IFFAT FARHAT 2

95 8 0
                                    

Sampai sahaja di padang sekolah, Farhat masukkan tangan di poket seluar . Aiseh tertinggal dompet bawah meja pulak. Tak tunggu lama Farhat terus patah balik ke kelas, kalau hilang dompet dia tu habis lah semua duit belanja dalam tu. 

Farhat berjalan di koridor barisan kelas tingkatan 4, memang sunyi sepi dekat sini sebab semua pelajar tingkatan 4 berada di padang sekolah, waktu pendidikan jasmani sekarang ni. Dia je yang sesat masuk dalam kelas semula, kalau tak disebabkan dompet dia yang tertinggal memang tak lah dia nak patah balik semula ke kelas. Bazir masa dan tenaga!

Bila sampai di depan pintu kelas langkah Farhat terhenti. Dahi Farhat berkerut bila nampak Damia berada dalam kelas seorang diri dengan kepala rehat di atas meja dan kedua belah tangan pegang perut. Nampak gaya seperti tengah menahan sakit.

Farhat teruskan langkahnya pergi ke tempat duduknya iaitu di sebelah meja Damia, krekkk tanpa peduli keadaan sekeliling Farhat tarik kerusi dia. Bergema bunyi geseran antara kerusi dan lantai simen di dalam kelas. Damia di sebelahnya tersentak dan pandang Farhat. Farhat balas pandangan Damia.

Begitu jelas muka Damia berpeluh-peluh seperti menahan sakit dan kedua tangannya masih lagi berada di perut. Setelah 3 saat mereka berdua pandang antara satu sama lain, Damia rehat semula kepalanya di atas meja dengan jadikan buku teks sejarah sebagai bantal.

Farhat pula ambil dompet di bawah meja dia dan pandang Damia semula. Farhat merenung Damia sambil berfikir kalau dia tanya soalan 'Sakit ke?' macam soalan bodoh je sebab memang jelas nampak yang Damia tu tengah tahan sakit, nak tanya lagi dah kenapa? 

Akhirnya Farhat buat keputusan tinggalkan kelas tanpa berkata apa-apa. Mereka berdua ni memang macam ni, sejenis yang tak ada mulut.

"Daim."

Daim menoleh kepala ke belakang.

"Kenapa?"

Farhat masukkan kedua tangannya dalam poket seluar dan berdiri betul-betul di sebelah Daim.

"Apa?" soal daim lagi bila soalan tadi tak dijawab.

"Adik kau tengah sakit." ini je ayat yang terlintas dalam kepala Farhat saat ini. Dia tak reti lah nak huraikan ayat yang panjang-panjang.

"Mia?" Daim pandang bahagian pelajar perempuan dekat padang sekolah, okay baru dia perasan adik kembar dia tak ada dekat situ.

Farhat pandang Daim, Daim ni ada adik lain ke selain Damia tu? 

Payah lah orang yang suka tanya soalan yang memang orang tu dah tahu. 

Akhirnya Farhat hanya anggukkan kepala. Malas dia nak jawab guna mulut. Mulut dia ni terlalu berharga untuk keluar kan kata-kata.

"Kau jumpa dia dekat mana?" 

"Kelas." 

"Dia ada dekat situ lagi ke?" tanya Daim lagi.

Farhat angkat bahu tanda 'Entah'.

Daim hela nafas panjang, dan terus berlari pergi kelas. Kalau nak tanya Farhat memang dia tak akan dapat jawapan lah.

Farhat pandang Daim yang berlari naik tangga menuju ke kelas. Farhat ikut Daim dari belakang, dia mengeluh sendiri dah kenapa kaki dia ni ringan sangat nak ikut Daim ni. Erghhhh! Geram dengan diri sendiri.

"Tak ada pun." kata Daim sebaik sahaja dia sampai ke pintu kelas.

Farhat pandang dalam kelas, memang betul Damia dah tak ada dalam kelas.

"Tadi muka dia berpeluh dan tangan dia pegang perut." Farhat yang cuba ingat balik apa yang dia nampak.

Daim diam seperti tengah berfikir.

Perlu kejar ke?Where stories live. Discover now