BAB 58

346 16 4
                                    

Faella tutup suis dapur setelah siap masak untuk makan tengahari bersama Dante. Pagi tadi Dante sudah berjanji mahu membawanya keluar berjalan-jalan setelah berbulan lamanya terperuk dalam rumah.

Walaupun berisiko tapi kata Dante, dia akan mengajak bakal isteri Danish serta Danial untuk turut serta. Tidak mahu sesiapa mengesyaki bahawa Faella masih hidup.

Faella toleh apabila dia terdengar seperti bunyi seseorang membuka pintu. Dengan rasa yang gembira, Faella berlari ke ruang tamu.

"Re..."

Lariannya terhenti. Riak yang ceria tadi berubah pucat apabila wajah yang dia takuti berada di depan mata.

Bagaimana dia boleh tahu?!

Faella mundur beberapa tapak ke belakang. Liur yang ditelan terasa kesat. Wajah beku serta aura lelaki itu membuatkan lutut Faella lemah. Belum sempat Faella berpusing untuk menyelamatkan diri, lelaki itu menarik kasar rambut panjang Faella.

"Arghhh sakit! Lepaskan I lah!" marah Faella.

Tanpa menghiraukan jeritan Faella, lelaki itu menolak kasar tubuh Faella ke atas sofa. Pisau belati yang berada di belakang dikeluarkan dan diangkat ke udara. Badan Faella mula menggeletar hebat bersama air mata yang mengalir.

Dan apabila pisau itu hampir ditusuk ke lehernya, Faella menjerit.

"Qadi!"

Putra menghentikan perbuatannya. Mata bertemu mata. Bergerak-gerak anak mata Faella memandang seraut wajah yang pernah bertakhta di hatinya.

Sepasang mata hazel itu memandang Faella dengan penuh kebencian. Tatapan tajam yang membuatkan Faella tidak terdaya untuk bergerak kerana terlalu takut. Auranya kali ini berlipat kali ganda.

"Disebabkan kau... isteri aku lari! Adik aku hampir mati! Kawan aku mati! Kalau kau tak culik aku dulu... aku dan Rose..."

"Kenapa i Qadi? Semuanya berpunca dari you! I jadi macam ni sebab you! You musnahkan hidup i, you tinggalkan i! You ingat i patung ke apa?!" jerkah Faella seraya mencantas kata-kata Putra tadi.

"Hei!" rahang Faella dicengkam kuat.

"Ss... sakit... Qadi..."rintih Faella bersama tangisannya.

"Oh kau nak salahkan aku? Aku sengsara tapi kau... Wah dapat duduk dalam rumah mewah. Seronok duduk dengan De'eagle? Hebat sangat ke dia sampai kau sanggup jadi pelacur?!"

Sekali lagi peristiwa itu kembali apabila Putra merentap baju yang dipakai hingga menampakkan singlet hitamnya. Sebaris senyuman dari Putra Qadi menambahkan lagi auranya.

"Wuuu lovebite."

Putra bersama pisau ditangannya diletakkan tepat di bahagian merah di leher Faella. Mulut wanita itu ditekup seraya Putra menusuk hujung mata pisau itu di atas kesan merah Faella lalu ditarik mengikut setiap merah yang berada di serata badan Faella.

Dia lakukan badan Faella seperti mencantum setiap dot pada kertas lukisan. Faella menggelupur kesakitan sambil menjerit walau ditekup.

Sakit yang maha hebat.

Ditoreh hidup-hidup!

Darah yang mengalir di setiap dot dan garisan yang terhasil menampakkan seperti sebuah lukisan yang tiada bentuknya. Putra ketawa dengan gembiranya.

"Cukup, Raja."

Putra angkat pisaunya seraya mendongak pada satu suara. Faella terlantar lemah bersama esakannya. Badannya masih menggigil. Dia sudah tidak mampu menanggung lagi, hanya air mata sahaja yang mengalir.

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now