Bab 4

151 19 0
                                    

Selepas beberapa minit, akhirnya kereta Syed sampai ke destinasi rumah Raihanna. Mereka berdua keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah tersebut.

"Ouh btw Rin, ni aku ada list company/syarikat yang kau boleh mohon" kata Raihanna.

Mata Aerin terus membulat. Mak aih, cepat nye dia cari. Ya, kawan aku Raihanna Batrisya. Apa-apa kerja sekali pun kerja, Dia memang selalu menetapi masa.

"Er, cepatnya. Company apa yang kau dapat?" Soal Aerin.

Mata Raihanna terus bersinar sebaik sahaja ditanya-nya. "Haaa, aku ada dapat 4 company/syarikat yang kau kena pergi mohon. Yang mana terima kau, kau kena kerja dekat sana."

Raihanna menghulurkan kertas yang ditulis beberapa syarikat olehnya. Aerin memerhati setiap satu syarikat tersebut.

-RAM Company
-Restoran Nor Fatihah
-Yusuf Cotton Company
-H.A Jewellery Company

Kepala hotak dia! Macam mana diorang nak terima aku. Adui Rai! Memang masalah betul.
"E-er okay lah Rai. Aku try" Kata Aerin dengan dahinya berpeluh.

Senyuman Raihanna mula melebar. "Ini la kawan aku. Meh sini, aku sapu ubat dekat lebam-lebam kau tu, nanti ko makan, astu makan ubat pil tahan sakit tu"

Raihanna mengeluarkan ubat krim dan sapu pada lebam Aerin dengan penuh kasih sayang.

"Aku tak kira. Mulai esok, kau kena cari kerja juga" kata Raihanna dengan tegas.

Serius betul kawan aku ni. Haih. "Yelah, yelah.. aku cari esok" Jawab Aerin dengan malas.

Selepas sahaja sapu ubat pada lebam Aerin, Raihanna terus bangun dari tempat duduknya dan mengambil nasi untuk dia dan Aerin.

Dia meletakkan pinggan berisi nasi itu pada meja makan. "Meh sini makan. Lepas makan kau makn ubat tahan sakit yang doktor Farisha kasih tu. Lepas tu kau rehatlah kat mana mana"

Aerin hanya mengangkuk dan duduk di kerusi untuk menjamu selera di depan matanya.

Aerin suakan nasi masuk ke dalam mulutnya dan kunyah dengan perlahan. Termenung... Macam mana dia nak cari kerja sekarang ni.

Selepas sahaja makan, Aerin pergi ke singki dan membasuh pinggan yang dimakannya. Aerin minum secawan air putih bersama dengan ubatnya yang harus ditelan.

"Haa Rin, bilik kau.. yang belah kiri, tingkat atas. Kau buka je pintu.. dinding dia warna ungu tau!" Jelas Raihanna kepada Aerin sekiranya dia ingin berehat sekarang.

"Okay Rai, thanks for everything" Aerin senyum dan pergi menapak kakinya menuju ke tangga.

Sampai sahaja di biliknya, Aerin membuka pintu dan dapati bahawa dinding tersebut berwarna ungu. Aerin terus baring di atas katil yang empuk tersebut.

"Ahhh sedapnya baring dekat sini..." Kata Aerin pada dirinya sendiri. Mata Aerin mula memberat dan tiba masanya untuk dia berehat. Mata Aerin terus tertutup akibat terlalu mengantuk dan dia dibuai oleh mimpinya sendiri.

Hye readers!! So this is bab 4 and hope you enjoy it! Nanti in bab 5, Aerin akan pergi mencari kerja nya... Jadi syarikat mana yang terima dia ek? Stay tuned for bab 5! Love y'all's 🤍

Magnetic From Him <DISCONTINUED>Where stories live. Discover now