2.

7 1 0
                                    

'Baik, terima kasih saudari Azaria. Sekarang saya berada di Hospital Bukit Kiara, dimana pihak forensik sedang melakukan bedah siasat terhadap mayat model, pelakon dan ahli perniagaan yang terkenal iaitu Talasya Imani atau nama sebenarnya Nurtalasya Imani Salsabila Dato' Azril yang dikatakan mati dibunuh di sekitar Bukit Kiara malam tadi. Pihak berkuasa sedang cuba mencari petunjuk baharu dan menjejaki suspek yang terlibat dalam kes ini. Bagi sesiapa yang terlihat atau mengetahui tentang kronologi ini, anda boleh memberi keterangan kepada pihak kami dan juga pihak polis. Sekian, kita kembali kepada saudari Azaria.'

Kamera Lintas Langsung tersebut dipadamkan dan jurukameranya pun menunjukkan ibu jari sebagai tanda 'thumbs-up'. Aku mengukir senyuman. Sepanjang hari aku tidak berehat semata-mata untuk Kes Pembunuhan ini.

'Nice one, Indah. Good Job!', puji Zaeden kepada aku.

'Thanks. You pun did the great job juga tadi.' Zaeden pun apa kurangnya, semua gambar yang dia tangkap tadi pun sudah dihantar ke pihak atas bagi tugasan selanjutnya. Mesti esok keluar kat akhbar Berita Matahari.

'So, Imran. Awak nak tunggu kitaorang ke atau awak nak balik office?', tanya aku kepada jurukamera itu, Imran.

'Saya balik office dulu lah. Kalau ada apa-apa, rojer ok.' Aku menunjukkan isyarat 'ok' kepadanya. Dan, Imran pun hilang dari pandangan mata kami.

'Errm, Zae. Bos cakap, malam nanti Kak Nadia dengan Abang Zharif handle pula. So, tugas kita sambung untuk esok jelah.', ujar aku kepada Zaeden. Nanti tak pasal - pasal salah shift kalau tak bagitahu.

'Ok, Indah. Anyway, malam ni jom lepak kat rumah saya. It's okay, jangan risau sebab kakak saya ada kat rumah. Kita boleh bincang pasal esok punya cerita dan kita boleh siasat pasal kamera yang kita jumpa kat tempat kejadian tu.', pelawa lelaki itu.

'Ok, lagi pun saya kalau malam pun memang selalu free sebab saya tak ambil shift malam. Kita jumpa malam ni tau.' Zaeden mengukirkan senyuman.

'Anyways, awak memang tinggal seorang diri eh kat rumah?', tanya Zaeden kepada aku. Aku menganggukkan kepala.

'Kenapa?'

'Awak tak tinggal dengan keluarga awak? Maaf kalau soalan saya ni boleh tergoreskan hati awak.'

'Eh, tak apa. Actually, family saya tak duduk KL. Diorang semua duduk kat Ipoh. Kat sini pun, abang saya jelah yang ada. Dia study I.T kat Kota Damansara.', jelas aku kepada Zaeden. Zaeden mengangguk faham.

Aku perasan yang Zaeden ni tak habis-habis tenung aku. Aku pula yang risau dengan dia ni.

'Err, Zae. Kenapa awak pandang saya macam tu?', Tiba-tiba mulut ni rasa ringan pula.

'Tak, saja. Sebab awak cantik mungkin.', ujar lelaki itu. MAK! INDAH JUMPA JODOH INDAH MAK!

Aku tersipu-sipu malu. Haih, dia ni tak habis habis nak test market dengan aku.

'Haa, tengok tu. Dah merah dah pipi tu.', Ya Allah, aku tak kuat. Tolong!!

'Eh! Mana ada! Awak ni saja tau!' Aku menafikan perkara itu. Cis, aku ni blushing tak cover. Malu wei.

Ya Allah, Indah. Ingat, dia tu partner kerja kau je. Lagipun, dia tu mesti nak yang famous macam dia juga kan? Sekufu dan kaum kerabat sendiri juga kan.

'Eleh, tak nak mengaku. Suka cakaplah.' Zaeden, tolong lah jangan buat aku macam ni haih.

'Sorry sikit, Zae. Perasan.'

'Yelah, Indah.' Kami berdua pun ketawa.

***

Zaeden sedang fokus melakukan sesuatu pada komputer riba nya. Aku pula sedang membancuh air teh susu, aku mengacau air teh itu sehingga warnanya bertukar.

'Indah! Tengok ni!' Aku pun berhenti mengacau air itu lalu membawa dua cawan teh dan melangkah menuju ke meja makan.

'Kenapa? Awak ada jumpa apa-apa ke?', tanya aku yang melabuhkan punggung di sebelah Zaeden.

'Cuba awak tengok rakaman ni. Ni macam rakaman sebelum Talasya mati dibunuh.' Aku pun fokus melihat skrin komputer riba tersebut.

'KAU NAK APA DARI AKU HAA?! LEPASKAN AKU! LEPASKAN! TOLONG JANGAN BUNUH AKU!'

Aku tak nampak pembunuh Talasya, tetapi rakaman ni menunjukkan Talasya sedang bergelut dengan pembunuh tu. Dan, pembunuh itu lengkap memakai pakaian serba hitam.

Sudah lah waktu malam, orang tersebut pula memakai pakaian yang gelap. Mungkin, ini adalah satu taktik seseorang bagi membuat orang tidak mengesan identitinya. Mungkin?

'So, ada jumpa apa-apa petunjuk?', tanya Zaeden kepada aku.

'Entahlah, Zae. Apa yang saya nampak, cuma Talasya yang sedang bergelut dengan seseorang yang mungkin kita boleh labelkan dia ni adalah pembunuh Talasya.', ujar aku kepada lelaki itu.

'Mungkin. Tapi kan, saya tertanya-tanya. Apa kaitan pembunuh tu dengan Talasya? Maksud saya, apa yang berlaku diantara mereka berdua sampai pembunuh tu sanggup nak bunuh Talasya.'

Sumpah aku cakap, kes pembunuhan Talasya Imani ni memang misteri. Ahli forensik baru - baru ada keluarkan kenyataan bahawa ada kesan tikaman yang banyak di perut mangsa, ada kesan cengkaman yang kuat pada tangan gadis itu dan paling sadis sekali, dia dirogol sebelum dibunuh sebab ada takungan air mani pada alat sulit mangsa.

Kenapa lah manusia bersifat kejam sebegitu kan? Entahlah, aku rasa macam nak siasat kes ni. Ye, aku tahu aku bukan orang yang handal dalam bahagian forensik, jenayah atau sama waktu dengannya. Tapi apa salahnya kalau aku nak cari kebenarannya.

'Entahlah, Zae. Ikut teori saya, pembunuh ni mungkin iri hati dengan Talasya. Yelah, pandai, popular dan cantik lagi. Mesti ada unsur dengki atau balas dendam. Satu lagi, mungkin yang merancang tu tak nak dirinya ditangkap, dia upah orang untuk bunuh Talasya.', ujar aku. Kalah polis. Tapi, mengikut kes yang aku handle sebelum ni semuanya melibatkan dendam.

'Perh, imaginasi awak ni gempak juga ye. Mesti banyak baca buku tentang kes macam ni kan?', Bukan Indah Azmi laa, kalau tak imagine yang bukan - bukan.

'Kes sebelum ni pun lebih kurang je.', kata aku kepada lelaki itu.

'Rumit juga kes ni. Mana taknya, diperkosa kat tempat lain, dibunuh kat tempat lain dan dia buang mayat tu pun kat tempat lain. Paling menarik perhatian saya, kita tak jumpa satu barang atau bukti pembunuhan tu. Seolah-olah, dia dah buang segala benda tu supaya polis tak syak atau tangkap dia. Bijak.', kata aku lagi.

'Betul tu. Agak - agak dimana keberadaan pembunuh tu eh?', tanya Zaeden kepada aku.

'Entahlah, lari pergi Thailand lah kut. Pengecut.', ujar aku.

'Indah...jangan-jangan kan...pembunuh tu ada kat depan awak sekarang ni.', kata Zaeden kepada aku sambil membuat muka psikonya. Ye, dia maksudkan diri dia yang pembunuh tu. Zaeden ni memang suka bergurau kasar macam ni kata abang dia.

Tak guna punya Zae! Memang saja nak takutkan aku eh.

'EIIII, ZAEDEN! AWAK NI MEMANG LAH.', marah aku sambil memukul lengan lelaki itu.

Zaeden mengaduh kesakitan.

'Aduh, boleh tahan sakit juga eh awak pukul saya. Rasa macam nak lagi lah.', usik lelaki itu.

'Eiii, dah lah. Malas saya nak layan awak ni.'

'Malas ii pun, awak kena minta pertolongan saya juga.', ujar Zaeden.

Aku hanya membuat side-eye kepada Zaeden.

'Ok, jadi esok kita bagi kamera ni kat pihak berkuasa. Mungkin diorang boleh buat apa yang patut.', kata Zaeden kepada aku.

'Itu lah yang saya cakap siang tadi.', ujar aku.

Aku melihat jam dinding yang telah menunjukkan jam pukul 9.50 malam. Cepat masa berlalu.

'Err, Zae. Saya balik dulu tau. Lagipun, saya tak berani nak drive kereta lewat malam.', jelas aku kepada nya.

'Ok, esok kita sambung our task okay. Goodnight, drive safe tau.', pesan dia kepada aku.

'Ok, you too!'

ILUSIWhere stories live. Discover now