- BAB 6

2.2K 200 16
                                    

Yashfi menangis di atas katil. Teresak-esak dia menangis ketika itu. Yasmeen yang duduk di hadapannya mula berasa serba salah.

"Mama cuma tak nak Yashfi terluka. Kalau cedera dekat mana-mana macam mana?" Pujuk Yasmeen dengan lembut.

"Tapi. Yashfi cuma nak belajar sikit-sikit je. Tak banyak pun" balasnya sambil menahan tangisan.

"Sikit-sikit tu pun dah buat mama risau. Mama boleh jaga diri mama dan juga diri Yashfi. Yashfi tak perlu join benda macam tu ya" pujuk Yasmeen lagi. Pipi Yashfi yang sudah penuh dengan air mata dilap lembut dengan tangannya.

"Tapi Yashfi nak jaga mama sendiri. Yashfi tak nak tengok mama nangis lagi. Yashfi nak mama sentiasa tersenyum" rengek Yashfi.

Yasmeen sudah kehilangan kata-kata. Dia tahu pasti peristiwa hitam setahun yang lepas masih segar di fikiran Yashfi. Anaknya itu mempunyai daya ingatan yang kuat. Jadi tidak mustahil untuk Yashfi melupakan peristiwa itu.

Yasmeen hanya memeluk Yashfi dan meredakan tangisan Yashfi. Dia juga buntu dengan semua itu. Dia tidak mahu anaknya didedahkan dengan hal-hal seperti itu di awal umur seperti itu.

-

Ali menyarungkan sarung tangannya. Dia juga sudah merenggangkan tubuh sebentar tadi. Segala rasa negatif yang ada dalam diri terus dilepaskan pada punching bag di hadapannya. Dia masih menunggu kehadiran Yashfi ke situ. Dia mahu menebus semua salahnya.

"Arghh!" Jeritnya dan menendang punching bag itu.

"Err. Abang Ali" panggil Safuan tiba-tiba. Ali terus memandang ke arah Safuan yang baru masuk ke dalam gelanggang.

"Kenapa?" Soalnya sambil menanggalkan sarung tangannya.

"Ada seorang perempuan ni nak jumpa dengan Abang Ali. Dia ada dekat sana. Safuan rasa dia macam nak marah dekat Abang" bisik Safuan sambil memandang ke luar gelanggang.

Ali terus menoleh ke arah luar gelanggang. Wajahnya terus berubah apabila melihat Yasmeen yang sedang menyilangkan tangan sambil memerhati sekeliling ruang latihan itu.

"Kau tolong simpankan" ucap Ali dan terus menyerahkan sarung tangannya pada Safuan. Selepas itu, dia terus melompat turun dari gelanggang itu. Safuan pula yang terkebil-kebil di situ.

-

Yasmeen memerhati sekeliling ruangan latihan Muay Thai itu. Dia dapat melihat beberapa orang lelaki sedang berlatih. Mereka semua juga sempat menoleh ke arah Yasmeen. Yasmeen terus berasa kurang selesa.

"Mama Yashfi kan?" Muncul Ali di hadapan Yasmeen.

Tersentak Yasmeen apabila Ali tiba-tiba mengangkat bajunya untuk mengelap peluh di wajah. Dia sempat melihat perut Ali yang berketak itu. Wajahnya terus diserbu dengan rasa malu.

"Aah. Awak kan yang dera anak saya?" Soal Yasmeen dan memandang tajam ke arah Ali.

"Maafkan saya Puan. Saya tak berniat nak buat macam tu dekat Yashfi. Salah saya Puan" pinta Ali dengan tangan yang disatukan.

"Panggil saya Meen je. Puan tu dengar macam dah tua" sempat Yasmeen menegur.

"Tua? Bukan memang dah tua ke?" Soal Ali tanpa rasa bersalah.

Mata Yasmeen terus membulat apabila mendengar soalan Ali. Menyirap darahnya ketika itu.

"Memang betul lah keputusan saya untuk halang Yashfi daripada belajar dengan awak. Biadap. Membazir waktu saya je" bentak Yasmeen dan terus membuka langkah untuk pergi.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz