02

25 7 1
                                    

Tudung yang berwarna putih itu dikemaskan sekali lagi sebelum Afeeya membelek wajahnya di cermin memastikan semuanya sempurna.

Dia mencapai handphone dan beg tangannya yang terletak di atas katil, sebelum melangkah keluar bilik Afeeya menyemburkan minyak wangi. Habis berbau satu bilik. Mana tahu mungkin hari ini rezeki dia berjumpa dengan abang Emiir.

Pintu bilik ditutup rapat. Afeeya menuruni anak tangga dan menuju ke ruang tamu mahu meminta izin ibunya untuk keluar.

Seusai sampai di ruang tamu Afeeya melihat ibunya yang sedang ralit menonton televisyen sambil mengunyah snek. Kedengaran suara tidak puas hati keluar daripada mulut ibunya, ini mesti tengah tengok drama kegemaran dia.

Afeeya berjalan perlahan-lahan dengan niat ingin mengejutkan Puan Marina, tetapi belum sempat Afeeya meneruskan niatnya Puan Marina berpusing ke belakang dahulu.

"Akh ibu! Terkejutlah." Afeeya terjatuh ke belakang menyebabkan isi di dalam beg tangannya terburai di lantai. Belakang badan diusap perlahan.

"Tulah akibatnya nak kacau ibu lagi." Puan Marina tergelak kecil sebelum dia mengalihkan pandangannya ke televisyen lagi, sambung menonton drama.

"Ibu ni bukan nak tolong." Bibir dijuihkan lalu Afeeya cepat-cepat mengutip isi yang terkeluar dari begnya sebelum dia berjalan ke arah sofa dan duduk di sebelah Puan Marina.

"Nak pergi mana ni adik? Wangi betul." Puan Marina yang terbau perfume anaknya itu laju sahaja menegur. Dah macam tertumpah satu botol minyak wangi pun ada.

"Eh ibu, adik nak pergi cari bakal menantu ibu lah. Semalam ibu juga kan yang tanya pasal boyfriend ni." Selamba sahaja Afeeya menjawab sambil tangan laju mengambil sedikit snek di tangan ibunya.

Puan Marina hanya mengangguk lalu menyambung semula menonton televisyen, dia bukannya dengar sangat pun apa yang dikatakan Afeeya kerana ralit menonton drama yang terpapar di skrin televisyen itu. Katanya sudah minggu akhir, tidak mungkin Puan Marina akan terlepas menontonnya.

Afeeya menyalami tangan ibunya sebelum dia menuju ke luar rumah setelah mendapatkan izin dari Puan Marina, pintu kereta dibuka lalu enjin kereta dihidupkan. Doa menaiki kenderaan dibaca dan seraya itu Afeeya memandu keluar dari taman perumahan itu.

꒰⚘݄꒱

Khayla dan Aria yang berdiri tegak seperti patung kerana menunggu Afeeya di tengah-tengah mall itu mengeluh perlahan. Afeeya ini pun satu, bukannya mahu beritahu lokasi tempat. Dia hanya beritahu untuk berjumpa di mall itu sahaja.

Afeeya yang baru sahaja sampai dan terlihat dua sahabatnya itu terus berjalan laju menghampiri mereka. Afeeya mempamerkan senyuman tidak bersalah kerana membiarkan Khayla dan Aria menunggu lama. Tahu sangat dirinya yang bersalah.

"Sorry korang, jammed sikit tadi sebab tu lambat. Alaa janganlah masam sangat muka korang dua ni, aku belanja makan nak?" Afeeya cepat sahaja memujuk kedua rakannya itu untuk menyejukkan hati Khayla dan Aria yang panas membara itu.

"Dah 30 minit tau kitaorang tunggu kau, dah berjanggut aku ni." Aria merenung tajam Afeeya sebelum bahu dia ditampar kuat oleh Afeeya.

"Kelakarlah kau ni, ha mana janggut kau tu? Meh sini aku tengok, mana tahu nanti ada perempuam tergoda tengok kau." Khayla turut tergelak bersama Afeeya namun tawa mereka berdua mati akinat renungan tajam Aria.

"Arh em ha, jom kita pergi sana." Kedua lengan rakannya itu dirangkul lalu Afeeya menarik mereka menuju ke Mph.

"Kau ni sebenarnya ajak kitaorang datang sini nak cari abang Emiir kau ke nak cari buku kesayangan kau?" Novel yang sudah habis dibelek oleh Khayla itu diletakkan kembali ke rak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Emiir BaheeraWhere stories live. Discover now