×9×

82 6 25
                                    

"Api biru?!" Fang menerbeliakkan matanya.

"Kenapa? Terkejut? Kau fikir aku boleh lakukan dengan pasir sahaja?" soal Boboiboy dengan sinis.

Ketawa jahat terhambur keluar dari mulut Boboiboy. "Sudah! Jangan banyak cakap, mari kita tengok siapa yang akan tidur diluar malam ini!" Boboiboy terus menyerang Fang.

"Separa beruang bayang! Tumbukan bayang!" jerit Fang dan dia melakukan tumbukan kepada Boboiboy.

Tumbukan api biru milik Boboiboy dan tumbukan bayang milik Fang berlaga dengan sangat kuat tetapi Fang ditolak dengan sangat kuat kerana tenaga Boboiboy yang jauh lebih kuat daripada dia.

"Agh! Agh!" Fang menjerit kesakitan apabila api membakar tangannya.

"Haha! Sedap?!" kata Boboiboy, dia terasa teruja kerana berjaya sakitkan Fang.

"Ta..Tak guna kau!" marah Fang lalu dia berlari ke arah Boboiboy dan menyerang Boboiboy secara melulu.

"Adakah aku buat kau marah?" ejek Boboiboy, Boboiboy melakukan backflip apabila tumbukan Fang hampir mengenai wajah dia dan dia terus menendang dagu Fang ke atas tanpa belas kasihan.

Fang terpelanting ke belakang dan terjatuh di atas tanah kerana tendangan itu manakala Boboiboy memperbetulkan posisi berdirinya.

"Oh, kasihannya. Baru sahaja lawan, sudah kena cium kaki aku." Boboiboy mengejek.

Fang perlahan-lahan bangun dan meludahkan darah yang bertakung di dalam mulutnya. "Kau, aku takkan menyerah kalahlah!"

"Oh, ya ke?" Boboiboy mendekati Fang dan memijak badan Fang ke tanah sehingga lelaki itu tidak dapat bangun.

"Le.. Lepaskan aku, kita belum selesai!" Fang cuba mengalihkan kaki Boboiboy tetapi tidak berjaya.

"Belum selesai? Aku nampak macam kita sudah selesai," kata Boboiboy lalu dia memijak dada Fang lebih kuat menyebabkan Fang semakin menjerit kesakitan.

"Kau patut dengar banduan tua tu, kau tidak patut cabar aku." Kata-kata Boboiboy itu membuatkan Fang terkedu.

"Ma..Macam mana kau tahu?!" soal Fang.

"Kau kena ingat, aku ada dimana-mana sahaja dan cuma kau tak boleh nampak aku. Kau faham?" balas Boboiboy lalu dia duduk di atas Fang.

"Ka..Kau nak buat apa?!" Fang cuba untuk memberontak.

"Shh.. Kau ingat ayat banduan tua tu? Aku akan diamkan kau jika kau cabar aku," kata Boboiboy lalu dia terus mencekik leher Fang walaupun api biru masih membara di tangannya.

Fang menjerit kesakitan dan cuba untuk menolak Boboiboy ke tepi tetapi tidak berjaya.

"Le..Lepaskan aku! Sakit..lah!" rayu Fang, dia cuba untuk menanggalkan topeng Boboiboy.

"No, no. Jangan sentuh topeng aku," kata Boboiboy, dia semakin kuatkan cekikan pada leher Fang.

Fang tidak dapat bernafas dengan betul dan pandangannya semakin kabur, perlahan-lahan dia kehilangan kesedarannya sebelum pandangannya sepenuhnya menjadi gelap.

Boboiboy tersenyum sinis sebelum melepaskan leher Fang apabila dia yakin Fang tidak bergerak lagi, matanya bertukar normal semula dan api biru pada kedua-dua tangannya menghilang.

"Menyusahkan," rungut Boboiboy sambil berdiri dan menyapu pasir pada seluarnya.

"Heh, kau duduk jelah situ. Nanti pandai-pandailah kau balik ke kapal angkasa," kata Boboiboy dengan nada selamba, dia meninggalkan Fang yang terbaring di lorong gelap itu.

Boboiboy memutarkan jam kuasanya dan dia terus menghilang dari lorong tersebut.

■ ■ ■ Our Darkest Secret ■ ■ ■

Di sebuah rumah, terlihat seorang wanita berambut pendek sedang sibuk menahan matanya untuk menaip berita yang hangat di dalam komputernya.

"Berita apa aku nak buat lagi?" getus wanita itu, Nienna seorang diri.

Nienna merenung skrin komputernya terlalu lama tetapi tiada langsung idea yang mampu difikirkannya. Nienna mengeluh.

Tiba-tiba satu bunyi kedengaran dari luar rumah menarik perhatian Nienna, Nienna bangun dari meja kerjanya dan menghendap keadaan luar melalui tingkap biliknya. Keadaan di luar gelap kerana sudah tengah malam dan ianya menyukarkan Nienna untuk melihat keadaan luar rumahnya.

"Mungkin aku salah dengar," kata Nienna dan dia berjalan keluar dari biliknya ke dapur untuk minum air.

Satu sosok misteri berjalan di luar rumah Nienna, mengikuti langkah wanita itu tetapi wanita itu tidak menyedari keberadaan dia.

Nienna menuangkan air di dalam gelas dan belum dia mahu minum, rumahnya tiba-tiba terpadam.

"Eh?! Apa jadi ni?! Tak ada elektrik ke?!" kata Nienna dengan nada terkejut.

Nienna meletakkan cawan itu di atas kaunter dan terkial-kial mencari lampu suluhnya di dalam kabinet dapurnya. Setelah berjaya menjumpai lampu suluh, dia keluar dari rumahnya untuk mencari generator rumahnya.

"Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba sahaja tak ada elektrik," rungut Nienna sambil menyuluh kawasan luar rumahnya.

Setiba di generator rumahnya, Nienna cuba untuk menghidupkan berkali-kali menggunakan segala tenaganya tetapi dia tidak perasaan seseorang sedang mendekati dia.

"Hah! Akhirnya hidup juga!" kata Nienna dengan bangga setelah generator itu kembali hidup.

"Oh, kasihannya kau. Kau mesti tidak dapat siapkan berita mengarut kau tu kalau tak ada elektrik."

"Huh?!"

Nienna yang baru mahu menoleh terus dihentak oleh seseorang menggunakan objek tumpul sehingga wanita itu pengsan di atas tanah kerana mereka berdekatan dengan generator, tiada sesiapa mendengar jeritan Nienna.

Setelah yakin wanita itu pengsan sepenuhnya, sosok itu mengheret wanita itu masuk semula ke dalam rumah Nienna.

Beberapa minit kemudian, erangan keluar dari mulut Nienna apabila wanita itu perlahan-lahan terjaga. Wanita itu terkejut apabila dirinya diikat pada kerusi dan dia berada di tengah-tengah ruang bawah tanah dimana satu lampu di atas kepalanya menyinari dirinya sahaja.

"Selamat pagi, tuan puteri." Boboiboy mendekati Nienna dengan sinisnya.

"Si.. Siapa kau?! Kau buat apa di rumah aku?!" marah Nienna dalam ketakutan.

"Aku Seth dan aku di sini kerana aku ada urusan dengan kau," balas Boboiboy.

"Se..Seth?! Aku tak pernah dengar nama kau! Apatah lagi berurusan dengan kau!" bantah Nienna.

"Oh? Maafkan aku, aku lupa yang kau takkan kenal aku kalau aku guna nama ni." Boboiboy dengan selambanya menanggalkan topeng.

"Bo..Boboiboy?! Hero Bumi?!" Nienna menerbeliakkan matanya.

"Kejutan, suka tak? Suka tak?" kata Boboiboy dengan penuh sarkastik.

"Ka..Kau tak patut buat macam ni! Kau seorang wira! Wira takkan sakitkan orang awam!" kata Nienna yang cuba memberi alasan.

"Sakitkan orang awam? Haha! Apa yang kau mengarut ni?! Oh! Bila aku sakitkan kau, kau kemain kata aku tak boleh sakitkan orang awam macam kau?! Habis tu, kau sakitkan aku tak apa pula?!" tengking Boboiboy.

"A.. Apa maksud kau?" kata Nienna dengan nada menggigil.

"Oh, jangan kau nak buat-buat lupa." Tiba-tiba seseorang berdiri di belakang Nienna, mengacukan pisau ke leher wanita itu.

"Si..Siapa?!" Nienna semakin terkedu.

"Muka cantik tapi perangai macam sampah," kata sosok itu yang merupakan Blaze, dia mendonggakkan kepala Nienna supaya dia dapat tengok muka wanita itu dengan jelas.

"Du..Dua Boboiboy?" kata Nienna.

"Oh, kau tak ingat ke? Aku boleh berpecah menjadi sesiapa sahaja," kata Boboiboy yang merupakan Solar, beberapa pasang mata mula kelihatan bersinar disebalik bayangan di dalam bilik bawah tanah itu.

Our Darkest Secret [Boboiboy Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now