BAB 8

225 9 6
                                    

ZAYYAD memandang luar jendela. " dia minta duit lagi ke? " soal Harrith yang elok berbaring di atas sofa.

Lelaki itu mengeluh sebelum mengganguk.
" aku tak faham la, apa yang seronok sangat dengan berjudi tu? " ujar Zayyad. Dia penat dengan sikap adik-nya itu. Suhail.

" dia dari kecik macam tu ke? " soal Harrith.
" dia bukan adik kandung aku pun, Ibu dan abah aku ambik dia jadi adik angkat aku... " jawab Zayyad. " adik angkat? kenapa? "

" Ibu aku tak boleh mengandung... sebab ada masalah dengan rahim. " ujar Zayyad melabuhkan punggung di atas sofa. Harrith lantas bangun dari baring-nya.

" kalau ibu kau tak boleh mengandung macam yang kau kata, habis kau? " soal Harrith. Zayyad terdiam. Jadi siapa dia? Siapa dia yang sebenarnya dalam hidup ibu dan abah-nya?








ZAYDEN memandang Eliena yang sibuk menonton televisyen. " kau tengok apa? " soal Zayden melabuhkan punggung di samping gadis itu.

" dah di depan mata masih bertanya. " ujar Eliena. Zayden menyengih. " ni aku nak tanya, kau kenapa sejak kebelakangan ni suka sangat pergi cafe tu? " soal Zayden. Sudah lama dia sedari tentang hal itu namun dipendam dahulu.

" pergi jenguk jodoh. " selamba Eliena. Zayden menjungkit kening-nya sebelah. Jodoh?

" kau kenapa? Angau sangat ke apa? Nak aku hantar kau pergi hospital sakit jiwa? " soal Zayden tanpa tapis. Eliena memutarkan bebola mata-nya ke atas. " orang serius dia main-main pulak! "

" betul la apa aku kata. " ujar Zayden. Dia memandang televisyen, cerita yang dipamerkan di skrin kaca itu sungguh membosankan.

" tapi kira oke la, Elie dah jumpa jodoh. Abang belum. " meletus tawa Eliena. Dengan nada mengejek dia mengatakan itu. Mata lelaki itu tajam memandang Eliena.

" eh berlambak la perempuan nak dekat aku. Beratur panjang dekat belakang. " dia rasa tercabar dengan ejekan Eliena. " tapi semua kene tolak, nampak sangat abang ni takde taste. " selamba Eliena. Masih tersisa tawa-nya.

Zayden tersenyum sinis sebelum dia mengatakan sesuatu. Dia mendekatkan bibir-nya ke telinga gadis itu sebelum dia membisikkan sesuatu.

" kalau Hana? " soal Zayden dan senyuman sinis. Terus mati tawa Eliena. Dia menatap abang-nya. Zayden menjauhkan wajah-nya dari Eliena.

" abang jangan macam-macam eh! " amaran Eliena. Zayden tersenyum senget. " abang tahu la Hana suka abang, mungkin dia jodoh abang? " masih lagi dia mengusik Eliena.

" aaa, tak nak! Elie dah masak dengan perangai abang tu! Gatal setinggi menara KLCC! " nada-nya sedikit meninggi. Makin suka Zayden mahu mengusik Eliena.

Bahu Zayden ditampar kasar. Geram! Lelaki itu langsung tidak beriak sakit. Biasa sahaja. Memang bertubuh besi!

Datin Sofea yang sejak tadi melihat 'permandangan' itu merasa tenang. Sungguh sudah lama dia tidak merasa suasana begini.




ERLAN menatap Zayyad yang menyibukkan diri-nya. Dihirup secawan coffee panas.

" kau tak reti nak balik ke? " soal Zayyad. Ditangan lelaki itu terdapat kain tuala kecil.
" nak usha anak dara orang dekat sini kejap, jap gi aku balik la ye. " selamba Erlan.

Dilempar kain lembap itu ke wajah Erlan. Meletus tawa Erlan. " jaga sikit mulut dan mata tu! " geram Zayyad.

Erlan menghabiskan tawa-nya sebelum berkata. " aku tunggu kau la, nak ajak lepak. " ujar Erlan. Zayyad hanya mengganguk sebelum di ambil kain lembap yang dilempar-nya tadi lalu mengorak langkah ke dapur belakang.

Hanya Dia ✔Where stories live. Discover now