Pertandingan

38 2 0
                                    

Semua peserta diberikan sebuah kanvas, berus dan cat warna untuk memasuki pertandingan melukis itu. Tema yang diberikan adalah keindahan alam. Aku sumpah tak tahu nak lukis apa. Otak aku kosong. Maklumlah, aku bukannya orang seni. Sedang aku cuba mengerah otak aku untuk memikirkan idea yang bernas, aku menoleh memandang Benji. Dia sudah pun mula melukis. Hebat betul Benji sampai laju saja tangannya melukis. Padahal aku masih lagi terpinga-pinga nak lukis apa.

Aku bukannya nak menang sangat pun. Dan aku tahu aku memang tak akan menang sekalipun pertandingan melukis itu. Jadi, aku pun mula melukis matahari, awan dan burung lidi. Lukisan aku hanyalah seperti lukisan anak kecil yang baru saja belajar melukis. Lantaklah. Asalkan aku melukis. Pertandingan itu berlangsung selama satu jam. Tetapi aku hanya mengambil masa beberapa minit saja untuk siapkan lukisan budak hingusan aku itu.

Benji pula masih lagi tengah fokus menyiapkan lukisannya. Aku hanya memerhatikannya saja daripada sebelah. Sejujurnya aku sudah tak sabar lagi untuk melihat hasil lukisan Benji. Aku sudah dapat bayangkan betapa cantiknya lukisan Benji itu nanti bila sudah siap. Aku berdoa semoga Benji menang pertandingan melukis itu. Mesti dia gembira dapat berjumpa dengan idolanya itu nanti. Entah apa lah hadiah yang disediakan oleh pelukis terkenal itu. Aku pula yang teruja nak tahu apa hadiahnya.

Setelah tamat saja masa yang diberikan, semua peserta diarahkan untuk berdiri di sebelah lukisan masing-masing. Aku sumpah rasa malu sangat dengan lukisan aku sendiri. Mesti orang gelakkan aku nanti melihat lukisan comot aku itu. Pelukis yang terkenal itu mula berjalan sambil meneliti lukisan setiap peserta. Beliau juga memberikan sedikit ulasan dan komen kepada setiap lukisan peserta pertandingan itu. Sebenarnya, tak ada lah ramai sangat pun orang yang menyertai pertandingan itu. Kalau ikutkan hati, aku pun tak nak masuk pertandingan itu. Buat malu aku saja. Ini semua sebab Benji. Tiba-tiba aku rasa menyesal pula.

Sampai saja giliran aku, pelukis terkenal itu hanya ketawa saja melihat lukisan aku. Bukan beliau saja yang ketawa, orang lain yang tengok pun ketawa juga dengan lukisan aku yang comot itu. Walaupun beliau kata lukisan aku itu comel, tetapi aku tahu beliau hanyalah cuba untuk menjaga hati aku saja. Aku sumpah tak tahu mana nak letak muka aku lepas ni. Aku sumpah malu. Tetapi Benji sedikit pun tak ketawakan aku kali ini. Malah dia hanya menggenggam saja tangan aku. Kebetulan pula Benji berdiri di sebelah aku. Entah mengapa aku terasa lega pula apabila Benji menggenggam tangan aku sebegitu. Kurang sedikit rasa malu aku tadi.

Apabila tiba saja giliran Benji, pelukis terkenal itu seperti kagum melihat lukisan Benji yang penuh kehijauan itu. Aku pun kagum. Memang betul sangkaan aku tadi. Lukisan Benji sangat cantik. Aku merasa bangga melihat hasil tangannya yang terperinci dan halus itu. Pelukis terkenal itu memuji lukisan Benji tanpa henti. Semua orang yang ada di dalam bilik itu pun kagum melihat lukisan Benji. Ramai orang yang mula mengeluarkan telefon pintar mereka untuk menangkap gambar lukisan Benji itu. Entah mengapa tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pula. Tetapi aku hanya menghiraukan saja perasaan aku itu.

Akhirnya, sudah tiba masanya untuk mengumumkan siapa pemenang pertandingan melukis itu. Aku yakin dan pasti Benji akan menang sebab pelukis terkenal itu puji melambung lukisan Benji tadi. Dan sangkaan aku memang tepat. Benji dipanggil untuk menerima hadiah daripada pelukis terkenal itu. Semua orang menepuk tangan meraikan kemenangan Benji. Aku pun turut sama. Tetapi yang hairannya, selepas bersalaman dengan pelukis terkenal itu, Benji hanya pulang dengan tangan yang kosong saja. Aku pun tak tahu mana hadiah yang dijanjikan tadi.

Setelah tamat saja sesi itu, semua orang pun mula bersurai. Aku dan Benji berjalan keluar daripada galeri seni itu. Aku pun tak tahu ke mana pula Benji nak bawa aku pergi selepas ini. Hari sudah pun mula petang. Aku hanya mengikut saja langkah Benji. Di luar galeri seni itu, terdapat ramai sangat orang yang berjalan berpusu-pusu. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba ramai sangat orang petang ini. Aku rasa takut pula kalau aku terpisah dengan Benji. Sebab sesak sangat kawasan itu. Tiba-tiba aku dapat rasa tangan Benji cepat-cepat menarik tangan aku sebelum aku hilang ditelan oleh orang ramai. Lalu, dia pun membawa aku menuju ke sebuah kedai makan. Tahu saja dia perut aku ini sudah kelaparan.

"Benji, mana hadiah kau? Kenapa kau tak dapat hadiah apa pun? Bukan ke kau menang pertandingan tu tadi?" soal aku bertubi-tubi setelah kami berdua sampai saja di kedai makan itu. Benji hanya tersenyum memandang aku.

"Aku buat perjanjian dengan pelukis itu tadi. Satu hari nanti, aku akan datang berjumpa dengannya semula untuk mengambil hadiah yang dijanjikannya itu" jawab Benji. Aku semakin keliru. Dahi aku berkerut memandang Benji.

"Ye lah. Aku nak bawak balik hadiah tu macam mana? Nanti kantoi pulak dengan Shuib" sambung Benji lagi selepas melihat aku berkerut dahi. Dia cuba menjelaskan maksudnya tadi. Sekarang barulah aku faham sedikit.

"Hadiahnya apa?" soal aku lagi.

"Sebuah lukisan hasil tangan Syed Omar" jawab Benji. Patutlah pun. Memang susah lah jawabnya Benji nak bawa balik lukisan.

"Nama pelukis tu Syed Omar ke?" soal aku.

"Yup" jawab Benji ringkas.

"Nama sama hebat dengan orangnya" ujar aku.

"Setuju! Sebab tu lah beliau idola aku" balas Benji sambil tersenyum bangga. Bukan main suka lagi dia.

"Lepas tu Benji, lukisan kau tadi pergi mana?" soal aku masih lagi keliru.

"Sepatutnya tadi aku perlu bertukar lukisan aku dengan Syed Omar. Aku bawak balik lukisan beliau. Dan beliau bawak balik lukisan aku" terang Benji. Macam tu pula. Aku pun dah pening.

"Kau tak takut ke nanti Syed Omar tu kata lukisan kau tu lukisan beliau pulak?" soal aku sedikit risau. Kadang-kadang Benji ni senang sangat percaya dekat orang. Aku pula yang risau.

"Eh, tak mungkin lah. Syed Omar tu sangat berbakat kot. Apa lah sangat lukisan aku tu" balas Benji. Sejujurnya, aku tak pernah tengok pun lukisan Syed Omar itu. Malah, itu juga kali pertama aku kenal orangnya.

"Mana lah aku nak tahu" balas aku pula. Kalau lukisan Benji yang sangat cantik tu pun kalah dengan lukisan Syed Omar, maksudnya lukisan beliau lagi hebat lah daripada Benji kan? Tak boleh bayang aku macam mana lagi terperinci dan halusnya lukisan Syed Omar itu.

Aku tak tahu lah macam mana pula Benji nak ambil hadiah lukisan Syed Omar itu nanti. Mungkin Benji mempunyai perancangannya sendiri. Aku hanya mampu berdoa yang terbaik saja untuknya. Sesudah saja aku dan Benji mengisi perut kami, Benji membawa pula aku menuju ke sesebuah tempat. Rupanya hari itu juga ada pesta keramaian di kawasan itu. Patutlah ramai sangat orang di luar. Aku pun tak pasti ke mana Benji nak bawa aku pergi. Katanya surprise. Ada-ada saja lah Benji ni.

Sepanjang perjalanan itu, Benji hanya menggenggam saja tangan aku. Sekejap pun dia tak pernah lepaskan tangan aku. Mungkin dia takut aku hilang agaknya. Kami berdua sudah macam mak ayam dengan anak ayam. Benji mak ayam, aku pula anak ayam. Dua ketul ayam yang sedang berjalan di tengah bandar. Entah mengapa aku terbayang sebegitu. Sebab kami berdua seperti sedang melawan kesesakan orang ramai. Terenjut-enjut kami berjalan. Jalan sikit pastu berhenti. Entah bila nak sampainya. Kepala aku sudah mula pening.

Setelah penat berjalan seperti ayam, akhirnya Benji pun mula berhenti di depan sebuah tempat. Aku tak tahu apa tempat itu. Tetapi tempat itu gelap semacam walaupun hari masih lagi belum malam. Entah mengapa aku merasa curiga pula. Tempat apalah yang Benji bawa aku pergi ini. Sementara aku menunggu Benji yang sedang pergi membeli tiket di kaunter, aku berfikir sejenak memandang tempat yang mencurigakan itu. 'Tempat apa ni?' bisik hati aku.

BenjiWhere stories live. Discover now