IZZUL - BAB 1

1.3K 96 36
                                    




SEORANG gadis menuruni tangga rumahnya sambil mata melilau memandang ahli keluarganya yang sedang enak menjamu selera tanpa menantinya.

Stella menjulingkan mata sebelum dia melangkah mendekati bapanya, Tuan Stephen.

"Morning daddy." Ucapnya sebelum dia mencium sekilas dahi bapanya. Tuan Stephen senyum lalu menggosok lengan anaknya.

"Morning.. duduk la makan." Stella mengangguk. "Dah makan? Tanpa i?" Tanya Stella sinis sebelum dia duduk dihadapan bapanya. Dia menjeling ibu tiri serta kakak-kakak tirinya yang sedang makan tanpa memandangnya.

Mummy Stella, Puan Starla sudah meninggal dunia sewaktu Stella berumur 5 tahun. Dan yang paling menyedihkan ibunya meninggal kerana pembunuhan. Dan.. pembunuhan itu berlaku dihadapan matanya sendiri.

Namun dia masih kecil waktu itu.. jadi, dia hanya menyorok dalam almari dan dia diselamatkan bapanya ketika Tuan Stephen pulang dari kerjanya.

Alangkah terkejutnya Tuan Stephen melihat isterinya yang sudah dipenuhi darah diatas lantai ketika itu.

Dan sekarang Stella sudah berumur 25 tahun. Namun pembunuh itu tidak dapat dikesan sehingga sekarang. Itu yang membuatkan Stella tidak puas hati dengan pencarian ini sehingga dia masih lagi selidik siapakah pembunuh ibunya.

"Yes, kami lapar, jadi kami makan la. Nak tunggu you? Entah berkeroncong perut kami nanti tunggu you bersiap." Ujar sinis anak pertama Puan Erica yang bernama Emma.

Stella mencerlung kakak tirinya. "I'm not talk to you." Bella senyum sinis lalu menjungkit bahu. "Tapi you tak sebut nama tadi kan? So ia adalah umum. I boleh jawab sesuka hati i."

Stella gelak sinis lalu menggeleng. Manakala Tuan Stephen memejam mata kejap mendengar pergaduhan mulut di antara anak kandung serta anak tirinya.

"Stella, Bella. Makan. Jangan bercakap." Stella gelak sinis lalu menggeleng.

"Bukannya nak pertahankan anak sendiri, malah pergi pertahankan perempuan luar pula."

Berkerut dahi Tuan Stephen mendengar itu. Dia mencerlung Stella. "Don't be rude at me. I tak pernah melebihkan sesiapa. Daddy cuba untuk mengawal keadaan."

Stella menggeleng lalu meneguk air jus oren miliknya sebelum dia bangun dari duduknya.

"You know what daddy? Thanks to them, i dah semakin kurus sekarang. Why? Sebab selepas hadirnya mereka dalam rumah ini, i langsung tiada selera makan."

Stella menghentak meja dengan tangan sebelum dia melangkah pergi. Sempat dia menjeling Puan Erica, Bella serta Emma yang memandangnya.

Tuan Stephen menggeleng. Dia menoleh ke arah ahli keluarganya. "Makan. Don't worry about her."

Emma mencebik. "Siapa je yang risaukan dia tu? Menyampah." Puan Erica senyum sinis lalu menggeleng sahaja.

Lantaklah. Stella bukannya anak dia pun. Untuk apa dia kisahkan Stella.

Stella melangkah laju ke keretanya dengan riak masam mencuka. Pemandu Stella menghampiri majikannya.

"Cik muda, silakan." Ucapnya sebelum dia membuka pintu kereta. Stella mendengus lalu berpeluk tubuh dihadapan pemandunya.

"Zion, can i drive for today?" Pemandu yang bernama Zion senyum lalu menggeleng.

"Berdasarkan keadaan cik muda, saya tak yakin bahawa saya akan selamat jika cik muda yang memandu sekarang."

Stella senyum sinis lalu mengangguk. "You knew me well." Ucapnya sebelum dia masuk ke dalam kereta. Zion tergelak lalu menggeleng. Dia melangkah ke pintu pemandu lalu dia mula memandu keluar dari perkarangan rumah Tuan Stephen.

TRAPPED IN LOVE : IZZULWhere stories live. Discover now