Bab 18 - Badal

692 12 0
                                    

“Mak, kawan aku ni nak try Sheryl boleh tak?” kata Tony membawa Badal di sebelahnya.

“Kenapa aku macam pernah tengok muka kau?” tanya ibu ayam.

“Alah, adik dia selalu datang sini. Pelanggan setia Sheryl,” terang Tony.

“Entahlah…adik dia tu aku kenal, tapi dia ni aku tak tahu,” beritahu ibu ayam.

Badal terus menggertak, “kenapa adik aku boleh, aku tak boleh?!”

Tony segera menyabarkan kawannya, “relax, bro…biar aku yang uruskan.”

Mereka mendengar ibu ayam berkata, “tengok, belum apa-apa lagi dah nak berlagak samseng!”

Dengan nada perlahan Tony berkata, “mak, aku ni cuma nak celebrate kawan aku ni je…macam nilah, apa kata kalau mak tolong aku, lepas ni aku pastikan budak-budak aku tak kacau kawasan mak.”

Ibu ayam mencekak pinggang meninggikan suara, “oh, budak muda macam kau berani nak ugut aku?”

“Mak, apa bising-bising ni?” tanya Sheryl sebaik keluar dari bilik.

Mata Tony dan Badal masing-masing terpegun melihat kecantikan wajah Sheryl. Tubuhnya pula hanya dilapisi kain baju tidur yang nipis dan jarang.

Kawan Sheryl membisikkan di telinganya menceritakan segala-galanya. Lalu Sheryl berkata, “oh, tak apalah mak…bagi dia naik.”

Tony dan Badal tersenyum mendengar apa yang dikatakan Sheryl. Tony kemudiannya berkata kepada Badal, “bro, kau pergi enjoy dekat atas. Aku selesaikan bayaran.”

Badal sempat merenung tajam ke arah ibu ayam sebelum berjalan ke arah tangga. Namun perjalanannya telah dihalang seorang lelaki yang bekerja sebagai bouncer yang bekerja di bawah ibu ayam.

“Ini bouncer kau? Lagi kecik dari aku,” ucap Badal berlagak.

Sebaik ibu ayam menganggukkan kepala kepada lelaki itu, dia berganjak dari tempat berdirinya tadi untuk memberi laluan. Badal dengan angkuh menolak badan lelaki itu dan berkata, “tepilah, pendek!”

“Berlagak betul kawan kau tu…tak tahu adat masuk tempat orang ke?” tanya ibu ayam.

“Dia tu? Nama dia besar dekat ibu kota sana. Kat sini memanglah baru…tapi, Taiko Joseph dulu kenal dengan dia,” cerita Tony sambil mengira duit.

“Taiko Joseph yang kau bunuh dulu?” tanya ibu ayam menyalakan api rokok.

“Hei, hei…janganlah cakap macam tu. Aku cuma ambil tempat dia sahaja…siapa yang bunuh, itu bukannya hal aku,” jawab Tony berselindung.

Sedangkan semua yang ada di lorong belakang telah menyaksikan, dia menembak ketua gengster yang lama. Taiko Joseph juga merupakan Ah Long di mana bapa Sheryl pernah berhutang dahulu.

Belum sempat Tony mengira duit dengan betul, ibu ayam telah meragut kesemua duit di tangannya, “aku ambil lebih sebab aku tak kenal lelaki tu.”

Tony tergamam tangannya tiba-tiba sahaja kosong, kemudian dia tersenyum membalas, “okey, aku beri peluang dekat mak kali ni sebab kawan aku…”

“Kau ada apa-apa rancangan ke dengan kawan kau di dalam pekan ni?” tanya ibu ayam ingin tahu.

“Ya, memang…kami ada rancangan besar yang akan mengubah pekan kecil ni. Mak kena berhati-hati masa tu,” Tony memberi amaran sambil berjalan pergi.

“Nampaknya, susahlah kita lepas ni,” ucap Maya mendekati ibu ayam.

“Tak apa, kita tengok dulu apa yang diorang nak buat. Kalau perlu cantas, kita cantas,” kata ibu ayam sambil merenung melihat belakang Tony.

Zahlia [Complete]Where stories live. Discover now