Bab 6

162 20 0
                                    


Patut ke aku terima?Kalau dia tak boleh terima aku seadanya? Macam mana dia  boleh nak kahwin dengan aku sedangkan dia tak kenal aku? Atau dia memang baik sebab tu dia terima saje aku? Atau dengan niat jahat? Aku buntu nak buat keputusan,aku tak tahu nak terima atau tak...

Kalau aku tak terima,maruah keluarga aku akan tercalar. Orang kampung pasti akan berkata buruk tentang mak aku dan keluarga aku. Hubungan aku dan mak aku pasti akan makin renggang. Aku tak nak lah disebabkan aku tak terima.hubungan aku dan keluarga aku makin renggang .

'Aku terima' bisik hatiku .

Ye,aku terima dan setuju untuk berkahwin dengannya. Aku pasti ini jodoh yang terbaik untuk aku. Aku serah semuanya kepada Allah. Yang penting sekarang ni,aku terima sahaja dulu. Mungkin kami tak sempat nak berkenalan buat masa sekarang...Tapi tak apalah,bercinta selepas kahwin ajelah . Lagi halal toyyiban HAHA.

Selepas saje Aku solat Magrib,aku mematikan suis lampu sebelum keluar dari  bilik untuk beritahu mak aku keputusan aku. Aku tak tahu sama ada jawapan aku ni betul atau tidak. Apa yang akan berlaku lepasni,aku redha sahaja.
 

Zya turun satu demi satu anak tangga . Dia nampak Puan Diyana sedang  duduk berehat di atas kerusi kayu sambil menonton  drama TV3. Aku menuju ke arah mak Dan melabuhkan punggung duduk di kerusi yang berada disebelahnya.

''Hmmm mak.'' Panggilku  secara tiba-tiba.

''Ye?Kamu dah ada jawapan?'' Tanya Puan Diyana kepada Zya membuat Zya kaku seketika. Dia berdebar nak beritahu keputusannya itu.

Aku diam seketika dan menganggukkan perlahan.

''Jadi,kamu terima atau tak?''

''Z-Zya....terima...'' Jawabku perlahan sahaja.

Puan Diyana mendengus perlahan. Dia lega dengan jawapan anaknya itu. Puan Diyana takut jika dirinya menjadi bahan bualan orang kampung untuh kali keduanya. Mungkin dia malu dan terpaksa tebalkan muka apabila berjumpa orang sekampung dengannya

'' Alhamdulillah.''

''Mak,Zya nak tahulah . Apa nama lelaki tu?'' Aku ingin tahu juga apa nama dia,mak aku tak ada beritahu aku pun nama lelaki tu. Mana tahu sedap kan hehehe.

''Tengku Ahmad Firash,anak Dato Helmi.''

Anak Dato Helmi?! Pemilik syarikat Evans World? Tapi macam mana mak aku kenal Dato Helmi?

Aku dah agak dah,mesti mak aku akan cari orang yang berduit untuk menjadi menantu dia. Harap niat mak aku tak ada yang bukan-bukan lah.

''Ouh,ermm...Macam mana mak boleh kenal Dato Helmi?'' aku membalas tanpa meriakkkan wajah muka.

''Mestilah kenal..tu kan kawan papa kamu dulu...ni kamu ni,kenapa muka tak berpetasaan aje ni?Kamu tak suka ke?" Puan Diyana memberi pertanyaan terhadap Zya. Dia heran juga Zya tiada riak muka.

Lidah aku menjadi kelu,aku tak ada jawapan yang tepat sebenarnya. Aku cuma ragu-ragu dengan hal ini.

''Tak adalah. Zya ok je..Cuma,Zya ragu-ragu dengan keputusan Zya sekarang ni.'' ujarku jujur dari hati.

''Kenapa nak ragu-ragu? Dia ada segalanya,dia bole jaga kamu.'' Ujar Puan Diyana dengan jelingan panda akhir ayat.

Ada segalanya tidak bermaksud akan bahagia kan? Mungkin aku terlihat seperti memilih,tapi sebenarnya aku trauma dengan apa yang telah jadi terhadap mak aku. Aku tak kuat nak hadap.

''Harap-harap begitulah mak.'' ujarku untuk tenangkan mak agar tiada tikam lidah disini . Faham-faham la macam mana sikap mak aku.

'' Kamu akan kahwin sebelum raya tau,InsyaAllah minggu depan kamu akan cari baju untuk bersanding .''

Mata aku membulat,sebelum raya? Cepatnya!

''Sebelum raya?Tak terlalu cepat ke mak?And kenapa tak nikah dulu?'' riak wajahku seperti sedang gelisah. Ye,memang tengah gelisah pun.

''Lagi cepat,lagi bagus. Kahwin ajelah terus,nak tunggu nikah bagai tu lambat.''
 
''Hmm..Tapi macam cepat sangat je mak....Zya tak bersedia lagi..''
Kenapa kena secepat itu? Aku benar-benar tak bersedia. Kalau bakal suami aku tu aku kenal,tak ada lah aku gelisah macamni. Masalahnya,Firash tu aku tak pernah jumpa punn

''Jangan nak mengada boleh tak. Perkahwinan kamu ni tak ada guna duit kamu langsung tau,bersyukur sikit Firash tu nak tanggung semuanya. Bersedia atau tidak,kamu tak ada pilihan. Memang kamu kena bersedia dari sekarang''
Ujar mak aku .

"Hm ....iyelah mak. Asalkan mak happy." Betul lah tu,asalkan mak aku happy. Aku pun ikut happy.

"Majlis kecil-kecilan aje kan mak? Tak payahla nak buat besar-besaran. Yang datang pun, orang kampung aje.'' Maksudku , termasuk keluarga  Firash tu sekali.

" Memang besar-besaran pun.  Firash tu dah tempah dewan dah untuk bersanding nanti. Cuma, tak pasti lagi tarikh.''

'Astagfirullah'
Bisik hatiku. Terkejut!

Pergh dewan?Tengok lah tu,tanpa persetujuan aku lagi. Ish aku ke Firash anak mak ni. Lagipun,kenapa nak buat besar-besaran? Orang terdekat aje yang nak datang pun. Membazir aje tahu. Buat besar-besaran ni ,seolah-olah aku bercinta dengan dia dah bertahun-tahun. Padahal kenal pun tidak.

'' ouh..ermmm. Tak apalah kalau macamtu, Zya ikut je." Tak ikhlas dari hati sebenarnya. Tapi tak apalah,nanti di cop banyak songeh pulak.


dari paksa menjadi rela Where stories live. Discover now