PROLOG

187 9 17
                                    

Satu suara sayup-sayup kedengaran bergema di sebuah bilik yang gelap di mana hanya satu lampu menyinari makhluk asing lelaki dimana mulutnya diikat ketat serta seluruh badannya terikat pada kerusi.

"Sepertinya kau sudah bangun." Satu suara garau mengejutkan makhluk asing itu dan dia cuba untuk merayu pada sosok misteri itu walaupun mulutnya diikat ketat.

"Apa dia? Cuba cakap kuat sikit," kata sosok misteri itu dengan sinis, dia sekadar berdiri di kawasan gelap bilik itu dan matanya yang  bersinar sahaja kelihatan jelas.

Makhluk asing itu merayu lagi dengan sekuat hatinya, sekali-sekali dia meronta-ronta memberi isyarat supaya dirinya dilepaskan.

"Haha, aku suka kau cuba memujuk merayu pada aku tetapi sayangnya, aku tidak mudah tertipu dengan tu." Sosok misteri itu mendekati dia, menunjukkan dirinya yang memakai jaket hoodie yang menutupi kepalanya dan topeng menutup seluruh wajahnya.

Sosok misteri itu mendekati makhluk asing itu dan merentap lencana pada seragam makhluk asing itu. "Kau tahu kenapa kau ada kat sini?" soal sosok misteri itu sambil membelek lencana itu.

Makhluk asing itu hanya mampu berdiam diri, dia terasa amat takut untuk mengatakan apa-apa lagi setelah sosok misteri berdiri tepat di hadapannya.

"Kenapa kau senyap sahaja kali ni? Bukan ke tadi kau cuba merayu pada aku?" Sosok misteri itu mencengkam dagu makhluk asing dengan sangat kasar.

Makhluk asing menggelengkan kepalanya dengan nada cemas, dia berasa sangat takut sekarang ini sehingga dia terpaksa menutup matanya.

"Menyedihkan, sayangnya hidup kau akan berakhir di sini." Sosok misteri itu menjatuhkan lencana itu dan terus memijaknya sehingga retak.

Sosok misteri itu terus menuangkan minyak pada seluruh pada makhluk asing sebelum dia melemparkan tong minyak itu ke tepi.

"Selamat tinggal," ucap sosok misteri itu, walaupun senyuman di bibirnya tidak kelihatan tetapi matanya menunjukkan dia tersenyum.

Sosok misteri itu berundur daripada makhluk asing itu yang mula menjerit ketakutan dan menggelengkan kepalanya dengan pantas. Sosok misteri itu sekadar tersenyum lebar sebelum dia menghidupkan pemetik api dan melontarkannya pada makhluk asing itu.

Api dari pemetik api itu serta-merta menyambar badan makhluk asing itu dan makhluk itu menjerit kesakitan sambil meronta-ronta apabila badannya dimakan oleh api yang sungguh marak manakala sosok misteri itu sekadar melihat makhluk asing itu tanpa rasa simpati dan dia mengeluarkan earphones dari poket seluarnya. Dia menyumbat earphones di telinganya dan sebuah lagu dimainkan dengan sangat lantang.

Sosok misteri itu mengeluarkan beberapa helai kertas dan mula membakarnya pada badan yang masih terbakar itu, dia berdiri di situ sangat lama sehingga kertas-kertas tersebut hangus menjadi abu. Setelah selesai dengan tugasnya, sosok misteri itu berjalan meninggalkan badan makhluk asing itu yang sudah tidak bergerak lagi. Tangannya dimasukkan ke dalam poket jaketnya sebelum dia menghilang di dalam kegelapan.

■ ■ ■ Our Darkest Secret ■ ■ ■

Stesen Angkasa TAPOPS…

Empat sosok pemuda dan pemudi yang lengkap berseragam berdiri tegak di tengah sebuah ruang perjumpaan di stesen tersebut dengan penuh bangga. Sebuah majlis berlangsung di dalam ruang perjumpaan itu.

"Saya ucapkan tahniah kepada kamu semua kerana berjaya berkhidmat untuk TAPOPS sepanjang masa. Nampaknya kamu semua membesar bersama kami dan menjadi anggota TAPOPS yang hebat." Kokoci memberikan ucapan panjang lebar sebelum Alien Mop yang memenuhi ruangan itu menepuk tangan mereka dan bersorak.

Sementara itu satu sosok yang lain berjalan di sepanjang koridor stesen itu bersama bagasi berwarna oren, mendekati ruang perjumpaan yang sedang riuh-rendah dengan suara sorakan itu.

Dalam kemeriahan majlis itu, Laksamana Tarung yang sekadar berdiri di sebelah Kokoci mula mendekati empat sosok itu dan meletakkan lencana TAPOPS pada seragam mereka berempat.

"Terima kasih kerana sentiasa berkhidmat pada TAPOPS," ucap Laksamana Tarung.

"Terima kasih, Laksamana Tarung!" ucap mereka berempat pula iaitu Fang, Yaya, Ying dan Gopal dengan penuh semangat.

"Adakah kamu semua sudah lupa aku?" celah sosok yang lagi satu setelah pintu ruang perjumpaan terbuka luas, menarik perhatian mereka semua.

"Boboiboy?!" jerit Yaya, Ying, Fang dan Gopal lalu mereka semua berlari ke arah Boboiboy. Gopal dan Fang terus memeluk Boboiboy dengan erat.

"Akhirnya kau balik juga, aku ingat kau hilang kemana! Aku rindu kau," ucap Gopal sambil memangis.

"Aik? Aku cuti beberapa tahun sahaja, sudah rindu?" seloroh Boboiboy.

"Tapi kau tak cakap langsung yang kau nak bercuti!" marah Gopal lagi.

"Maaf, ada benda yang aku perlu uruskan di rumah lama aku tapi hei, aku sudah ada di sini!" kata Boboiboy dengan nada ceria.

"Jadi kau akan kembali ke sini?" soal Gopal.

"Sudah tentu, aku dah bersedia untuk kembali bertugas." Boboiboy menatap ke arah Kokoci dan Laksamana Tarung lalu dia menabik hormat kepada mereka berdua.

Kokoci dan Laksamana Tarung membalas tabik hormat milik Boboiboy lalu Boboiboy dan kawan-kawannya berbaris di tengah ruang perjumpaan itu.

"Dan saya juga ucapkan selamat kembali kepada Kadet Boboiboy atas kepulangannya setelah bercuti selama dua tahun," ucap Kokoci lalu Laksamana Tarung meletakkan lencana TAPOPS pada jaket milik Boboiboy.

"Terima kasih, Laksamana. Terima kasih, Komander."

Tiba-tiba pintu ruang itu dibuka sekali lagi dan terlihat Kaizo memasuki ruang itu dalam keadaan terburu-buru.

"Kapten Kaizo? Ada apa-apa masalah ke?" soal Kokoci.

"Ya, ada." Kaizo membalas lalu membisikkan sesuatu pada Kokoci.

Kokoci terdiam, semua mata di dalam ruang itu memandang ke arah dia.

"Kamu semua bersurai! Aku ada hal nak dibincangkan!" arah Kokoci dan kesemua Alien Mop mula beredar.

"Apa jadi?" bisik Boboiboy.

"Entah," balas Gopal sambil menjongketkan bahunya.

"Jomlah kita pergi," celah Yaya pula dan mereka berlima beredar dari ruangan itu.

Boboiboy menatap ke arah Kokoci seketika, terlihat raut wajah Kokoci berubah dan mengatakan sesuatu yang tidak jelas kepada Kaizo dan Laksamana Tarung.

Our Darkest Secret [Boboiboy Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now