BAB 26

112 9 0
                                    

Lara memegang kepalanya yang terasa berdenyut, matanya dikelipkan beberapa kali untuk melihat ruang biliknya.

Semalam aku pingsan ke? Bisik hati Lara dengan wajahnya yang curiga.

Tiba-tiba teringat pula Fariez berada dengannya sewaktu dia sedang pingsan.

Senyuman terus terukir di bibir munggilnya, kepala otaknya ligat berfikir tentang Fariez.

"You still like before," Kata Lara sebelum dia terus bangun dari baringnya dan langkah diatur menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

-

Kiara dan Fariez bersiap untuk pulang semula ke rumah tetapi sebelum pulang Kiara ingin singgah ke Klinik berdekatan untuk meneliti rekod kesihatan Arwah Puan Kairina selama ini.

Setelah seminggu Puan Kairina meninggalkan mereka Kiara sudah mula menerima hakikat dan kembali seperti dulu.

Teringat pesanan-pesanan Tuan Asyraaf, Puan Zalia dan Fariez kepadanya.

"People come and go, that's facts" ayat itu membuatkannya semakin menerima ketiadaan Puan Kairina.

Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya sebelum gambar arwah Puan Kairina di letakkan ke dalam beg bajunya untuk dibawa pulang ke rumah.

"Tak apa ke saya menyusahkan awak? Kalau menyusahkan saya boleh pergi naik teksi je?" Kata Kiara dengan nada bersahaja sambil tangannya mengzip beg bajunya yang penuh itu. Mana taknya baju seminggu.

Yang menyebabkan Kiara ingin pergi ke klinik menaiki teksi kerana dia tidak ingin menyusahkan Fariez. Awal pagi tadi pejabat call kata Fariez ada kerja yang banyak sejak beberapa hari tak masuk kerja.

Pejabat juga memberitahu Fariez ada meeting penting pada pentang nanti.

"Tak apa aku boleh hantarkan," balas Fariez tanpa nada sambil menyikat rambut hitam pekatnya itu supaya kelihatan lebih kemas.

"Tapi saya boleh je naik teksi" Kata Kiara tidak mahu kalah, Fariez sudah mengerutkan dahinya apabila Kiara berdegil.

"Kita balik sama-sama," putus Fariez dengan nada kosongnya, wajahnya semakin menegang.

"Saya naik teksi je lagipun ni urusan mama saya," balas Kiara lagi membuatkan Fariez terus menoleh memandang Kiara yang sedang gelisah itu.

"Mama kau, mak aku juga. Kau dah lupa ke?" Soal Fariez dengan suara perlahan membuatkan Kiara segera tersengih kecil.

Langkahnya terus diatur menghampiri tubuh Kiara sebelum senyuman senget makin terukir di bibir lelaki itu.

"A-awak kenapa ni?" Soal Kiara dengan gugup apabila Fariez semakin mendekatinya, setelah beberapa langkah akhirnya Tubuh Kiara telah pun bersandar di dinding bilik menyebabkan dia tidak boleh bergerak ke mana-mana.

Fariez meletakkan tangannya rapat ke dinding bagi memerangkap Kiara daripada pergi.

"A-awak kenapa?!" Tempik Kiara dengan kuat sambil tangannya cuba menolak tubuh Fariez menjauhinya.

Dagu runcing Kiara disentuh sebelum dia terus tersenyum penuh makna.

"Aku cakap, aku hantar," ulang Fariez sambil tangannya menyelak rambut panjang Kiara ke belakang telinga.

Kiara menelan air liurnya yang terasa kesat di kerongkongnya.

"T-t-tapi..." Kata Kiara sebelum matanya ditutup rapat apabila Fariez semakin mendekatkan wajahnya dengan Kiara.

Degupan jantung Kiara berdegup dengan laju matanya dipejam begitu rapat.

"Sayang, kau nak aku ulang ke?" Bisik Fariez diteling Kiara membuatkan gadis itu terus menolak jauh tubuh Fariez.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now