×10×

75 7 35
                                    

"Sekarang, cakap yang kau tak lupa apa yang kau dah buat kat kami." Taufan muncul disebelah Nienna, menggenggam dagu wanita itu dengan kasar.

"A..Aku.." Nienna tidak dapat berkata-kata apabila kesemua mata elemen Boboiboy merenung ke arah dia.

"Kenapa baru sekarang nak rasa takut? Adakah kau takut sebab kawan-kawan yang otak udang macam kau tiada di sini?" ejek Blaze.

"Ma..Maafkan aku! Maafkan aku! Aku takkan buat lagi! Aku takkan buat berita palsu macam tu lagi! Tolonglah lepaskan aku! Aku akan diam dan tak beritahu kau yang cuba bunuh aku!" rayu Nienna, akhirnya air matanya mengalir kerana dia tidak dapat menahan rasa takutnya.

"Baru sekarang kau nak minta maaf? Duri." Solar menatap ke arah Duri.

"Lilitan akar!" Duri terus melilit leher Nienna dan menarik akar itu sehingga wanita itu terkapai-kapai untuk mencari udara.

"Ma..Maafkan aku! Le..Lepaskan aku!" rayu Nienna.

"Kau buat ini juga, kan?" Halilintar mendekati mereka dan menunjukkan satu cebisan akhbar lama kepada Nienna.

Nienna yang sedang cuba untuk bertahan hidup hanya mampu menganggukkan kepalanya.

"Hero Bumi, Boboiboy menghilang akibat malu kerana kontroversi skandal ayahnya… Dari mana kau dapat berita ini?" Halilintar yang kedengaran tidak berpuas hati, merenung tajam ke arah Nienna.

"A..Aku.. Aku." Nienna tergagap-gagap untuk mengatakan kebenarannya.

"Cakaplah! Atau kau memang nak aku seksa kau?!" Blaze menikam tangan Nienna tanpa belas kasihan.

Nienna menjerit kesakitan, tangisannya semakin kuat kedengaran. "A.. Aku ambil dari mulut orang lain! A.. Aku fikir ianya bakal membuat aku popular!" kata Nienna teresak-esak.

"Aku sudah agak kau buat semua untuk tumpuan orang ramai! Kau tahu tak apa yang kami rasa semasa baca berita ni?! Huh?!" tengking Halilintar.

"Ma..Maafkan aku.. Hiks.. Aku janji! Aku akan cuba untuk beritahu perkara sebenar! Hiks! Tolonglah lepaskan aku," tangis Nienna lagi, mengharapkan kesemua elemen Boboiboy

Solar menolak meja di hadapan Nienna, terdapat komputer riba milik Nienna di atas meja itu dan ianya bersedia untuk Nienna menuliskan sesuatu.

"Tulis bahawa semua berita yang kau buat selama ini adalah palsu dan kami akan lepaskan kau," ugut Solar.

"Ta..Tapi aku.."

"Apa alasan yang kau katakan kepada kami, huh?" Blaze menggenggam dagu Nienna dengan sangat kuat.

"Heh. Aku dengar selain berita melibatkan kami, kau mengapikan keadaan kemiskinan penduduk di Planet Saturnalia dan mengagungkan Presiden Saturnalia yang sudah mati itu. Kau menghancurkan maruah seorang ibu dan memuji lelaki yang menghancurkan maruah dia, kau tutup banyak kebenaran dengan berita yang kontroversi sehingga orang lain menunding jari ke arah orang yang salah. Adakah kau rasa itu adil?" soal Solar.

"Ma.. Maafkan aku," ucap Nienna, hanya perkataan itu sahaja mampu keluar dari mulut dia.

Solar melepaskan keluhan. "Oh, Nienna. Dengar sahaja cakap aku dan kau akan selamat," kata Solar sambil berjalan mengelilingi Nienna, tangannya memegang rambut Nienna dengan lembut.

"Aku akan lepaskan kau kalau kau turuti segala kata-kata aku," bisik Solar ke telinga Nienna, suaranya kedengaran lemah lembut kali ini.

"Lepaskan tangan dia, Duri." Solar memberi arahan kepada Duri.

"Okey!" balas Duri dengan nada gembira dan ikatan pada kedua-dua tangan Nienna dilepaskan.

"Aku yakin kau dahaga tadi, jadi minum ni." Solar meletakkan satu cawan air di atas meja.

Our Darkest Secret [Boboiboy Malay Fanfiction]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora