01

18 8 0
                                    

Nasi yang terletak di hadapan Afeeya itu langsung tidak disentuh. Pelik Puan Marina melihat anak bongsunya yang seorang itu, selalunya kalau dia memasak makanan kegemaran Afeeya, tidak sampai lima minit Afeeya meminta untuk menambah nasi lagi.

"Ha dah berangan sampai mana tu Feeya? Tak nak makan nasi tu ke? Dah sejuk nanti tak sedap pula." Puan Marina meletakkan jag yang berisi air sirap bandung ais di atas meja makan, kemudian dia menuangkan air itu ke dalam cawan. Lafaz bismillah dibaca sebelum dia meneguk air.

"Apa lagi ibu, berangan je lah kerja adik ni. Entah berangan nak kahwin dengan anak raja mana lah pula." Haris yang tiba-tiba muncul itu menjeling adiknya lalu menarik kerusi yang berhadapan dengan Afeeya untuk makan bersama.

"Kau senyum senyum dah kenapa? Dah macam orang gila abang tengok." Haris menggeleng kepala perlahan, pelik sikap adiknya yang seorang ini. Asyik berangan je kerjanya.

"Biarlah, tak kacau abang pun kan." Afeeya menjeling Haris, bibir dimuncungkan tanda manyampah. Biarlah dia nak berangan pun, sibuk sahaja abang dia ni.

"Bila nak kahwin Feeya? Takkan boyfriend pun tak ada ni?" Puan Marina secara tiba-tiba bertanya kerana perasaan ingin tahu, pelik juga dia takkan anak dia yang seorang ini tidak menyukai sesiapa pun.

Cringe sungguh soalan mu wahai ibunda, boyfriend memang tak ada tapi abang Emiir dia tu adalah. Afeeya berseloroh di dalam hati.

"Ibu ingat ni drama yang macam ibu selalu tengok pukul tujuh tu ke? Jangan kata lepas ni ibu nak kenalkan Feeya dengan anak kawan ibu pula." Afeeya mencebik bibir, abang dia yang dah nak masuk 28 tahun itu tak nak pula dia suruh kahwin, aku yang baru 23 ni pula ibu tanya.

"Ingat ibu ni takde kerja ke nak jodohkan kamu, dah besar panjang cari sendirilah. Kamu yang nak kahwin bukannya ibu." Apa? Ingat Puan Marina ni seperti ibu-ibu dalam drama yang selalu tayang pukul tujuh tu ke.

"Bukan takde ibu, tapi tunggu adik cari dia sampai jumpa dulu." Senyuman sudah terbentuk di bibir Afeeya. Bayangkan yang dia berjumpa dengan abang Emiir pun sudah buatkan dia jadi gila ini lagikan kalau jumpa betul-betul.

Puan Marina sudah tersenyum saat mendengar apa yang dikatakan anak perempuannya itu, nampaknya tahun ni dia bakal mendapat dua menantu sekali lah.

꒰⚘݄꒱

Air yang dipesannya 30 minit yang lalu sudah berbaki separuh. Lambat betul manusia-manusia ni, kalau 10 minit lagi tak datang memang Afeeya angkat kaki dulu.

"Lambat ke kau tunggu?" Khayla yang baru sahaja sampai bersama Aria itu mempamerkan senyuman tidak bersalahnya, menunjukkan giginya yang putih itu.

"Eh takdelah baru je sampai ni, tunggu korang berdua sempatlah aku ada cucu dulu." Afeeya menjeling kedua sahabat baiknya itu, janji melayu betul.

"Sorry lah Feeya, Khay ni yang lambat sangat." Aria menjeling Khayla yang tersenyum-senyum itu. Nak kata ada boyfriend bukannya ada pun. Bak kata Khayla, siapa kata perempuan perlukan lelaki? Dan Khayla juga katakan yang dia nak jadi single rich aunt nanti dan akan selalu memberikan kemewahan kepada anak saudaranya.

"Btw, kenapa kau nak jumpa kitaorang ni. Katanya penting sangat." Aria mengerutkan dahinya, pelik juga dia apabila Afeeya berkata dia mahu berjumpa untuk memberitahu sesuatu yang penting. Kata Afeeya, perkara ini ialah soal hidup dan mati dia.

Emiir BaheeraWhere stories live. Discover now