BAB 68

467 15 2
                                    

Suasana di dalam banglo itu berubah pilu saat tangisan seorang lelaki mula kedengaran di segenap ruang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana di dalam banglo itu berubah pilu saat tangisan seorang lelaki mula kedengaran di segenap ruang. Lelaki yang selama ini menjaga dan sentiasa bersamanya sudah tiada lagi.

Rose hanya mampu mendiamkan diri bila suaminya tidak lagi bernyawa. Meskipun perkahwinan mereka berpaksikan dendam semata-mata namun Rose tahu perihal hati dan perasaan Putra memang jujur orangnya.

Dia benar cintakan isterinya tapi perasaan ingin membalas dendam itu jauh menangani segala rasa. Lihatlah betapa bahayanya jika kita terlalu berdendam.

Mana yang betul, mana yang salah sudah tidak dapat beza. Antara jujur dan penipuan, tipu akan menang. Dalam kisah mereka kita tahu Putra memang salah dari awal. Niatnya sahaja sudah terpesong.

Kerana itulah dia tidak pernah menyentuh wanita yang bergelar isterinya kerana dia tidak mahu ada zuriat dengan anak pembunuh.

Rancangan asalnya ingin menyeksa Adrian Percival selepas dia tahu bahawa lelaki itu masih hidup. Dia sendiri cari dan kurung di bawah mansion. Kerana itu juga dia pernah pesan pada Rose untuk tidak merayau kerana risau rahsianya terbongkar.

Lama-kelamaan Putra mula jatuh cinta dengan kebaikan dan senyuman Rose. Cinta dan sayangnya pasa Rose berubah mendadak apabila dendamnya tercapai sebaik sahaja dia menyeksa dan membunuh ayah mertuanya sendiri.

Sejak dari itu Putra keliru dengan dirinya. Bersungguh-sungguh dia nafikan perasaannya hingga dia terpaksa mengambil ubat untuk hilangkan ingatannya sendiri.

Nampak tak betapa obsesnya dia pada isteri sendiri sampai dia kurung, dia buat benda jahat, dia tanam tracker agar Rose tidak lari.

Cara dia sayang tu salah.

Rose genggam erat tangan suaminya lalu dibawa ke bibir. Lama dia mengucup tangan kemudian turun ke dahi.

"Ampunkan Rose abang." Ucap Rose dalam tangisannya.

Danish toleh bila seorang anak buahnya muncul dalam keadaan tergesa-gesa dari tingkat atas. Mereka menghampiri ke arah Danish.

"Master!" Panggil salah seorang anak buahnya.

Dah kenapa dia orang ni? Nampak hantu?

"Na verkhnem urovne pyat' bomb!" (There are five bombs on the top level!)

Ternyata benar apa yang dia lihat pada tangan Rose tadi. Memang itu butang untuk mengaktifkan bom. Kata mereka lagi ada lebih kurang dua minit sebelum meletup.

Danish dan yang lain berlari ke arah pintu untuk keluar namun langkahnya terhenti. Danish toleh ke belakang seraya lihat Lucas dan Rose masih menangis di situ.

 Danish toleh ke belakang seraya lihat Lucas dan Rose masih menangis di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now