×6×

74 6 18
                                    

"Banduan 4560, dia ditangkap kerana membunuh pembunuh anak perempuannya yang merupakan seorang pemerintah di Planet Saturnalia tahun lepas. Dia ditahan di sini seumur hidup atas kesalahan itu dan kami dapati ada tatu Charlatans Of Judgement di belakangnya tetapi pihak polis tidak pasti pada mulanya. Dia marah kerana mangsa masih dibebaskan walaupun telah mengambil nyawa anaknya," terang ketua pegawai penjara.

"Kasihannya," kata Yaya.

"Tak perlu kasihan, dia masih pembunuh." Ketua pegawai penjara itu membantah.

".. Tapi pemerintah tu bunuh anak dia, adakah dia bukan pembunuh? Banduan itu membunuh pemerintah itu demi anaknya, kenapa pemerintah tu masih boleh bebas setelah apa yang dibuat?" Boboiboy sama sekali tidak setuju dengan kata-kata ketua pegawai penjara itu.

"Kami baru sahaja tahu kenapa Pemerintah Saturnalia membunuh anaknya setelah dia mengaku dan cuba larikan diri dari Penjara Saturnalia," balas ketua pegawai penjara itu.

"Alasan sahaja itu," gumam Boboiboy tidak puas hati.

"Sabar, Boboiboy." Fang mengusap belakang Boboiboy, cuba untuk menenangkan Boboiboy.

"Tuan, kami sudah bawa Banduan 4560 ke bilik soal siasat." Seorang pegawai penjara memasuki pejabat itu.

"Baiklah, ikut kami." Ketua pegawai penjara itu yang terlebih dahulu berjalan.

Geng Boboiboy mengikuti ketua pegawai penjara dan anak buahnya ke sebuah bilik soal siasat, seorang banduan duduk bersendirian di dalam bilik itu dengan tangannya digari.

"Sesiapa mahu masuk sebagai wakil?" soal ketua pegawai penjara.

"Saya." Fang terus mewakilkan dirinya dan terus masuk ke dalam bilik itu manakala Geng Boboiboy yang lain berdiri di belakang tingkap bilik itu, menonton.

"Banduan 4560? Saya Lans Koperal Fang dari TAPOPS ingin berbincang sesuatu dengan encik," kata Fang sambil menunjukkan kad TAPOPSnya kepada Banduan 4560.

Banduan 4560 sekadar menganggukkan kepalanya dan Fang duduk di hadapan banduan itu.

"Adakah encik tahu simbol ini?" Fang menghulurkan sehelai kertas kepada Banduan 4560.

Banduan 4560 memandang ke arah kertas itu dan terus terkedu. Melihat raut wajah dari Banduan 4560, Fang sudah dapat teka.

"Jadi encik tahu ni simbol apa, saya dengar encik mempunyai simbol ini sebagai tatu. Benar?" soal Fang, dia melontarkan soalan dengan tenang.

".. Ya." Banduan 4560 akhirnya membuka mulut dia.

"Apa Charlatans Of Judgement sebenarnya?" soal Fang.

"A.. Aku tak boleh beritahu. Mereka akan dengar," balas Banduan 4560.

"Adakah mereka?" Fang memandang ke arah tingkap yang ada di dalam bilik itu dan menerima anggukkan daripada Banduan 4560.

"Kamu boleh tutup mikrofon," arah ketua pegawai penjara menggunakan mikrofon.

Fang menganggukkan kepalanya dan menekan butang pada meja bilik itu, mikrofon di dalam bilik tertutup sepenuhnya.

"Baiklah. Saya sudah ikut apa yang encik mahukan, beritahu saya sekarang." Fang menatap ke arah Banduan 4560.

"Cha..Charlatans, me.. mereka yang membantu saya," kata Banduan 4560.

"Charlatans? Apa yang Charlatans lakukan?" soal Fang lagi.

"Mereka tawarkan keadilan kepada anak saya dengan membantu saya membunuh pembunuh anak saya. Pada mulanya saya tak percaya dan fikir mereka cuma scammer tetapi setelah dia menunjukkan informasi tentang Presiden Saturnalia, saya menyertai mereka. Mereka kata mereka akan menghukum penjahat dan memberi pengadilan kepada yang teraniaya dengan ketidakadilan peraturan di dunia ini," terang Banduan 4560 panjang lebar.

".. Jadi Charlatans menghukum orang-orang yang merupakan penjenayah yang terlepas kerana peraturan dunia?" Fang mengerutkan dahinya.

"Ya. Jika pihak berkuasa tidak dapat menghukum mereka kerana status, Charlatans akan lakukan. Kami tidak akan terima mana-mana jenayah terlepas hanya kerana mereka berkuasa di dunia ini," balas Banduan 4560, suaranya kedengaran serius.

"Tetapi bukankah membunuh itu juga adalah jenayah?"

"Charlatans mengikuti hukuman yang sesuai. Kerana Presiden Saturnalia membunuh anak saya, saya membunuh dia juga. Saturnalia tidak berhak mempunyai pemimpin seteruk itu," balas Banduan 4560.

".. Encik tahu dimana Charlatans Of Judgement berada?"

".. Ge.. Genesis Cafe di Kota Stellar, tempat itu tiada sesiapa yang berani masuk kerana Charlatans menguasainya. Hanya yang terpilih boleh jejak atau tinggal di situ," balas Banduan 4560.

"Nanti, bukan ke Kota Stellar adalah kota mati?" Fang tercengang.

"Heh, semua orang fikir kota itu mati tetapi kau cuma tak nampak mereka. Saya sudah cakap, hanya yang terpilih boleh nampak." Banduan 4560 tersenyum sinis.

".. Bagaimana sertai Charlatans?"

"Sertai? Hah. Kau tak sertai tetapi ketua mereka yang pilih dan itu pilih kau untuk cakap ya atau tidak," balas Banduan 4560.

"Siapa ketua mereka?"

"Dia gelarkan dirinya sebagai Osiris, ketua yang berkuasa dalam semua Charlatans. Semua arahan berada di tangannya."

"Osiris, huh?" Fang mengusap dagunya.

".. Ada apa-apa soalan lain?" kata Banduan 4560.

"Tiada, terima kasih kerana bekerjasama. Saya akan beredar," ucap Fang sebelum dia bangun untuk beredar.

"Dan satu lagi, hati-hati dengan Seth."

"Seth?" Fang mengerutkan dahinya.

"Dia dimana-mana sahaja, dia tahu kita cakap pasal mereka. Dia mempunyai benci yang kuat dengan mana-mana kerajaan yang korupsi atau mana-mana pihak yang cuba mencabar dia. Jika kau tersilap langkah memilih untuk menjadi tidak adil atau cabar dia, kau jadi mangsa. Dia akan diamkan kau seumur hidup," kata Banduan 4560.

Fang terdiam dan berjalan keluar dari bilik itu dimana Geng Boboiboy mengerumuni dia.

"Macam mana?" soal Boboiboy.

"Aku tak boleh beritahu di sini, kita kena ke tempat lain."

"Okey! Mari kita pergi," balas Boboiboy lalu dia terpandang Banduan 4560 yang dikeluarkan oleh pegawai penjara.

Mata mereka berdua bertentangan, Boboiboy perasan yang banduan itu memberikan tatapan yang tersirat.

"Terima kasih kerana bekerjasama dengan kami," ucap Boboiboy lalu dia senyum ramah kepada banduan itu.

Banduan 4560 hanya mampu mendiamkan dirinya dan menganggukkan kepalanya sebelum beredar.

"Dan juga terima kasih, tuan. Kami akan pergi dahulu." Boboiboy menabik hormat.

"Sama-sama, saya senang hati untuk membantu kamu semua."

Geng Boboiboy mula beredar dari Penjara Angkasa dan masuk ke dalam kapal angkasa mereka.

"Ochobot, bawa kami ke Kota Stellar!" arah Fang.

"Baiklah!" balas Ochobot.

"Kota Stellar? Tak pernah dengar nama tu?" celah Boboiboy.

"Ianya kota mati tetapi di situ dimana mereka berada. Aku tak pasti ianya betul atau tidak," balas Fang lalu dia menekan komputer kapal angkasa dan menunjukkan satu peta, menunding ke arah satu lokasi.

"Kita pergi ke sini, okey?" kata Fang.

"Baiklah! Semua bersedia!" kata Ochobot dengan semangat.

Geng Boboiboy bersiap sedia mengambil tempat duduk mereka dan menghidupkan kapal angkasa mereka. Perlahan-lahan kapal mereka terbang ke angkasa, melepasi kawasan penjara.

"Semua dah sedia?" soal Ochobot.

"Sudah!" balas Geng Boboiboy dengan semangat.

"Okey! Kuasa teleportasi!" jerit Ochobot sambil menggunakan kuasanya, menghantar kapal angkasa ke lokasi yang berbeza.

Our Darkest Secret [Boboiboy Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now