10

258 11 1
                                    

Misha berjalan-jalan seorang diri di tepi jalan. Kemudian Reezqy segera menarik gadis itu masuk ke dalam kereta.

"Kau nak apa lagi?!"

"Kau dengar sini eh, asal kau tak bagitahu aku Qaisara berkahwin dengan abang aku?"

"Buat apa nak bagitahu kau, kau tu sibuk dengan perempuan-perempuan dekat club."

Reezqy seolah-olah ingat memukul Misha. "Kau jangan cabar aku eh, aku tak dapat Qaisara.. jangan mimpi kau akan terlepas." Ugut Reezqy.

...

'Patutkah aku ceritakan perkara sebenar pada Eimir? Tapi kenapa aku perlu takut dengan Reezqy sedangkan dia yang bersalah dalam hal ni.'

"Ayang." Eimir berdiri dibelakang Qaisara kemudian memeluk pinggang ramping Qaisara. "Ayang masak apa hari ni?" Tanya Eimir.

"Masak makanan kegemaran awak." Jawab Qaisara. Eimir tersenyum kemudian mencium pipi kanan Qaisara.

"Ay! Saya tengah siang ikan ni."

Eimir melihat telefon Qaisara berbunyi, tetapi isterinya masih lagi tidak sedar. Kemudian Eimir mengambil telefon tersebut dan bawa keluar.

"Missed call from Reezqy❣️"

'Kenapa dia boleh ada nombor Reezqy dan apa makna bentuk hati ni.' Eimir langsung menjawab semula panggilan yang terlepas.

"Hello, Sayang. Finally you jawab juga panggilan saya. I miss you so much sayang. How about kita dinner date malam ni? I ambil you tau malam nanti."

Eimir hanya berdiam sahaja sehinggalah panggilan dimatikan. 'Jadi selama ni dia curang belakang aku?'

Keadaan berubah. Qaisara menghidangkan makanan tengahari mereka. Dia menunggu sehingga Eimir datang.

Qaisara cuba bermanja-manja dengan Eimir, tetapi lelaki itu hanya senyap sahaja. "Saya ada buat salah ke? Saya minta maaf." Kata Qaisara.

Beberapa jam kemudian, semasa Eimir menonton tv. matanya langsung mengarah pada Qaisara yang berjalan menghampiri pintu rumah.

"Dinner date dengan Reezqy?" Ucap Eimir secara tiba-tiba. Seketika Qaisara terdiam. "Saya dah cakap dengan awakkan tadi. Saya nak jumpa Misha bukan Reezqy." Jawab Qaisara.

Kemudian Eimir berdiri menghampiri Qaisara. "Ingat aku tak tahu yang kau curang belakang aku hm? Kau nak tipu aku cakap jumpa Misha tapi kau jumpa Reezqy kan sebenarnya?"

Ego Qaisara boleh tahan tinggi juga. Dia melawan setiap soalan yang Eimir berikan. Eimir pula bukanlah lelaki yang penyabar.

"Malam ni aku hajar kau macam mana jadi isteri mendengar kata." Eimir menarik Qaisara paksa.

...

Sudah beberapa jam berlalu, didalam kereta Misha bersama Reezqy. "Eh kau tipu aku kan sial?! Mana perempuan tu?!" Marah Reezqy.

"Aku tak tahu! Dah banyak kali aku cuba hubungi dia tapi tak dapat!" Jawab Misha gugup.

"Kau call dia lagi sekarang!!" Misha cuba menelefon Qaisara lagi tetapi tetap saja tidak dapat dihubungi.

"Call dia lagi!!"

"Kenapa kau nak paksa aku?! Dia tu dah ada suami Reez! Enough lah! Suami dia tu abang kau sendiri bodoh!"

"Kau melawan aku huh? Disebabkan suami dia tu abang akulah aku sanggup rampas balik." Ucap Reezqy.

"Apa maksud kau?"

Dear Captain || MINGYUWhere stories live. Discover now