Bab 10

117 18 0
                                    

--------------------------------------------
"Dah siap makan ke?" Tanya Hariz, Aerin yang sedang menghirup air strawberry milkshake terus meletakkan gelas kembali.

"Alhamdulilah terima kasih Encik Riz lanje makan hehehe"


"Eh- takpelah, sikit je kot. Btw kau nak balik ke?"


Aerin terus teringat, eh sian Raihanna sorang-sorang HAHAHA. Nampaknya memang kena balik.


"Tapi Encik, saya nak gi tandas dulu, pastu saya balik, Encik balik la dulu." Kata Aerin.


"Nope. I will wait here. Cepat gi tandas" Kata Hariz balik dengan suara yang tegas. Mau tak mau memang Aerin terus lari ke tandas, takmau Encik Hariz tertunggu-tunggu en.


Selepas sahaja keluar dari bilik air, Aerin meregangkan badan dia.


"Huff penatnyaaa, nasib bos lanja makan HAHAHA" Tapi.. Katanya terhenti apabila tudungnya ditarik oleh seseorang.


Aerin memusingkan badan untuk melihat siapa yang menarik tudungnya. Aerin terkedu, seketika.


Qarlif.

Wajahnya penuh dengan sinis.

"Kau ingat kau boleh terlepas dari aku ke Rin? Kau ingat aku boleh senang-senang kasih kau lepas hah?


"Tolonglah Qarlif, lepaskan saya, saya tak nak!"


Qarlif menekup mulut Aerin. "Better kau diam. Sebab aku akan-"
Belum sempat Qarlif menghabiskan ayatnya, Hariz menyepak perut Qarlif sehingga Qarlif tersungkur di lantai.

Aerin yang terlepas dari tarikan tersebut terus terduduk dan menangis. Ya Allah, kenapa dia kembali!


"Baik kau keluar sekarang, takyah kacau dia"
Kata Hariz dengan muka yang tegang. Ada hati nak kacau ketot kesayangan aku huh?


"Heh jantan! Aku ni suami dia so aku ada hak lah!"

Jerit Qarlif sambil memegang perutnya yang senak kerana disepak kuat oleh Hariz.


"Dia tak anggap kau suami sebab kau selalu dera dia!"


Qarlif hanya mendengus kasar, namun dia terus larikan diri melalui tingkap yang ada di bucu tandas...


Hariz yang melihat aksi tersebut mengalihkan perhatiannya kepada Aerin yang sedang menangis. Langkah pergi mendekatinya.


"Aerin? Dia ada buat kat kau apa-apa ke? Kau okay tak?" Tanya Hariz dengan lembut, nampak ada terselit kerisauan di situ.


Aerin mengangkat mukanya untuk melihat Hariz, air mata dia masih tersisa, dan matanya kelihatan merah.

"E-encik.." kata Aerin dengan lembut.


Ya Allah, kesiannya dia.. nak aku buat apa ni?
Hariz tidak terus fikir panjang, tangannya ringan sahaja mengusap kepala Aerin yang berlapik dengan tudung.


Aerin terus membeku seketika. Dia tidak pernah mendapat kasih sayang dari seseorang melainkan sahabatnya sahaja.


Hariz terus menurunkan tangannya. Eh- asal aku pegang kepala dia? Aduu Riz.. Riz..


"Aku minta maaf, pegang kepala kau tanpa izin. Dah jom aku hantar kau balik"


Aerin hanya mengangkuk dan berdiri, semasa sahaja ingin berdiri, kakinya lemah dan terus terduduk.

"Kau nak aku dukung kau ke apa?"

Mata Aerin terus membulat.
"Ishh takmau lah Encik Riz, saya tak larat, Encik gi lah balik dulu" mukanya masam sahaja.

"Takpe aku tunggu kau"

"Tapi Encik -"

"Aku tunggu kau dekat sini sampai kau boleh imbangkan badan. Faham tak ketot?"

Eh- ketot?! Kuang asam punya laki. Mentang-mentang aku pendek. Suka hati je panggil aku ketot! Ish.

"Encikk takyah lah panggil saya ketot!!" Kata Aerin dengan geram. Yelah we, diri dia digelarkan sebagai 'ketot' sape je x geram?


"Habistu kau nak aku panggil kau apa? Sayang?"
Kening Hariz dijongketkan beberapa kali. Ingin mengusik Aerin.


"Encikkk dahlahh takmau kawan"

Aerin membuat muka merajuk. Ramai cakap bos ni macam singa terkeluar kandang, dingin and strict je.

Tapi apa yang aku tengok ni lain. Hurmm.


Eh- merajuk pulak dia. Tapi comel laaa mulut dia muncung tu dengan pipi tembam dia! Aishh takleh jadik! Gumam Hariz dalam hati .


Hariz meninggalkan Aerin seorang disana, Aerin yang merajuk langsung tidak dilayan.


Tulah sape suh manja ngan dengan bos? Dah kena pendapat. Hmmm..


Namun, sebentar sahaja Hariz datang balik pada Aerin, Hariz mencangkung di depan Aerin dan mengeluarkan coklat Cadbury flavour Oreo.


"Dah, takmau majuk-majuk, nah aku lanja kau, coklat" Hariz menghulurkan coklat kepada Aerin, Aerin pun teragak-agak nak ambil, tapi kalau tolak terasa lak mamat ni.


Aerin mengambil coklat itu dan tenung dengan lama. Dia pujuk aku ke?

"Jom aku hantar kau balik, nanti makan coklat tu tau" kata Hariz dengan senyuman di bibirnya.

CAIR WEH BAPAK ENSEM!


"Terima kasih Encik... Sorry susahkan Encik tadi.." Kata Aerin dengan perlahan, malu jugak bos kena pujuk , cam budak budak pulak.

"Setakat coklat apa sangat kan? Dah jom aku hantar kau balik yea?"


Aerin mengangkuk dan masuk ke dalam kereta Hariz.

Hariz memandu keretanya hingga sampai ke destinasi rumah Aerin.

--------------------------------------------------------------

"Terima kasih sebab hantarkan Encik.."

"Your welcome ketot, jangan lupa kerja esok tau "

"Encikkk! Janganlah panggil saya ketot lagiii!"
Ishh sikit-sikit dah la melebih sape layann. Mau jugak aku backflip dia satgi.

Gelak Hariz terus pecah, halah halah, comelnye.

"Mulut muncung tu jangan sampai aku stapler ek, dah gi keluar"



"Yelah yelah, terima kasih sekali lagi, bye byeee "
lambai Aerin pada Hariz.


Hariz juga turuti melambaikan tangan pada Aerin, aku stapler betul betul baru tahu.

--------------------------------------------------------

"ASSALAMUALAIKUM!!!"
Jerit Aerin, mana Rai ni? Takkan tidur kot.

Pintu itu terus terbuka luas, Raihanna melihat Aerin dengan risau.


"Kau gi mana hah?! Aku risau tau tadii ey aku halau jugak kau satgi" kata Raihanna dengan nada yang meninggi.


"Kau ni Rai, aku makan dinner dengan bos lah, makan free takleh dilepaskan hehehe"


"Ha kau memang, bab makan lupa kawan kau humph!" Raihanna menjeling pada Aerin.


"R-rai..." Tiba masanya dia beritahu Rai mengenai Qarlif.


"Kenapa? Asal pucat semacam ni. Tadi kemain macam kanak-kanak ribenna tadi" jawab Raihanna.

"Qarlif..."

"Haa Qarlif? Kenapa?"

"He's back"

Raihanna terus terkejut
"QARLIF CARI KAU?!"




Haaaaa what happened? Ingatkan Qarlif dah x kisah pasal Aerin. Rupanya.. dia masih cari Aerin? Btw sweet kat Hariz pujuk Aerin pakai cekelat. HAHAHA. Btw stay tuned for bab 11. Jangan lupa vote tauu! Love y'all's 😼🤍

Magnetic From Him <DISCONTINUED>Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang