SPECIAL CHAPTER 1

297 10 0
                                    

JAM menunjukkan jam tiga tengah hari. Dia menjejak kaki ke dalam cafe itu. " papa! " jerit suara kecil itu.

Zayyad tersenyum kecil memandang Fariesha berlari ke arahnya dengan tangan dibuka luas ingin memeluk.

Kaki Zayyad dipeluk erat. " datang tak cakap. "
" mama cakap nak buat suprise! " ceria suara itu. Zayyad mengganguk. Tubuh munggil itu diangkat dibawa dalam dakapannya.

" abang sibuk ka? " satu suara menyedarkan dirinya. Dia memandang wanita di hadapannya. Segak berpakaian abaya hijau gelap. Bersama Faris yang lena dibuai mimpi dalam dukungan wanita itu.

" tak. Pagi tadi banyak lah juga costumer datang. " ujar Zayyad. Eliena mengganguk. " alhamdulillah. Baguslah tu, rezeki kita sekeluarga. " balas Eliena pula.

Tanpa disedari, Fariesha yang masih dalam dukungan Zayyad sudah mencebik. " eh kenapa anak papa ni? "

" papa lah! Tak layan icha! " marah si kecil.
" alololo, papa nak bercakap dengan mama pun tak boleh? " soal Zayyad dengan nada mengusik.

" tak! Bagi ketam baru tahu! " ugut Fariesha. Membulat mata Zayyad mendengarnya. Sah anak perempuannya keturunan si ibu. Ratu suka mengusiknya betul!

Eliena ketawa kecil. " sweetheart tahu mana papa takut ketam? " soal Zayyad. " mama bagitahu. " jawab Fariesha dengan wajah polosnya.

" sayang..." matanya memandang Eliena yang masih dengan senyuman nakalnya. " ya? " selamba gadis itu. Zayyad mendengus. " menyesal abang bagitahu kelemahan abang. "

Meletus tawa Eliena yang mendengarnya.
" selalunya penyesalan di akhir. "

Zayyad memutarkan bebola matanya ke atas. Menci lah!







HARRITH yang sibuk mengelap meja dikejutkan dengan kehadiran si dia. " kau buat apa dekat sini? " soalnya. Amanda menyengih.
" saja...datang minum air. Tak boleh? "

Harrith mendengus. " duduklah. Kejap aku ambil order. " kata Harrith. Amanda mengganguk.

Usai dia selesai membersihkan meja itu. Dibawa pula pinggan mangkuk yang telah digunakan oleh pelanggan tadi lalu ke dapur belakang.

" eh Amanda. " tegur Kak Lin. Gadis itu tersenyum manis pabila ditegur. " hai Kak. Kak sihat? " soal Amanda. Kak Lin mengganguk.

" alhamdulillah, sihat. Amanda? Dah lama Kak tak dengar khabar kamu. " kata Kak Lin buatkan hati mudanya terasa disayangi. " sihat ja. Maaflah lama menghilang. Amanda sibuk uruskan syarikat arwah papa. "

Kak Lin mengganguk. " kamu pun...dah banyak berubah. "

Amanda mengukir senyuman manis.

Harrith datang dengan satu buku kecil ditangan dan pen bersama.

" Kak Lin nak sambung kerja. " pinta Kak Lin berlalu pergi melihat Harrith menghampiri.

" nak order apa? " soal Harrith. " macam biasalah. Tapi jangan letak banyak susu, boleh? "

" mana nak manis kalau kurang susu cik kak. "

" eh biarlah. Aku costumer jadi kau kena buat apa yang aku nak ok? " sengihnya. Harrith mendengus. " fine! " geramnya. Dia melangkah ke dapur. Amanda ketawa kecil.

" Amanda? "

Satu suara menyapa. Dia menoleh. Hana...

" oh, Hana... " katanya. Gadis itu menayangkan riak terkejut. " buat apa dekat sini? " soal Hana. " saja...lepak-lepak dekat sini. Banyak kerja, so nak tenangkan fikiran. " jawab Amanda.

Hana mengganguk.

Amanda baru tersedar. Hana tidak keseorangan. Zayden memandangnya dengan mata tajam lelaki itu. Seram pula dirinya.

" Hai...Zayden. " katanya. Namun tiada sebarang balasan dari lelaki itu, dingin.

Perutnya dicubit. " aduh! " adu lelaki itu. " cuba mesra sikit muka tu? Anak dalam perut ni pun tak mahu keluar tengok bapak dia terlebih makan ais. " marah Hana. Zayden mencebik. Garang mak buyung ni!

Amanda ketawa kecil. " duduklah Hana. Tak elok ibu mengandung diri lama-lama. " pelawanya. Hana tersenyum.

" duduklah dulu. Abang nak ke belakang, nak jumpa Harrith. " pinta Zayden berlalu pergi.

Hana mengganguk. Dia melabuhkan punggung di samping Amanda. " comel ya baby bump, saya pun hampir tak perasan awak tengah mengandung. Baju awak besar. " kata Amanda.

Hana tergelak kecil. " Zayden yang suruh. Lagipun... Baby bump pun aurat. " kata Hana. Amanda mengganguk tanda setuju.

Hana memandang Amanda. Gadis itu mengenakan jubah hitam. Bertudung shawl hitam.







" ASSALAMUALAIKUM " sapanya. Harrith menoleh. " waalaikumsalam. Hey! Abang Zayden ku! "

" sebelum aku cilikan mulut kau baik kau berhenti panggil aku abang! " marah Zayden bersama amaran. Harrith ketawa besar. Dia kisah apa?

" alah abang Zayden. Macam tak biasa. " usiknya lagi.

" Zayyad pun tak panggil aku abang tahu? "

" itu dia. Saya adalah saya. " selamba Harrith. Zayden menggigit bibir dari dalam. " lagipun, abang Zayden nampak hot lah harini. " Harrith masih dengan usikannya.

" Harrith! "

Meletus tawa lelaki itu melihat wajah Zayden bertukar bak seperti singa yang bersedia mahu menerkam mangsanya.

" saya suka! Saya suka! " kata Harrith yang bertukar menjadi meimei. " dah rosak sangat kau ini. Lain kali jangan tengok Upin Ipin. "

Harrith senyum senget.

Usai habis acara gelak tawa Harrith, kini lelaki itu sudah bertenang.

" aku dengar kau dah nak kahwin. "

" ya, aku dah nak kahwin. Tinggal cari pelamin ja sekarang. " jawab Harrith.

Nak lagi?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nak lagi?

Hanya Dia ✔Where stories live. Discover now