HANNAN - BAB 3

797 65 9
                                    



PUAN AZIRA menjeling anaknya yang sedang makan bersimpuh dihadapannya ketika ini. Diam sahaja gadis itu. Dia yakin pasti gadis itu masih tidak dapat kerja lagi.

Biasanya Hanim ni mulut becok. Setiap masa bercakap tidak henti.. ni pelik ni..

"Hanim... diam je? Kenapa hm?" Tanya Puan Azira sinis. Terhenti kunyahan Hanim mendengar itu.

Dia panggung kepala ke arah ibubapanya yang sedang mengerdip mata dihadapannya.

Hanim sengih. "Takde apa.. kenapa? Kenapa ibu tanya macam tu? Takde apa lahh hehehhe."

Puan Azira mengecilkan mata melihat gelagat anaknya yang sedikit kekok ketika ini.

Baru sahaja Puan Azira ingin bertanya lebih, namun suaminya telah menyampuk dalam percakapannya.

"Makan. Jangan bercakap. Tak elok." Arah Encik Hasan mendatar. Hanim sengih.

Yeayyy! Abah dia tu memang selalu menjadi pelindung buat dirinya. Pasti Encik Hasan tahu apa yang terjadi pada anak daranya ini hakhak.

Puan Azira mencebik. Dikecilkan mata melihat senyuman bahagia Hanim. Puan Azira mengangguk.

"Okay. Lepas cuci pinggan nanti, ibu nak jumpa Hanim. Jangan pura-pura mengantuk awal ya. Ibu tahu Hanim tak pernah tidur awal. Setiap malam asyik baca novel je. Kan?"

Hanim menggigit bibir. Nak menidakkan tapi semua yang dikatakan ibunya itu betul. Hmmm dah tu nak buat apa?

Dia tiada duit la nak langgan internet. Maklum lah, penganggur. Takkan la nak minta duit dengan abah dia kan?

Kesian abah dia menoreh getah pagi dan malam. Abang dia? Hmph! Entah kemana. Jarang sungguh dia berjumpa Haziq sekarang.

Maklum lah, Haziq tu anggota polis. Memang agak susah nak berjumpa abang dia tu..

*:・゚✧*:・゚

"NI, tadi Azira bagi kuih ni pada mak. Ambil la makan. Dia kata ni makanan kegemaran Hannan kan?"

Ujar Puan Haisa kepada anak tunggalnya sambil menghulurkan semangkuk kuih Tepung Pelita.

Tersenyum lebar Hannan ketika ini. Diambil kuih kegemarannya itu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

Terpejam matanya menikmati kuih itu. Dia sememangnya minat dengan kuih buatan Puan Azira. Hampir setiap hari dia meminta jirannya itu membuatkan kuih ini kepadanya.

Puan Haisa senyum melihat itu. "Kalau nak makan kuih ni setiap hari, pergi la berkahwin dengan Hanim tu.. dia pun pandai juga buat kuih macam ni."

Tercelik mata Hannan. Terus hilang deria rasanya apabila mendengar perkataan yang terbit dari mulut Puan Haisa. "Mula la tu nak merepek.." gumam Hannan perlahan.

Encik Zali menggeleng. "Maknya pun.. suka cakap bukan-bukan waktu makan. Tak elok. Kesian anak tu tengah sedap-sedap makan, awak pula yang memutuskan selera dia.."

Hannan mengangguk setuju. Puan Haisa mengeluh. "Saya bukannya apa abang, anak awak ni la.. umur dah meningkat. Dah umur 27 tahun dah pun. Tapi langsung takde niat nak bercinta atau berkahwin..

...kalau susah-susah sangat, pergi berkahwin dengan Hanim. Mak pun dah kenal sangat Hanim tu macam mana. Baik orangnya walaupun nakal sikit.."

Ujar Puan Haisa dengan senyuman. Walaupun Hanim tu nakal dan agak kepoh orangnya, namun budak tu pandai hormat orang tua.. baik pula tu.. manis.. bertutup litup..

Puan Haisa pun sudah lama jatuh sayang pada anak jirannya itu.

"Biarlah dia.. dia dah besar. Pandai-pandai la dia pilih suri hati dia sendiri.. awak pun tak perlu la masuk campur macam tu.. Hanim tu dah macam adik dia dah pun. Takkan la dia nak kahwin dengan si Hanim tu kan?"

Ujar Encik Zali sambil mengunyah nasi ayam buatan isterinya.

Puan Haisa mengeluh. "Anggap je macam adik.. tapi takde hubungan adik.. mereka tetap bukan mahram. Tak salah kalau saya nak berharap pada anak saya kan?"

Hannan menggaru kepalanya. Aii sudahhh.. tak pasal ibubapa dia bergaduh soal jodoh ni.

"Mak.. ayah.. bagi Hannan, perkara ni tak perlu difikir panjang.. kalau kami berjodoh, berjodohlah. Kalau tak, mak tak boleh paksa.. lagipun Hanim tu muda lagi.. dia masih mentah."

Puan Haisa berdecit mendengar itu. Dia menjeling sahaja anaknya itu. "Elok sangat la tu? Orang lain bukan main lagi usaha.. takde maknanya kalau ada jodoh, ada. Kalau takde jodoh, takde kalau Hannan tak berusaha...

...patutnya Hannan kena cakap 'InsyaAllah nanti Hannan usahakan untuk hubungan Hannan dengan Hanim'.. haa patutnya macam tu."

Ajar Puan Haisa dengan geram. Geram geram! Ada ke patut putus asa ditengah jalan?

Sudahlah dia suka budak Hanim tu.. nak la juga menantu yang sporting macam Hanim.. yang tak tahu malu.. yang dah biasa dengan dia.

Hannan mendengus. Dikusutkan rambut tebalnya.

"Mak, please.. Hannan minta sangat mak jangan cakap hal ni lagi. Hannan tak terfikir pun nak berkahwin. Apatah lagi dengan Hanim tu.. dia boleh dapatkan jodoh yang lebih baik dari Hannan. Hannan bukan yang terbaik...

....kerja pun tak menentu sekarang ni. Gaji Hannan? Cukup-cukup makan je mak.. tak sempat la Hannan nak jaga anak dara orang.."

Puan Haisa mengeluh perlahan. "Hannan dah ada motor dan kereta kan? Apa yang kurangnya? Hannan dah cukup lengkap. Alah, makan pun makan rumah mak kan? Tak perlu guna duit..

..,duit lebih tu buat simpanan kahwin je.. kalau tak sempat juga, beritahu mak.. mak boleh beri duit simpanan mak pada Hannan."

"No la mak.. please la. Bagi Hannan masa. Umur Hannan bukannya lanjut lagi. Hannan taknak berkahwin lagi. Hannan nak kumpul duit, beli tanah dan rumah..

...Hannan nak juga ada tempat duduk sendiri. Hannan taknak la susahkan mak dengan ayah lepas kahwin nanti."

Encik Zali hanya menggeleng mendengar pertelingkahan anak dan isterinya itu. Asyik bergaduh perkara yang sama sahaja.

Si ibu asyik paksa berkahwin. Si anak pula asyik cakap tak bersedia la.. tak boleh tanggung anak orang la..

Pening Encik Zali dibuatnya. Sudahlah dua-dua orang tu selalu nak menang.. takde istilah mengalah gamaknya orang rumah dia ni..

"Dah.. cukup la tu. Maknya, biarlah anak buat keputusan sendiri. Dia dah besar panjang dan boleh berfikir dengan baik. Anaknya pula, cuba-cubalah dengar nasihat mak tu. Ada baiknya juga apa yang mak kamu beritahu tu. Itu semua demi kebaikan Hannan jugak."

Hannan dan Puan Haisa mengeluh sahaja mendengar nasihat Encik Zali ketika ini. Encik Zali menggeleng.

"Okay? Semuanya dah okay kan? Kalau dah okay, makan. Nanti sejuk pula lauk tu."

Puan Haisa mendengus. Dia bangun dari duduknya lalu mencerlung anak tunggalnya itu. "Takde selera nak makan." Ujar Puan Haisa lalu melangkah ke sinki rumahnya.

Hannan hanya perhatikan sahaja langkah laju ibunya itu. Encik Zali menggeleng. Ditepuk perlahan bahu anaknya.

"Makan." Hannan melepaskan segugus keluhan. Dia mengangguk lalu menyambung menikmati makanannya walaupun terasa seperti mengunyah pasir sahaja sekarang ni..

TRAPPED IN LOVE : IZZULWo Geschichten leben. Entdecke jetzt