BAB 70 - ENDING

804 37 34
                                    

Dante berdiri di sebelah Daiyan yang sedang melihat matahari terbenam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dante berdiri di sebelah Daiyan yang sedang melihat matahari terbenam. Dari jauh mereka lihat Tatiana, Rayne dan Aaron turut melihat ke arah yang sama sambil menangkap gambar. Rasanya bertahun budak-budak itu tidak berjumpa.

Azrael sibuk di Rusia bersama Aaron, Tatiana pula masih belajar, Rayne dan Claudia sambung belajar di luar negara. Louis pula sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang model. Itu yang Aara adakan majlis pada petang itu untuk menyambut kepulangan anak-anak mereka.

"Kau ada dengar khabar berita pasal dia?" tanya Dante.

Daiyan geleng kepala, "Tak, langsung. Sebelum ni aku ada la jumpa ternampak dia. Tapi dah hampir tiga bulan, kelibat dia langsung aku tak nampak." Ujar Daiyan bersama keluhan berat.

Xander menghilangkan diri selepas Rayne masuk tadika. Sepanjang Rayne di bawah jagaan Tuan Azmeer, dia langsung tak peduli akan anaknya sendiri. Meskipun Rayne tahu Dante dan Faella bukanlah ibubapa kandungnya tapi Rayne langsung tak berdendam dengan sesiapa.

Jika ditanya mengenai Xander, Rayne hanya mampu tersenyum.

Hatinya sakit...

Paling pedih bila dia tahu ibunya mati dibunuh oleh ibu Tatiana dan Louis. Itu pun Rayne masih boleh berlagak tenang. Yang marah hanyalah Claudia. Walau bagaimana pun, mereka kagum dengan sikap dua beradik itu. Rayne tetap layan semua sama rata, Claudia pula walau dia benci dengan pasangan kembar itu tapi tidaklah sampai nak tengok muka pun tak suka.

"Tak apalah, mungkin dia masih belum terima."

Daiyan toleh, "Masih belum terima? Dan, dah bertahun-tahun dah. Dari rambut aku ni hitam sampai dah ada uban."

"Kita tak ada di tempat dia Zaeem. Dulu Rachel, lepas tu Karina. Depan mata dia dia orang tu mati. Masa bini aku hilang tu pun aku rasa nak putus nyawa dah. Inikan pula pergi tak kembali. Walau sejuta tahun pun kau bagi, belum tentu cukup." kata Dante sambil melihat ke arah anak-anak mereka.

Daiyan menyilang tangan di dadanya lalu tergelak kecil. "Ya, aku sendiri tak dapat bayang apa akan jadi kalau aku dekat tempat dia."

"Ayah!"

Speak of the Devil.

Dari jauh mereka lihat Rayne berlari ke arah Dante dengan tergesa-gesa. Tanpa banyak bicara, dia terus meraba poket Dante dan menculik dompet lelaki itu. Kemudian dia berlari ke arah motosikal yang sudah berhenti di depan pintu pagar.

Terpinga-pinga Daiyan lihat Dante 'dirompak' di depan matanya. Punyalah kalut, ingatkan benda buruk jadi. Rupanya dia nak beli aiskrim. Di belakang Rayne turut ada Tatiana yang kecoh memilih aiskrim.

Si sulung itu pula hanya ketawa melihat telatah adik-adiknya.

Setelah beberapa minit mereka kembali bersama aiskrim di tangan masing-masing. Aiskrim magnum coklat menjadi pilihan Rayne manakala Tatiana pula Unicornetto. Rayne tidak makan aiskrim tapi di tangannya ada bungkusan aiskrim yang dipilihnya.

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now