×11×

108 7 33
                                    

"Boboiboy! Boboiboy! Bangun!" Satu suara kedengaran samar-samar di telinga Boboiboy, dia terasa seseorang cuba menggoncang badannya dengan kuat.

"Lima minit lagi, aku mengantuk." Boboiboy merungut dan mengiringkan badannya.

"Boboiboy! Bangunlah! Kami tak jumpa Fang dalam kapal ni!" Ternyata Ochobot yang cuba mengejutkan Boboiboy, suaramya kedengaran gelisah.

"Huh? Fang hilang ke?" soal Boboiboy dalam keadaan mamai.

"Ya lah! Bangunlah cepat!" kata Ochobot lagi.

"Hmm.. Ya, ya. Aku bangun." Dengan paksa relanya, Boboiboy bangun dari tidurnya dan berjalan keluar dari bilik dengan keadaan berserabut.

Kelihatan Geng Boboiboy yang lain sudah bangun, masing-masing kelihatan gelisah.

"Selamat pagi," ucap Boboiboy.

"Hah, lu baru bangun?! Lu tahu tak Fang hilang sekarang ni?!" Ying bercekak pinggang.

"Ya… Ochobot bagitahu aku, mungkin dia keluarlah tu." Boboiboy membalas.

"Dey! Tak mungkin dia keluar seorang diri! Lupa ke kat luar tu bahaya?!" marah Gopal pula.

Kata-kata Gopal itu mengejutkan Boboiboy sepenuhnya seperti sebuah suis menyala di dalam otaknya, dia tersedar yang dia tinggalkan Fang semalam sehingga sekarang.

"Oops, aku lupa yang aku tinggal dia kat luar semalam." Boboiboy getus di dalam hati.

"Aduh, mana lagi kita nak cari dia? Takkan kita nak keluar? Nanti mereka tahu yang kita masih kat sini," kata Yaya sambil menggaru kepalanya, semakin buntu gadis itu dibuatnya.

Tiba-tiba pintu kapal angkasa dibuka membuatkan Yaya, Ying dan Gopal terus bersedia untuk berlawan sesiapa yang masuk ke dalam kapal angkasa mereka itu tetapi ternyata Fang yang dalam keadaan lemah merangkak masuk ke dalam kapal angkasa itu.

"Fang?!" Yaya, Ying dan Gopal terkejut dengan keadaan Fang termasuk Boboiboy yang berlakon dia seperti terkejut dengan keadaan Fang itu.

"Fang?! Apa jadi dengan kau ni?!" soal Boboiboy dengan perasaan terkejut yang dibuat-buat.

"A.. Aku kena serang dengan Seth malam tadi," balas Fang.

"Huh?! Lu keluar seorang diri ke semalam?!" Ying semakin terkejut.

"Maaf," ucap Fang.

"Dey, kenapa kau keluar seorang diri?! Sekarang tengok keadaan kau ni. Aduh, susah lah macam ni." Gopal merungut.

"Luka di leher dia nampak teruk. Ochobot! Bawa kami balik ke stesen sekarang!" kata Yaya.

"Okey! Pegang kuat-kuat! Kuasa teleportasi!" jerit Ochobot lalu dia mengubah lokasi kapal angkasa mereka ke kawasan Stesen Angkasa TAPOPS dengan segera.

"Cepat! Cepat! Bawa Fang ruang rawatan!" arah Yaya lalu Boboiboy dan Gopal memapah Fang keluar dari kapal angkasa dan masuk ke dalam stesen itu.

"Komander! Kami dapati Fang tercedera semasa lakukan misi!" Yaya berkomunikasi melalui jam kuasanya.

"Huh?! Fang tercedera?! Apa yang jadi?!" soal Kokoci, dia juga terkejut dengan berita itu.

"Kami tidak tahu, dia cedera selepas pulang ke kapal angkasa." Yaya membalas, wajahnya tampak serius.

"Adakah kamu semua sudah berada di stesen?" soal Kokoci lagi.

"Sudah, kami sedang bawa Fang ke ruang rawatan."

"Baiklah, saya akan ke sana." Kokoci terus mematikan panggilan.

Yaya berlari anak ke ruang rawatan bersama Ying, terlihat pasukan rawatan TAPOPS bertungkus-lumus cuba untuk merawat Fang yang terlantar lemah di atas katil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Our Darkest Secret [Boboiboy Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now