- BAB 13

2K 172 8
                                    

Yashfi meletakkan sudu ke atas pinggannya. Selepas itu, dia terus turun daripada kerusi dan berlalu naik ke biliknya. Datin Seri Sakinah juga perasan dengan kelainan cucunya itu. Selalunya, suara Yashfi sahaja yang memenuhkan ruang makan keluarga mereka.

"Kenapa dengan Yashfi tu Meen?" Tegur Datin Seri Sakinah. Dia perasan Yasmeen juga kelihatan berbeza.

"Dia merajuk dengan Meen, Mama" jawab Yasmeen dan menguis nasi di dalam pinggannya.

"Macam mana boleh merajuk? Kamu buat apa dekat cucu papa tu?" Muncul Dato' Seri Yaakub. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib.

"Meen tak nak dia belajar dekat pusat latihan Muay Thai tu. Mama dengan papa nampak kan plaster dekat pipi Yashfi tu. Semuanya sebab kena tumbuk dengan seorang budak tu" jelas Yasmeen dan mengeluh.

"Lah. Nama pun pusat latihan Muay Thai. Bukannya pusat membaca jawi. Logiklah kalau cucu papa tu terluka. Baru jantan. Kan yang" ucap Dato' Seri Yaakub. Dia mahu isterinya menyokong kata-katanya juga.

"Betul tu bang. Mama pun perasan Yashfi setiap petang akan skipping dekat taman tu. Bila mama tanya, dia cakap 'Yashfi nak jadi kuat, nak jaga mama. Tersentuh mama dengar. Biarlah dia berlatih dekat situ Meen. Tak lama dah. Sebulan je lagi" pujuk Datin Seri Sakinah pula.

"Meen faham semua tu mama. Tapi Meen risau kalau ada sesuatu yang Meen tak nampak berlaku. Meen tak nak Yashfi kena buli" luah Yasmeen dengan nada berat.

"Papa percaya yang Ali tu tak kan buli Yashfi tu. Lagipun Uncle Ziyad dah maklumkan pada papa yang pusat tu ada cctv. Kalau Meen was-was nak percaya dekat Ali. Meen boleh tengok cctv tu sendiri"

Dato' Seri Yaakub memandang anak perempuannya itu. Dia tahu sikap keras kepala Yasmeen Syafira itu. Semuanya sukar jika itu adalah kata putus daripada Yasmeen sendiri.

"Tapi Meen dah marah-marah dekat Ali pagi tadi" ucap Yasmeen dengan nada perlahan. Dia juga menyalahkan dirinya atas keterlanjurannya bahasanya pagi tadi.

"Perkataan maaf tu tak susah pun Meen. Esok pergi jumpa Ali semula, cakap yang kamu salah. Hantar je Yashfi macam biasa dekat situ" pesan Dato' Seri Yaakub.

"Baik Papa" terima Yasmeen dengan berat hati.

Datin Seri Sakinah terus memandang ke arah Dato' Seri Yaakub. Pertama kali Yasmeen mahu mendengar pesanan Dato' Seri Yaakub. Jika sebelum ini, ada sahaja alasan mahupun perdebatan yang berlaku antara suaminya dan anak perempuannya itu.

"Alang-alang kita dah semeja ni kan. Papa ada sesuatu nak cakap dengan Meen. Nak cakap dekat pejabat, tak sempat sebab kamu busy" ucap Dato' Seri Yaakub tiba-tiba.

"Cakap apa tu papa? Meen okay je"

Datin Seri Sakinah mula berasa takut. Dia risau jika Yasmeen mengamuk tak tentu pasal apabila mendengar berita itu. Yasmeen juga tidak boleh diduga otaknya.

"Dalam dua minggu lagi, papa nak kahwinkan Meen dengan anak kawan papa" ucap Dato' Seri Yaakub senafas.

Dadanya juga berdebar ketika itu. Tetapi masa itu sahaja yang ada. Datin Seri Sakinah juga hanya mempamerkan senyuman buat Yasmeen. Mahu menyesuaikan suasana yang sebenarnya serius.

"Oh Meen okay je pa" jawab Meen perlahan.

"Huh?!!!" Serentak Dato' Seri Yaakub dan Datin Seri Sakinah terkejut.

Yasmeen pula yang tersentak dengan suara orang tuanya itu. Berundur sedikit badannya kerana terkejut.

"Kenapa ni mama, papa?" Soal Yasmeen dengan keliru.

"Meen serius ke? Ni pasal nikah ni Meen. Meen setuju?" Soal Dato' Seri Yaakub dengan serius.

"Ya. Meen tahu dan sedar papa. Meen terima" jawab Yasmeen dengan wajah biasa.

"Meen tak marah ke kalau mama dengan papa jodohkan Meen dengan orang yang Meen tak kenal?" Soal Datin Seri Sakinah pula.

"Meen redha ma. Jika pilihan Meen dulu tak tepat mesti pilihan mama dengan papa adalah yang terbaik. Lagipun Meen nak Yashfi ada figura seorang bapa. Meen kesian tengok dia selalu cerita tentang ayah kawan-kawan tadika dia dekat Meen" luah Yasmeen.

Itulah yang difikirkan olehnya. Jika dia asyik fikirkan tentang traumanya untuk tidak berkahwin lagi, sudah pasti Yashfi tidak akan pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Malah Yashfi juga pernah memberitahunya yang dia diejek tidak berbapa dan merupakan anak luar nikah.

Hatinya hancur apabila mendengar anaknya disebut seperti itu. Anaknya adalah sah. Bukan anak luar nikah. Dia hanya diceraikan oleh seorang lelaki yang tak bertanggungjawab.

"Alhamdulillah kalau macam tu. Papa risau Meen melenting nanti" Dato' Seri Yaakub terus mengusap dadanya.

"Papa ni. InsyaAllah Meen okay. Meen cuma nak kan kebahagiaan buat Yashfi. InsyaAllah pilihan mama dengan papa mesti yang terbaik"

"Betul lah tu. Mama dengan papa tak kan tergamak nak kahwinkan anak kami dengan orang yang tentu pasal. Mama sentiasa doakan kebahagiaan anak mama dengan cucu mama" tangan Yasmeen disentuh lembut oleh Datin Seri Sakinah.

Mata Yasmeen terus berair. Dia tersentuh dengan kata-kata mamanya. Sebelum ini dia memilih untuk mengikut kepalanya sendiri sehingga membelakangkan mak ayahnya. Dia juga sudah menerima kifarah atas segala yang berlaku. Malah sekarang, dia mahu membalas budi Dato' Seri Yaakub dan Datin Seri Sakinah.

"Meen jangan risau. Segala urusan, mama dengan papa yang akan uruskan. Urusan dekat syarikat pun Meen settlekan untuk minggu depan je. Lepas daripada tu, Meen rehat. Sebab nak nikah pula nanti" pesan Dato' Seri Yaakub.

"Tak apa ke papa, Meen rehat? Kerja dengan bahagian Management masih banyak tu"

"Kamu jangan risau. Abang Shafee kamu akan balik hujung minggu depan. Dia dah bersetuju nak tolong syarikat papa" ucap Dato' Seri Yaakub. Datin Seri Sakinah juga tersenyum senang. Akhirnya anak sulungnya memilih juga untuk pulang ke Malaysia. Selepas bertahun membawa diri kerana putus cinta.

"Ohhh. Akhirnya Abang Shafee dah move on" ucap Yasmeen dan tergelak kecil.

"Kamu jangan nak gelak sangat Meen. Yashfi masih merajuk dekat atas tu. Pergi pujuk" tegur Datin Seri Sakinah.

"Aah lah mama. Meen naik atas dulu" Yasmeen terus kalut membawa pinggannya ke dapur untuk dicuci. Selepas itu, dia terus berlari naik ke bilik anaknya.

"Abang rasa lega yang Meen terima pinangan ni. Jenuh abang nak pujuk kalau dia tolak"

"Itulah bang. Saya pun risau tadi. Tapi saya tahu Meen dah matang sekarang. Dia dah boleh fikir baik buruk" tutur Datin Seri Sakinah dengan nada lega.

"Alhamdulillah"

-

Yasmeen membuka pintu bilik anak tunggalnya itu. Bilik yang nyata gelap terus diterangi dengan cahaya selepas dia membuka lampu. Dia melihat Yashfi yang duduk berselubung dengan selimut.

"Anak kacak mama ni merajuk lagi ke?" Soal Yasmeen dan cuba menyelak selimut itu. Tetapi Yashfi masih berkeras memegang selimut itu daripada dibuka.

"Mama minta maaf ya sayang. Mama izinkan Yashfi berlatih dengan Cikgu Ali" ucap Yasmeen dengan lembut.

Beberapa saat kemudian, muncul kepala Yashfi memandang ke arah Yasmeen. Tubuhnya masih diselubung dengan selimut.

"Betul ke mama?" Soalnya.

"Ya sayang. Mama cuma nak Yashfi jaga diri baik-baik. Mama tak nak muka kacak anak mama ni terjejas" tutur Yasmeen dan mengusap lembut pipi Yashfi yang berplaster itu.

"Okay mama. Sorry mama sebab Yashfi merajuk" ucap Yashfi dan perlahan-lahan memeluk Yasmeen.

"Mama juga minta maaf ya sayang. Mama terlalu berkeras dengan kamu" ucap Yasmeen dan mencium lembut dahi Yashfi.

"Yashfi sayang mama. Yashfi tak nak mama nangis lagi" Yashfi terus memeluk erat tubuh Yasmeen. Dia tidak mahu melihat mamanya menitiskan air mata lagi seperti tahun lepas.

Yasmeen mengusap lembut rambut lebat milik Yashfi. Itu sahajalah harta dan nyawanya. Tiada lagi yang mampu dia lakukan jika berlaku sesuatu kepada darah dagingnya itu.

IZINKAN AKU MENJAGAMU [ C ] - 6Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon