BAB 32

91 11 2
                                    

Kiara dan Aqil masing-masing sudah bertolak (memandu) ingin menghantar Kiara semula ke rumahnya bersama adik Aqil, Aqilah juga berada di dalam kereta itu.

Sepanjang perjalanan Fariez hanya mengikuti sahaja kereta Aqil daripada belakang, wajahnya hanya kosong sepanjang pemanduan.

Air mata Kiara tidak henti mengalir membasahi pipinya sepanjang perjalanan, entah mengapa dia terasa sangat kecewa dengan perbuatan Kakaknya dan suaminya.

Sanggup mereka menipunya selama ini? Luka-luka yang terdapat di pipi, bibir dan leher masih terasa seperti hatinya yang terluka.

Setelah beberapa minit perjalanan Akhirnya kereta Aqil telah pun tiba di kawasan perumahan Tuan Asyraaf.

Tepat dihadapan rumah Tuan Asyraaf, Aqil terus memberhentikan kenderaannya dan dia terus menoleh memandang Kiara di belakang

"Kiara?" Panggil Aqil kepada Kiara yang berada di sit belakang, Kiara segera menyeka air matanya daripada di lihat oleh Aqil namun Aqil segera mengerutkan dahinya pelik dengan tindakan Kiara.

"Kiara? Awak menangis ke?" Soal Aqil dengan nada cemasnya, Aqilah terus menoleh kepalanya memandang ke belakang.

"Hah? Hmm... tak. Mana ada saya menangis," Kata Kiara sambil menyeka bersih lagi air matanya, senyuman tawar turut terukir di bibir munggilnya.

"Kiara, awak okay tak?" Soal Aqilah dengan nada risaunya melihat wajah Kiara yang agak basah.

"Okay, hmm.... awak panggil saya ke tadi?" Soal Kiara kepada Aqil yang sedang memandu perlahan di sekitar kawasan perumahan.

"Ehh, Haah. Ni rumah awak dekat mana?" Soal Aqil dengan nada bersahajanya, Kiara terus memandang sekeliling melihat kawasan perumahan.

"R-Rumah saya depan tu je," gagap Kiara sambil menunjuk ke arah rumah Tuan Asyraaf.

Tidak ingin dia pulang ke rumah Fariez memandangkan lelaki itu telah pun berlaku kejam terhadapnya.

Dalam kepala otaknya hanya berfikir dia ingin dan akan meminta cerai dalam masa terdekat, tak nak dia hidup lagi dengan lelaki yang lansung tidak dia cintai.

"Kiara?" Panggil Aqil mematikan lamunan Kiara di sit penumpang belakang.

"Ye?" Balas Kiara sepatah sambil menantikan apa yang ingin dikatakan oleh Aqil seterusnya.

"Dah sampai," Kata Aqil sambil menunjuk ke arah Rumah Tuan Asyraaf yang berada di hadapan mereka.

"Ohh," Kiara segera memerhati  sekeliling, dalam hatinya mula resah ingin berfikir bagaimana dia ingin memberi tahu Puan Zalia dan Tuan Asyraaf jika mereka tanya.

Pintu kereta dibuka oleh Kiara daripada dalam sebelum dia terus merobos keluar daripada kereta.

Fariez yang mengikuti kereta itu hingga ke sini segera memandu laju memotong kereta Aqil dan bergerak ke depan supaya tidak kantoi dengan Kiara bahawa dia mengikuti mereka.

Aqil dan Aqilah segera turun daripada kereta, dan melangkah mendekati Kiara.

"Terima kasih hantarkan saya, saya sangat terhutang budi dengan awak," ucap Kiara dengan sopan kepada Aqil dan Aqilah.

"Sama-sama, tak apa saya ikhlas hantarkan awak balik lagipun kebetulan memang saya nak balik sini pun since seminggu tinggal rumah family saya," kata Aqil menghilangkan rasa serba salah Kiara kepadanya, bukan Kiara tidak mahu naik teksi cuma awal-awal lagi Puan Azimah sudah menyuruh Kiara menumpang Aqil memandangkan destinasi mereka berdua hendak ke KL.

"Kalau tak ada apa-apa saya masuk dululah," Kata Kiara sebelum Aqil dan Aqilah mengangguk ringkas.

"Jaga diri baik-baik tau Kiara, kitaorang pergi dulu," Kata Aqilah sebelum Kiara menghulur tangan ingin menyalam tangan Aqilah.

Aqil dan Aqilah pun merobos masuk ke dalam kereta sebelum Kiara menghantar pergerakan kereta itu dengan ekor matanya.

Kiara mengeluh kecil sebelum dia terus menoleh kebelakang ingin masuk ke dalam rumah.

Selangkah dia ingin berjalan terus lengannya ditarik kuat oleh seseorang sehingga dia terdorong ke beberapa langkah sehingga tubuhnya bersandar pada dada bidang lelaki yang menariknya itu.

Kiara yang terdorong kebelakang itu pantas menutup matanya sebelum perlahan-lahan matanya dibuka semula.

Tubuhnya segera dijauhkan dari pada lelaki itu sebelum perlahan-lahan Kiara memusingkan tubuh menghadap lelaki itu, membulat besar matanya melihat Fariez yang menariknya tadi.

"Fariez?" Soal Kiara tidak percaya, bagaimana lelaki itu boleh berada di sini? Dan apa yang di buat di sini?

"Kiara aku nak minta maaf," kata Fariez dengan nada suaranya yang agak kecil sebelum wajah Kiara dipandang dengan begitu dalam.

"Kau nak apa lagi?" Soal Kiara kasar, bahasa diri sudah pun dia gunakan dengan aku-kau, bukan lagi awak-saya.

"Please Kiara aku merayu maafkan aku!" Pinta Fariez sambil tangannya naik memegang kedua belah bahu Kiara.

"Tak payah sentuhlah!" Bidas Kiara kasar sebelum tangan Fariez pada bahunya di tepis kasar.

Dalam hati Fariez asyik berbisik agar memberitahu hal yang sebenar-benarnya kepada Kiara namun dia sendiri tidak tahu bagaiman ingin memberitahu gadis itu.

Kiara segera menjeling kasar wajah Fariez sebelum dia terus ingin mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

"Kiara! Dengar dulu penjelasan aku!" Jerit Fariez membuatkan langkah Kiara terhenti serta merta, dengan pantas Kiara terus menoleh semula memandang Fariez

"Penjelasan apa? Penjelasan yang kau dengan perempuan tu memang dah lama kenal dan korang pergunakan aku untuk balas dendam!" Tempik Kiara kuat dengan wajahnya yang memerah kerana marah, sungguh dia tidak percaya bagaimana lelaki ini masih boleh muncul dihadapannya selepas menikam belakangnya.

"Kiara, apa yang kau nampak tadi tu semua salah faham!" Kata Fariez dengan kuat kepada Kiara, Kiara terus tersenyum sinis sebelum dia melangkah mendekati Fariez.

"Cukup-cukuplah tu Fariez, aku dah benci kau sama macam aku benci perempuan tu! Lebih baik kau balik je lah dengan perempuan tu, oops! Kekasih hati kau if i'm not mistaken," Kata Kiara sebelum dia terus pusing ke belakang dan mengatur langkah ingin masuk ke rumah Tuan Asyraaf.

Dengan pantas sekali lagi tangan Kiara direntap oleh Fariez dengan kuat menyebabkan langkah Kiara terhenti.

"Lebih baik kau lepas!" Tegas Kiara memberi arahan, nafasnya yang semakin laju menunjukkan betapa marahnya dia.

"Kau kena ikut aku balik," arah Fariez selamba sebelum mendapat kerutan dahi daripada Kiara.

"Kau apahal!" Marah Kiara sambil menoleh memandang Fariez semula dengan wajah bengisnya.

Karang ada yang makan penampar karang! Suka hati je nak arah-arah orang!

Tanpa berfikir lama Fariez terus menarik tangan Kiara mendekati keretanya yang berada tidak jauh daripada rumah Tuan Asyraaf.

"Ish lepaslah! Kau ni dah kenapa!" Marah Kaira sambil tangannya yang masih bebas mencuba melepaskan tangannya yang dia tarik oleh Fariez.

"Diam boleh tak! Ikut je!" Tempik Fariez kuat menandakan tahap kesabarannya semakin menipis.

Dengan pantas pintu kereta di buka dn tubuh Kiara ditolak masuk ke dalam kereta Porsche 718 cayman Fariez dengan perlahan.

"Ish!! Awak nak bawak saya pergi mana?!" Marah Kiara sambil menahan pintu kereta dari ditutup oleh Fariez.

Fariez segera memandang ke arah Kiara sebelum nafasnya ditarik dan dihembus perlahan.

TO BE CONTINUE...

🌹thanks for reading!!🫰🏻🙏🏻
Sorry lambat update chapter sebab saya pun ada keluarga dan perlu luangkan masa dengan diorang😊 tq faham!

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now