୨⎯ PROLOG ⎯୧

28 9 0
                                    

Hembusan nafas yang hangat terasa di lehernya, Afeeya yang sedang lena tertidur itu tergamam. Siapa pula yang sedang tidir di tepinya ini? Dia masih ingat yang dia tidur seorang semalam tanpa ditemani sesiapa.

Mata dibuka sedikit, terus Afeeya terlihat rambut yang berwarna hitam menghiasi pandangannya. Tangan kekar milik lelaki itu elok sahaja melingkar di pinggang ramping Afeeya. Mukanya pula elok disembamkan di dada Afeeya.

Afeeya terkaku. Matanya dikelipkan beberapa saat lantas digosok berulang kali sebelum dirinya bangun mengejut, tangan lelaki itu melorot jatuh. Tidurnya tidak terganggu malah makin nyenyak. Siapa pula lelaki ini?

Lantas Afeeya turun daripada katil, tangannya pula lincah mengikat rambut panjangnya itu menjadi sanggul. Ah siapa pun lelaki ini, ini tidak boleh jadi. Walaupun Afeeya bermimpi sekalipun, dia kena pastikan yang dia nampak cantik di hadapan lelaki kacak ini.

Tangan kanannya dibawa ke mulut dan di lap laju untuk memastikan tiada air liur yang tersisa, selepas itu Afeeya memeriksa pula jika ada biji mata yang terlekat di matanya. Setelah memastikan yang tiada langsung air liur ataupun air mata yang terlekat, dia membetulkan bajunya.

Afeeya berjalan perlahan menuju ke tepi katil, dia menunduk untuk melihat wajah lelaki itu dengan lebih jelas. Sedang Afeeya ralit memerhati, mata lelaki itu terbuka. Lelaki itu terus merenung Afeeya. Ah ini tidak boleh dibiarkan, mahu tergoda seorang Afeeya Baheera nanti. Afeeya cepat-cepat alihkan pandangan matanya.

Dan tiba-tiba, tangan lelaki itu terus melingkar di pinggang Afeeya dan menarik Afeeya sehingga dia jatuh di atas badan lelaki itu. Mata Afeeya terbuntang dan degupan jantungnya menjadi laju, mereka berdua sangat dekat sehinggakan hidung Afeeya dan hidung lelaki itu bersentuhan.

Ya Allah, sungguh handsome ciptaan mu yang seorang ini. Arh bibir dia yang merah itu membuatkan Afeeya terpana melihatnya.

"Are you blushing Baheera?" Lelaki itu menyoalnya apabila terlihat pipi Afeeya yang putih itu sudah mulai bertukar menjadi merah, semerah tomato.

Afeeya yang ralit melihat bibir lelaki itu tersentak. Arh malunya dia kerana tertangkap! Kedua tangan Afeeya dinaikkan lalu ditutup seluruh mukanya yang merah itu.

Lelaki itu tergelak kecil sebelum mengetatkan lagi pelukan di pinggang Afeeya. Ahh seksi sungguh gelaknya itu, Afeeya sudah menjerit suka di dalam hati.

"Buka mata awak sayangku Baheera." Lelaki itu menarik lembut kedua tangan Afeeya sebelum mata mereka bertemu lagi. Dan kali ini Afeeya tidak dapat melarikan pandangannya, seolah olah ada satu magnet kuat yang membuatkan Afeeya mahu terus memandang mata coklat terang kepunyaan lelaki itu.

Afeeya menggigit lembut bibirnya, cuba untuk menahan rasa teruja yang mengalir di dalam badannya. Dia dipanggil dengan panggilan sayang oleh lelaki bersuara seksi itu!! Rasa mahu menjerit satu rumah ini, tak- Afeeya rasa mahu menjerit satu dunia ini!

"Kenapa awak panggil saya Baheera?" Afeeya menyoal, bukan apa semua orang memanggilnya Afeeya dan bukan dengan Baheera.

"Kenapa? Tak boleh ke, lagipun maksud nama Baheera tu kan elok. Sesuai dengan awak." Lelaki itu tersenyum manis menunjukkan lesung pipit yang terbentuk di pipi sebelah kirinya itu.

Tidak dinafikan lagi yang bahawa Afeeya sudah tergoda memandang lelaki di hadapannya ini, sudah jatuh cintakah dirinya?

"Boleh je, tapi awak ni siapa?" Setelah sekian lama bertatapan mata dan berpelukan barulah Afeeya bertanyakan soalan. Afeeya memandang lelaki di hadapannya itu, wajah kacak lelaki itu ditatap penuh teliti. Kalau macamnilah muka yang dia kena tatap, tak keluar setahun pun Afeeya tak kisah.

Lelaki itu mendekatkan bibirnya di telinga Afeeya, nafas hangatnya terasa. Pipi Afeeya yang sudah merah itu makin bertambah merahnya.

Ah jangan macam ni abang seksi, makin tergoda lah Afeeya nanti.

"I am your husband sayang, takkan dah lupa suami sendiri? Nama suami awak ni Emiir-

"Arghh!! Aduh sakitnya Ya Allah." Afeeya menggosok belakang badannya yang terasa sakit akibat jatuh daripada katil.

Seusai rasa sakit itu hilang, Afeeya cepat cepat memandang ke belakang di mana arah katilnya, namun yang cuma dia lihat hanyalah bantal yang berselerakan di atas katil.

Jadi tadi itu semuanya mimpi? Apa ni!! Matanya mula berkaca, musnah harapannya mahu meneruskan mimpi demgan lelaki bersuara seksi yang digelar Emiir itu.

"Abang Emiir... tunggu Afeeya cari abang Emiir sampai jumpa" Afeeya bersuara perlahan, setelah itu dia mencuba untuk menyambung tidurnya dengan harapan dapat bermimpi abang Emiirnya sekali lagi.

Emiir BaheeraWhere stories live. Discover now