Bab 16 - Pertengkaran

605 12 0
                                    

Zahlia menggelengkan kepala dengan berkata, “tak nak, takut…”

Sekali lagi Sheryl membenamkan muka pada buah dada Zahlia. Di dalam masa yang sama, jarinya mula menggentel biji kelentit setelah melucutkan sedikit seluar dalam Zahlia.

Zahlia tidak dapat mengelak dirinya daripada merasai sesuatu di sini. Berbeza dengan suaminya, pergerakan jari Sheryl jauh lebih lembut dan sentiasa tepat pada sasarannya.

“Aku rindu bau kau ni…” ucap Sheryl secara tiba-tiba.

“Hah, rindu?” tanya Zahlia hairan kerana inilah kali pertama dia berbaring di sebelah Sheryl.

“Dulu bau aku, macam kau…tak tercemar…” keluh Sheryl lagi di dalam nada yang sedih.

“Haaah…aku sendiri pun tak ingat, bila aku punya ni masih fresh dan sempit macam kau punya. Gurau-gurau sikit pun dah banjir…” keluhnya lagi sambil menjolokkan jarinya.

Zahlia tidak mampu berkata apa-apa lagi, dia sememangnya terangsang dengan pergerakan jari yang dilakukan oleh Sheryl. Sehinggakan kedua-dua kakinya dibukakan dengan sendiri bagi memudahkan tangan Sheryl.

“Emhhh…” Zahlia mendesah sambil menggigit lembut bawah bibirnya dengan mata yang dipejamkan.

“Hei, seronok nampak?” tegur Sheryl sebelum berkata, “okey, anggap ni hadiah perkenalan kita.”

Lalu Sheryl mula merancakkan pergerakan jari dengan diselangi dengan suara Zahlia yang mendesah kesedapan. Sehinggakan dia terpaksa menutup mulutnya dengan belakang lengan kerana tahu suara lucahnya itu sememangnya kuat.

Aaaaaahnn~❤️

Kali ini Zahlia terus bangun terduduk sebaik merasai klimaks dengan kedua-dua kakinya dikepitkan. Melihat Sheryl merenung tepat pada mukanya, Zahlia terus menutup mukanya kerana merasa malu. Lebih memalukan lagi, apabila Sheryl menjilat jarinya yang basah dengan air dari celah kangkangnya.

“Tak naklah…janganlah buat macam tu. Kotorlah…” rayu Zahlia melarang Sheryl daripada terus menjilat jari.

Sheryl tertawa berdekah-dekah sebelum bangun berdiri dari katil. Begitu juga Zahlia, membetulkan pakaiannya kembali sambil tertanya, apa yang sedang dicari wanita tersebut.

“Nah, ambil kad ni…” Sheryl menyerahkan kad berwarna hitam kepada Zahlia.

“Apa ni?” tanya Zahlia hairan.

“Nanti, kalau apa-apa jadi dekat aku…kau bagi kad ni dekat mak aku. Bukan mak kandung aku, tapi mak yang tu.” Beritahu Sheryl menunjukkan ke arah bawah.

Sekali lagi Zahlia bertanya, “eh, kenapa aku?”

Sheryl menjawab, “sebab aku lagi percaya dekat kau berbanding perempuan-perempuan yang ada dekat sini. Memang kitorang rapat, tapi kalau pasal duit…heh!”

Zahlia memahami maksud Sheryl, mungkin ada sesuatu yang pernah berlaku. Menyebabkan dia sudah tidak percaya lagi dengan perempuan-perempuan yang ada di sini.

Kemudian sekali lagi Zahlia terkejut, apabila Sheryl memeluk erat tubuhnya. Dia merasakan sesuatu yang ganjil, tambahan pula dia dapat merasakan air mata wanita itu menitis ke bahunya.

“Awak ni…macam kita tak boleh berjumpa lagi je,” ucap Zahlia hairan.

“Haha…kau tak akan nak jumpa dengan perempuan macam aku. Lainlah kau nak jadikan aku madu kau,” balas Sheryl tertawa kecil sambil mengesat air mata.

“Hei, sempat lagi?! Kenapa pula tak nak jumpa?” tanya Zahlia.

“Kau jangan cepat percaya dengan sesiapa sahaja di lorong belakang ni, kau tak tahu bila kau boleh terperangkap di dalamnya,” pesan Sheryl sebelum memimpin tangan Zahlia menuruni anak tangga.

Zahlia [Complete]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora