BAB 35

451 7 6
                                    

TINGKAP rumah dibuka bagi membenarkan udara masuk. Eliena melabuhkan punggung di atas sofa.

" mama! mama! Helep me! " jerit gadis kecil yang berlari ke arah Eliena. Eliena ketawa kecil. Dia angkat tubuh kecil itu ke atas pangkuannya. " kenapa ni hm? " soal Eliena

" papaa nak akan(makan) ichaa " adunya. " Nurul Fariesya... " panggil Zayyad dengan nada yang seram. " mama! helep! " Fariesya terus-menerus meraung meminta tolong. Wajah si kecil itu juga sudah berubah riak mahu menangis.

" Muhammad Iman Zayyad bin Muhammad. " tegas Eliena. Zayyad menyengih. " kita nak usik dia saja. " sengih lelaki itu. Eliena menggeleng perlahan.

Fariesya masih erat memeluk leher mamanya. Enggan dilepaskan. " ma... " seorang budak lelaki pula menghampirinya. " eh anak papa dah bangun la. " ujar Zayyad mengangkat tubuh Faris.

" umm, nak mama! " protes Faris. Zayyad mendengus sebelum menurunkan semula Faris dan membiarkan si kecil berjalan ke Eliena. " apa gunanya kembar dua kalau dua-dua nak dekat mama dia. " omel Zayyad sembari mencebik. Tak adil!






HARRITH menyengih sembari tangannya ligat mencubit pipi tembam milik Fariesya. " ish! Apa ni ubit ubit pipi oyang?! " marah Fariesya.
Harrith tersenyum suka.

" woi, anak aku tu. " ujar Zayyad. Namun dihiraukan saja oleh Harrith. " siapa suruh comel sangat... " geram Harrith.

" cembuyu lah tu itew ada pipi omel(comel) , tak acam(macam) pakcik! " membulat mata Harrith. Wow, menusuk ke dalam kalbu.

Lelaki itu memandang Zayyad. " kau kene faham. Mak dia Eliena Aurora, mak beruang. " ujar Zayyad seakan faham dengan pandangan kawannya itu. " memang anak dia. "

Zayyad mengganguk. Fariesya memang mengikuti sifat Eliena. Lidah mereka seolah-olah berbisa.

Namun, dia bersyukur Faris menyerupai dirinya. " pa... " panggil Faris dengan wajah kantuknya. " ya? " sahut Zayyad. " antuk... (mengantuk) " adu Faris.

" meh uncle- "

" nanak pakcik tua ni. Nak papa... " potong Faris memeluk kaki Zayyad. Zayyad sudah menahan tawa melihat wajah Harrith yang sudah bertukar riak. Mahu meletup.

" uncle merajuk! " dia buang muka ke arah lain. Namun langsung Faris tidak memandang ke arahnya. " lupakan je lah harapan kau nak suruh dia pujuk kau, sampai ke tua pun dia tak akan pujuk. " ujar Zayyad mengangkat tubuh Faris itu ke dalam dakapan hangatnya.

" abang... " panggil Eliena. " ya! " sahut Zayyad. Eliena melangkah keluar.

" la sini rupanya anak-anak mama. Harrith? Bila sampai? " soal Eliena. " baru saja tadi. " jawab Harrith. 

Petang hari, Harrith dihidangkan dengan kuih-muih dan juga air sirap limau ais. " kau datang sini kenapa? " soal Zayyad meneguk air sirap. " saja, datang ambil angin. " jawab Harrith.

" Amanda macam mana? "

Harrith menoleh memandang Zayyad. " dia...alhamdulillah oke saja. Muka dia pun dah beransur pulih. Cuma ada bekas dari air panas tu. " jawab Harrith. Zayyad mengganguk.

" harap dia sedarlah perbuatan dia sebelum ni, dan kembali ke jalan benar. " kata Zayyad.
" amin... "

" kau bila nak kahwin? " tanya Zayyad tiba-tiba. Harrith mendengus. " tak ada soalan lain ke hah? "

Zayyad senyum sinis. " tak ada. "

" sabar lah! Tengah cari calon lagi. " kata Harrith. Namun dari nada lelaki itu seolah-olah mahu mengajak bertumbuk.

Zayyad ketawa mengekek.







DIA melabuhkan punggung di bahu katil. " tak tidur lagi? " soal Zayyad. Telefon bimbit dia letak ke tepi. Eliena menggeleng. " baru lepas tidurkan Farisya dengan Faris. "

Zayyad mengganguk. " mari sini. " kedua-dua belah tangannya melebar buka. Eliena tersenyum, dia menghampiri Zayyad lalu lelaki itu menarik tubuh mungilnya ke dalam pelukan hangat.

" seronoknya peluk abang. Macam bantal. " ujar Eliena. Zayyad menyengih. " sebab abang dah makin buntal. Sayang lah ni, masak sedap sangat. " Eliena ketawa kecil.

" macam mana cafe abang? Oke? " soal Eliena. Zayyad mengganguk. " alhamdulillah, oke saja. Dah lama abang tak jenguk cafe tu sejak sayang mengandung dulu. " ujar Zayyad. " kan saya dah cakap...abang kerja lah macam biasa... "

" kalau abang pergi kerja pun, hati ni takkan tenang memikirkan puan isteri yang keseorangan di rumah ni ha. " hidung Eliena dicuit manja.

" Harrith tidur dekat bilik tetamu? " Zayyad mengganguk mendengar pertanyaan sang isteri.

" sayang... " lembut Zayyad. " ya? "

" terima kasih sebab lahirkan dua cahaya mata. terima kasih juga sebab hadir dalam hidup abang... "

Eliena menayangkan senyuman manis. " Sama-sama! Berkat saya selalu kejar abang lah walaupun kepala tu keras macam batu. "

Zayyad ketawa. Mengigatkan semula kisah lama mereka, mahu sahaja menjerit.

" itu lah, sampai benjol kepala abang. Dua kali pula tu. "

Eliena ketawa. " itu tak perlulah cerita ish! "

Seluruh wajah Eliena dikucup dengan penuh kasih sayang. " ish! Orang baru je letak skincare...dia pergi cium pula. " rungut Eliena.

" biarlah. Dapat pahala. Sayang tak nak pahala? "

" oh, mestilah nak. " sengih Eliena. Zayyad menggeleng perlahan.

Kedua-dua pasangan itu perlahan dibuai mimpi indah.

" good night my penguin. "


TAMAT

ending budak-budak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ending budak-budak. Hahaha.

Hanya Dia ✔Where stories live. Discover now