14

141 6 0
                                    

6 bulan berlalu, Qaisara berjumpa dengan Misha sekian lama mereka tidak berjumpa. "Misha!!" Dia berjalan cepat menghampiri kawan baiknya.

Qaisara harus melintasi jalan raya terlebih dahulu. Misha lah yang mengajak Qaisara berjumpa.

Semuanya hanya plan Reezqy. Dari jauh Reezqy sudah bersedia didalam kereta untuk melanggar ibu mengandung itu.

"Aku akan bunuh anak kau." Reezqy langsung memijak pedal sekuat hatinya. Keretanya bergerak laju.

Disaat Qaisara sudah berada ditengah jalan, kereta Reezqy pun sudah menghampirinya. Misha tak sanggup membunuh sahabatnya sendiri.

Misha berlari kemudian tolak Qaisara sekuat hati jauh daripadanya. Plan Reezqy gagal. "Auhk.. auhk.."

'Qai.. maafkan aku.. tolong jaga diri kau tau.. mungkin aku pergi tak akan balik..'

Qaisara mendesah kesakitan. Dia tersandung setelah Misha menolaknya, kemudian Misha, kawan baiknya mati dihadapannya.

Qaisara menangis sekuat hatinya. Sedangkan Reezqy dia melarikan diri. "Misha!! Argh!!"

...

Beberapa jam kemudian, Qaisara tersedar dari tidurnya. Dia pengsan beberapa jam setelah kemalangan.

Eimir segera menghampiri isterinya. "Saya menyesal tinggalkan awak seorang tadi. Saya suami yang tak bertanggungjawab." Ucap Eimir.

"Mana Misha?" Tanya Qaisara. Kemudian Eimir terdiam sejenak. "Misha.. Misha dah dikebumikan.." Jawab Eimir mengeluh.

Qaisara terdiam sejenak. Baru sahaja dia bertemu dengan kawannya. Perlahan-lahan air matanya menitis. Kemudian tangisannya semakin deras.

Eimir segera menghampiri isterinya lalu memeluk erat. "Sudahlah sayang, mungkin tuhan sayangkan dia.. Awak doakanlah dia diatas sana." Pujuk Eimir.

...

"Arghh sial sial!! Kenapa boleh jadi macam nii." Sedangkan Reezqy menghilang beberapa hari. Reezqy tak dapat melarikan diri lagi kerana polis sedang mencarinya.

"Bodoh! Kau bodoh Reezqy!" Dia memukul dirinya sekuat hati. Pintu rumahnya diketuk beberapa kali. Reezqy terdiam seketika kemudian dia menghampiri pintu tersebut.

Reezqy terdiam apabila melihat polis dihadapan rumahnya. "Mohamad Reezqy Mirza, kami terpaksa bawa anda ke lokap atas kesalahan langgar lari." Kemudian beberapa anggota langsung menangkap Reezqy.

"Apa ni?! Aku tak salah!! Sial!" Reezqy memberontak. Tapi apakah daya, dia tak dapt selamatkan dirinya.

...

Sementara itu Eimir mengusap-usap pipi isterinya yang tertidur itu. Tiba-tiba Qaisara mendesah kesakitan. "Yang? Sayang?? Kenapa nii??" Eimir panik.

"Doktor!!" Datang beberapa nurse dan seorang doktor masuk ke dalam bilik. "Nurse, bawa pesakit ke bilik bersalin." Mereka menolak katil Qaisara serta diikuti Eimir dari belakang.

"Sayang.. saya ada dekat dengan awak." Qaisara genggam tangan Eimir sekuat hatinya. Beberapa jam kemudian, tiada bunyi tangisan bayi.

Doktor menggendong bayi tersebut, badannya sungguh lemah seakan tidak berdaya. Selesai membuat pemeriksa. Doktor tersebut datang semula bertemu dengan Eimir.

"Kami terpaksa tahan bayi tersebut, keadaan bayi sangatlah lemah. Selepas 2 hari, lepas kami buat pemeriksaan kali kedua,kami akan serahkan anak encik dan boleh pulang." Kata doktor tersebut.

"Kenapa dengan anak saya doktor?" Tanya Eimir.

"Kami tak pasti, tapi denyutan jantungnya agak lemah. Apa-apa pun kami akan cuba sedaya upaya." Jawab doktor tersebut.

...

"Ummi jangan sedih-sedih.. Insya Allah, Allah akan permudahkan urusan Eimir. Hah, tentang Reezqy. Nanti Eimir melawat dia."

"Baiklah. Kirim salam dekat Qaisara."

"Okay, Assalammualaikum ummi." Lalu Eimir mematikan panggilan tersebut. Kemudian Eimir berjalan masuk ke dalam lokap.

Tak lama kemudian Reezqy datang dengan tangannya digari. "Kenapa kau jumpa aku?" Tanya Reezqy.

"Kau adik aku Qy, takkan aku tak boleh jumpa kau?" Jawab Eimir.

"Apa kau buat ni sebenarnya Qy? Kenapa kau sanggup ambil barang terlarang? Ummi hantar kau pergi belajar untuk jadi budak yang berguna. Bukan macam ni Qy."

"Kau tahu tak, selama aku hidup dengan kau. Ummi asyik lebihka kau berbanding aku! Apa yang aku dapat selama ni?! Aku tak dapat aku Mir! Ummi lebihkan kau je!"

"Aku ni dari dulu aku cuba nak banggakan ummi tapi ummi asyik bandingkan kau dengan aku je! Kau fikir aku bahagia ke kena banding macam tu?!" Jawab Reezqy sambil meninggi-ninggikan suaranya.

"Aku baru dapat berita, kau terlibat dengan kes langgar lari.. jadi kau yang langgar arwah Misha?" Tanya Eimir.

"Okay fine aku jujur dekat kau! Plan aku nak langgar isteri kau sebab aku tak suka kau hidup bahagia! Aku benci kau Eimir! Asyik aku je yang tak pernah bahagia! Semuanya sebab kau dah rampas kebahagiaan aku!!" Jawab Reezqy.

Eimir tergamam. "Tergamak kau buat bini aku macam tu.. Aku.. aku tak boleh tolong kau dah lepas ni Qy. Aku cuma harap kau sedar apa kau dah buat." Eimir bangkit dari kerusi lalu pergi meninggalkan Reezqy seorang diri.

...

"Maaf puan.. kami telah mengesahkan bahwa anak puan telah pun meninggal dunia pada pagi tadi pukul 7." Ucap doktor tersebut pada Qaisara.

"No.." Tak lama kemudian Eimir datang. Eimir langsung mendekati isterinya yang sedang menangis.

"Sayang, sayang tenang." Eimir segera memeluk erat Qaisara. "Anak kita yang.. hiks.. anak kita dah tak ada.." Ucap Qaisara sambil menangis.

Eimir terus memujuk isterinya agar dia tenang. "Sayang.. tuhan lebih menyayanginya.. tak apa, kita akan jumpa dia di Syurga nanti okay?" Eimir mengusap lembut kedua pipi Qaisara.

2 Hari selepas kebumi, Eimir melihat kebelakangan ini Qaisara terlihat seperti mayt hidup. Makan pun tak lalu. Dia asyik murung sahaja selepas kebumikan anak mereka, Aryan Aqasha.

Aku menghampirinya kemudian tarik dirinya rapat ke dakapanku. Lalu aku memeluknya erat. "Sayang, kenapa tak makan?" Tanya Eimir pada Qaisara.

Tiada respon dari Qaisara. "Kalau macam tu awak minum air nak?" Tetap tiada respon darinya. Eimir bukanlah orang yang reti memujuk isterinya.

Eimir mengambil segelas air dan bubur bawa ke ruang tamu. "Kita makan sikit tau." Eimir menghala sesudu pada Qaisara.

Tetapi gadis itu langsung tidak mau membuka mulutnya. "Makan sikit tau sayang.. please? demi Aryan and your husband." Bisik Eimir.

Sekali lagi Eimir menghala sesudu pada Qaisara. Tiada yang berubah, cepat-cepat Eimir mendekati wajah Qaisara kemudian kecup bibirnya.

Qaisara sedikit terkejut dengan tindakan Eimir. "Makan tau sayang." Ujar Eimir sambil tersenyum. Kali ini Qaisara membuka mulutnya.

Eimir menyuap Qaisara sehingga buburnya habis dimakan. "Good girl. After this, kita pergi shower lepas tu tidur tau yang." Ucap Eimir.

"Ke awak nak mandi sekali dengan sa-"

"Tak, saya boleh mandi sendiri." Qaisara segera bangkit dari sofa lalu pergi meninggalkan Eimir seorang diri.

Sedangkan Eimir hanya tertawa saja. "Haih macam-macamlah dia ni."









To Be Continue...

Dear Captain || MINGYUWhere stories live. Discover now