05

182 7 1
                                    

Hari berganti hari, disebabkan Eimir masih lagi berada diluar, mereka hanya masuk khusus kahwin online sahaja.

Puan Hajah melihat anaknya itu begitu serius dalam kelas, tapi sebenarnya Qaisara sedang menahan ngantuknya.

Akhir-akhir ini Qaisara sering bermenghubungi Eimir walaupun lelaki itu sedang bekerja.

Puan Aminah melihat bakal menantunya itu sedang menikmati makanannya sambil video call bersama Eimir.

Puan Aminah langsung tersenyum. Hampir sepanjang hari Qaisara menghubungi Eimir. "Man, aku tengok kau akhir-akhir ni asyik tersenyum je." Ucap Firas.

"Tak ada apalah bro, aku cuma-"

"Jatuh cinta? Aku dah agak dah. Bukan ke kau cakap dengan aku Ellyza tu first and last kau?" Kata Firas.

"Kau kena faham konsep dia bro, memang people come and go. Sometimes orang yang kita will be the last tu tak semestinya dialah the last one." Kata Eimir.

"Then, who is she? Kau tak pernah cakap dengan aku pun." Kata Firas.

"Sometimes aku pun terfikir siapa dia and kenapa dia boleh membuka pintu hati aku macam tu je." Kata Eimir.

"Ceh, besok mesti kau pergi jumpa dia." Kata Firas sambil mengemas pakaiannya. "I don't know, but lusa aku nikah." Ucapan Eimir membuatkan Firas terkejut besar.

"Bro kau prank aku kan?!" Eimir menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. "Aku jemput kau biar kau sendiri tahu siapa bakal isteri aku tu." Kata Eimir sambil tersenyum bahagia.

...

Tepat dipagi hari Eimir selamat sampai dirumah bakal ibu mertuanya. "Eimir tak balik rumah ummi ke?" Tanya Puan Hajah.

"Nanti tengah hari baru Eimir balik, hari nak jumpa mama je dulu." Jawab Eimir.

"Jumpa mama ke nak jumpa Qai?" Usik Puan Hajah. Sedangkan Eimir hanya tersenyum sahaja. Tak lama kemudian Qaisara datang.

"Weyh!! Kau tak cakap pun dengan aku, kau balik hari ni." Kata Qaisara.

"Kalau aku tak balik hari ni, esok kau nak menikah dengan siapa? Bunian?" Kata Eimir. Sedangkan Puan Hajah hanya tersenyum sahaja.

"Ish! Dahlah kau berambus!" Ucap Qaisara.

"Apa cakap macam tu dekat bakal suami kamu ni Qai." Marah Puan Hajah kepada Qaisara. Sedangkan Eimir hanya menahan gelak.

Skip. Mereka berkumpul dirumah Haji Hassan untuk membuat persiapan. Kesemua adik beradik keluarga Eimir datang kecuali Eimir.

"Mana tunang kau Qai? Aku nak tengoklah siapa lelakinya." Tanya Misha.

"Tunggu ajelah esok." Jawab Qaisara sambil tersenyum kecil. "Reezqy datang ke esok?" Soalan tersebut membuatkan Qaisara membuang muka.

"Jangan sebut nama jantan tak guna tu. Aku dah tak nak ambil kisah lagi pasal dia." Kata Qaisara dengan nada malas.

"Selama aku dekat sana, dia asyik cari kau aje Qai." Beberapa hari sebelum tiba diMalaysia, Misha melihat Reezqy seakan mencari seseorang di hadapan rumahnya.

Kemudian Misha pun keluar. Reezqy segera menghampiri Misha seakan ingin menyerang gadis itu.

"Kau nak apa ni?!" Marah Misha.

"Aku cari Qai, mana dia? Dari hari itu aku call dia langsung tak angkat weyh. Kau bagitahu aku sekarang dia dekat mana." Kata Reezqy.

"Sendiri salah! Kau ni memang tak pandai menghargai tau Qy! Baik kau baliklah sebelum aku buat report polis." Saat Misha ingin pergi, Reezqy langsung mendorong Misha ke pintu rumahnya.

Dear Captain || MINGYUWhere stories live. Discover now