana.

"Kak, satu berapa pau ni?" Natashya bertanya pada seorang wanita yang kelihatan di dalam lingkungan 40-an itu.

"Satu 2 ringgit, dik"

"Kalau macam tu, saya nak pau daging dua, pau coklat dua dan pau ayam satu eh" Natashya mengukirkan senyumannya.
"Oh, saya ambil air mineral sejuk ni juga. Dua botol" Natashya meletakkan dua botol mineral itu di atas kaunter.

"Boleh, dik" wanita itu turut membalas senyuman Natashya. Tangannya ralit mengisi pau gebu panas itu ke dalam plastik.

Natashya membelek telefon pintarnya dan tersenyum apabila Aina menghantar pesanan ringkas. Laju jari jemari Natashya menaip semula kepada Aina.

"Kau siapa?"

Suara yang agak tegang itu menyapa gegendang telinga Natashya. Terus sahaja dia menoleh dan melihat Luthfi yang sudah berada di sebelahnya bersama tangan yang memegang erat lengan lelaki lain yang berhampiran beg tangan milik Natashya.

Dahi Natashya berkerut memandang ke arah dua lelaki yang tidak dikenalinya.

"Relax lah, bang. Apa yang tegang sangat ni?" Kata lelaki itu dan merentap lengannya daripada pegangan kuat Luthfi.
"Kau ingat, aku tak nampak apa kau nak buat?!" Soal Luthfi dengan nada tingginya.
"Kitaorang buat apa, bang? Jangan tuduh-tuduh sembarangan" seorang lagi berkata.

Dr. Crush: Her Savior (C)Where stories live. Discover now