Lukisan

38 1 0
                                    

"Aku rasa aku nak berhenti kerja lah. Aku dah penat kerja sini. Banyak sangat peraturan" kata Abu. Aku sedikit terkejut mendengar katanya itu.

"Aku pun! Kerja sini bosan. Macam takde life" kata Alang pula.

"Alah, kalau korang berhenti, aku pun nak berhenti jugak lah" ujar Kenit. Aku hanya diamkan diri saja. Kalau mereka bertiga berhenti, aku sudah tak ada kawan lagi nanti. Tiba-tiba hati aku rasa sedih pula.

"Kau macam mana, Budin?" soal Kenit. Aku termenung seketika. Aku masih lagi nak kerja di situ. Aku nak teman Benji. Kalau aku berhenti kerja nanti, siapa nak temankan Benji? Lagipun kalau aku berhenti, aku nak pergi mana? Aku pun tak pernah terfikir lagi pasal perjalanan hidup aku.

"Aku nak stay je dulu kot" jawab aku. Kenit, Abu dan Alang hanya memandang aku.

Pada keesokan pagi, aku bergegas ke bilik tidur Benji. Puas aku mencari kelibatnya, aku masih lagi tak nampak dia di mana-mana. Aku naik ke bilik buku pun Benji tak ada di situ. Aku pun hairan. Ke mana pula perginya Benji pagi ni? Aku cari di bilik lain pun tak ada Benji. Setelah puas aku mencari dan memikir, aku baru teringat pasal loteng yang penuh dengan lukisan Benji. Entah mengapa aku rasa mungkin Benji ada dekat loteng sekarang ini. Jadi, aku pun mula berjalan menaiki tangga untuk ke tingkat paling atas itu.

Sangkaan aku betul. Sampai saja di loteng, aku nampak Benji daripada jauh sedang terduduk di depan sebuah kanvas yang sangat besar. Perlahan-lahan aku berjalan menghampirinya. Apabila aku berdiri saja di sebelah Benji, mata aku bercahaya melihat lukisan pada kanvas itu. Lukisan Benji itu penuh dengan kebiruan laut yang sungguh cantik. Tanpa sedar, bibir aku tersenyum lebar melihat lukisan secantik itu. Aku sangat kagum dengan hasil tangan Benji. Memang layak pun lukisan Benji dulu menjadi sambutan orang ramai.

"Kau tersenyum apa, Dino?" soal Benji. Daripada tadi lagi dia dah perasan aku masuk ke loteng dan menghampirinya. Tetapi dia hanya biarkan saja aku melihat lukisannya itu.

"Cantiknya kau lukis, Benji!" puji aku. Benji ketawa kecil mendengar pujian yang keluar daripada mulut aku itu.

"Wah, ni first time aku dengar kau puji aku, Dino" ujar Benji mengusik aku. Aku hanya menghiraukannya saja. Mata aku masih lagi melekat pada lukisan Benji itu. Aku merasa sangat kagum. Perasaan gembira membuak-buak di hati aku. Akhirnya, Benji mula melukis semula. Aku sampai tak perasan bibir aku masih lagi tersenyum lebar.

"Comel je aku tengok muka kau bila kau tersenyum lebar macam ni. Selama ni muka kau garang sangat macam dinosaur" ujar Benji sambil membuat mimik muka garang. Aku rasa geli hati pula memandang mimik muka garang yang dibuatnya itu. Aku mengekeh ketawa perlahan. Benji pun turut ketawa melihat aku ketawa. Biarlah muka aku macam dinosaur pun selama ini. Aku sudah tidak peduli lagi. Yang penting sekarang ini aku sangat gembira dapat tengok Benji melukis semula.

"Bila kau lukis ni, Benji?" soal aku. Benji terdiam seketika mendengar soalan aku itu. Aku memandangnya pelik mengapa dia diam saja. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Kau jangan cakap kau tak tidur lagi daripada malam tadi?!" soal aku dengan suara yang tinggi. Benji hanya tersengih saja seperti kerang busuk.

"Ish, kau ni! Dah lah semalam pun kau tak tidur seharian! Lepastu hari ni pun kau tak tidur lagi. Nanti kalau kau sakit macam mana?!" bebel aku kemarahan sambil mencubit-cubit lengan Benji. Geram betul aku dengan perangai Benji satu ni. Dia langsung tak kesah pasal tidurnya bila dia teruja dengan sesuatu benda. Aku risau kalau suatu hari nanti dia sakit teruk disebabkan tidur yang tak cukup. Benji biarkan saja lengannya dicubit-cubit oleh aku.

"Sorry lah. Semalam aku dapat idea terus aku mula melukis. Sedar-sedar je dah pagi. Nak buat macam mana kan" jawab Benji cuba memberi alasan kepada aku.

"Ah, takde takde. Sekarang ni kau pergi tidur dulu" balas aku sambil menarik tangan Benji memaksa dia untuk bangun daripada kerusi.

Benji hanya biarkan saja aku menarik tangannya sehinggalah kami berdua sampai di bilik tidurnya. Lalu, aku menyuruh Benji untuk tidur. Selagi dia tak tidur, selagi itu lah aku berdiri saja di sebelah katilnya sambil menjegilkan mata aku kepadanya. Bukan boleh biar Benji ni. Kalau aku tak suruh dia tidur, sampai kesudah lah dia tak tidur. Tau-tau saja nanti dia dah pengsan sebab tak cukup tidur. Selepas beberapa kali aku membebel menyuruh Benji tidur, akhirnya dia terlelap juga. Aku biarkan saja dia tidur sementara aku mengemas apa yang patut.

Sesudah saja habis mengemas, aku mula membaca novel yang aku baru beli semalam di sofa yang terletak di hujung bilik tidur Benji itu. Seronok pula novel cinta yang Benji pilihkan untuk aku itu. Aku terlalu fokus sangat membaca sampai tak sedar hari pun sudah mula petang. Aku memandang Benji daripada jauh. Dia masih lagi tengah tidur dengan nyenyak. Tak sampai hati pula aku nak mengejutnya. Lalu, aku pun bangun daripada sofa itu dan meninggalkan novel itu di atas meja. Kemudian, aku mula menggosok dan menyiapkan pakaian Benji untuk hari itu. Aku juga menyiapkan air panas untuk Benji mandi.

Namun, apabila aku berjalan semula ke katil untuk mengejut Benji, dia sudahpun bangun daripada tidurnya. Aku nampak Benji sedang berdiri sambil termenung ke luar tingkap biliknya. Aku pun mula berjalan ke arahnya. Dia seperti tersentak daripada lamunannya lalu memandang aku yang sedang berjalan menghampirinya. Entah mengapa bibirnya tersenyum lebar apabila memandang muka aku.

"Kau mimpi apa sampai tersenyum macam ni?" soal aku pelik memandang Benji tak berhenti tersenyum.

"Mimpi kau" jawab Benji ringkas. Terkejut aku mendengar jawapan yang keluar daripada mulutnya itu.

"Eee, geli aku" balas aku sambil membuat muka loya nak muntah. Benji hanya ketawa besar melihat reaksi aku.

Selepas bersembang seketika, aku turun ke tingkat bawah untuk mengambil makanan tengah hari sementara Benji pergi mandi dan tukar baju. Sebenarnya, waktu makan tengah hari sudah lama pun habis. Memandangkan hari pun sudah petang. Tetapi aku berharap sangat masih lagi ada makanan untuk aku dan Benji. Sebab kami berdua tak makan lagi daripada pagi tadi.

Perut aku pun sudah mula berkeroncong sekarang ini. Tadi aku tak nak makan lagi sebab aku nak tunggu Benji. Alang-alang Benji pun dah bangun, seronok juga kalau kami berdua dapat makan bersama. Nasib baik masa aku turun itu masih ada lagi lebihan makanan tengah hari. Lalu, aku pun mengambil dan membawa makanan tersebut naik semula ke tingkat empat untuk dihidangkan di meja makan.

Sejujurnya, hati aku masih lagi merasa sedih. Sebab Benji masih lagi perlu hidup menyorok daripada orang luar. Aku tak tahu lah sampai bila dia nak hidup macam ini. Aku tahu Benji hanya mengikut arahan Dato' Bakri dan Datin Soraya saja. Tetapi aku berharap sangat suatu hari nanti Benji pun boleh hidup bebas seperti orang lain. Aku harap dia juga boleh keluar tanpa perlu menyorokkan mukanya lagi. Supaya dia juga boleh makan dengan orang lain, boleh bersembang dengan orang lain dan boleh bahagia macam orang lain. Itu sajalah permintaan aku.

Apabila Benji sudahpun siap mandi dan menukar pakaiannya, kami berdua mula mengisi perut kami yang kelaparan itu dengan makanan tengah hari yang aku ambil daripada dapur dan hidangkan tadi. Masakan tengah hari pada hari itu adalah nasi putih dengan ayam masak kicap. Sedap sungguh masakan tengah hari itu. Aku berselera sangat makan sampai dah tak kesah pasal Benji. Aku sampai tak perasan Benji hanya tersenyum saja melihat aku makan.

"Kau nak buat apa lepas ni?" soal aku selepas aku habiskan nasi dan lauk di pinggan aku.

"Aku nak sambung siapkan lukisan aku" jawab Benji.

"Tak siap lagi ke lukisan tu? Aku tengok macam dah perfect je" soal aku lagi. Benji hanya tersenyum saja mendengar pujian aku itu.

"Aku nak lukisan tu perfect lagi sampai kau tersenyum lebar hingga ke telinga" balas Benji. Menyampah pulak aku dengar jawapannya itu. Aku hanya menjelingkan saja mata aku ke atas tanda meluat. Benji ketawa besar melihat jelingan mata aku itu. Bukan main seronok lagi dia.

BenjiWhere stories live. Discover now