Bab 7

160 20 2
                                    

Aku menyikat kain langsir yang sedang menghalang cahaya matahari untuk memasuki bilik . Aku pandang sekilas jam jarum yang digantungkan di dinding.

9:28 a.m

Nyenyak betul aku tidur lepas subuh . Lepas subuh la paling nikmat bila tidur ni. Tapi tak elok la tapi hehe

Aku menuju ke arah rumah setan. Eh salah,aku menuju ke arah tandas untuk membersihkan diri aku yang sedang melekit. Maklumlah,semalam tak sempat nak mandi lepas sahaja aku berada di rumah mak. Mungkin aku penat sangat semalam,lepas je aku bincang dengan mak,aku terus masuk bilik untuk rehatkan diri .



Sejuknya cuaca sekarang,rasa macam nak jalan-jalan kat kawasan sini jap. Dah lama aku tak menjelajah kampung sejak aku sambung belajar. Rindu juga nak tengok perubahan kat kampung ni. Hek eleh!drama betul,padahal baru setahun setengah keluar dari kampung. Tak apalah,nak acah aje.

Setelah aku keringkan ranbut,terus aku memakai anak tudung dan sarungkan tudung sarung yang bewarna hitam ke kepala dan tertutuplah segala aurat aku.

Tak faham betul trend sekarang yang pakai tudung nampak leher tu. Untuk apa kita nak tunjuk aurat kita terhadap ajnabi? Sedangkan mereka semua tahu bahawa haram jika menunjukkan aurat dengan sengaja. Kita tunjuk pun,bukannya  dapat apa-apa. malah,mendapat dosa.

Aku turun ke bawah untuk memberitahu mak yang aku nak keluar jalan-jalan kejap. Kang kalau tak beritahu,ada yang mencari. Tapi mak aku cari aku ke?

"Baru bangun ke? Anak dara pun bangun lambat." Perli mak aku sambil melihat telefon dan memandang aku sekilas.

"Iya mak,bangun pukul 8 tadi. Maaflah mak,penat sikit harini."
Zya memberi jawapan yang jujur,memang dia penat dan badan berasa letih,tapi tetap nak jugak jalan-jalan. Bukan selalu dia dapat masa untuk kesini dengan masa yang panjang. Kini,berbaki 2 Hari lagi dia di kampung. Jenuh dia nak menjawab dekat lecturer nanti kenapa tak masuk kelas .

"Kamu ingat kamu sorang ajeke yang penat? " Selamba Puan Diyana perlinya begitu.

Hmm terasa betul dengan sikap mak ni. Kejap ok,kejap tak ok.

"Ouh erm sorryla mak,lepansi Zya bangun awal sikit. Ni Zya nak pergi pusing-pusing kampung kejap. Lama dah tak pusing-pusing kawasan sini."

"Ha pergila." Jawapan pendek dari Puan Diyana .

Zya menghulurkan tangan untuk salam Puan Diyana sebelum dia meninggalkan rumah ini.

Aku keluar dari rumah dan menaiki basikal punyaku. Dah lama aku tak kayuh basikal ni, sejak sambung belajar tak ada banyak masa. Aku jenis yang tak suka tangguh kerja, lecturer dekat sini bagi assignment banyak sangat.

Aku mulakan perjalanan aku untuk mengelilingi kawasan kampung. Cantik betul pemandangan kawasan kampung ni,tambah-tambah lagi angin yang sejuk ni, best betul.

Bagi aku,setiap bahagian kawasan di sini ada memori tersendiri. Ada pahit,ada juga manis.

Setelah setengah jam aku mengayuh basikal. Akhirnya,aku sampai ke tempat ayah. Bukanlah tempat ayah,tapi disinilah tempat ayah selalu tenangkan diri. Teringat pula dulu sebelum ayah dan mak aku bercerai,ayah aku selalu bawa aku ambil angin disini, masatu aku kecik lagi. Tak adalah kecik mana,form 4 juga la.  Ayah aku pesan kalau ada apa-apa masalah atau stress ke apa ke,datang kawasan sini. Kawasan sini memang tenang,ada sawah padi sekali. Pagi-pagi sejuk aje,nanti dah petang...panas ceng-ceng hahaha.
  
Flash back

Aku gelak ketawa semasa meluangkan masa bersama ayah di pondok yang  berada di tepi sawah padi.

"Cantikkan pemandangan dekat sini?" Tanya Tengku Aiman terhadap anaknya.

Aku senyum ikhlas menandakan sangat cantik dan aku gembira.''Cantik sangat ayah! Nanti kita datang sini lagi tau." Pesanku terhadap ayah. Best betul vibe disini. Tenang dan tiada gangguan.

"Nanti kalau ayah dah tak ada disisi Zya, Zya belajar rajin-rajin tau. Zya selalu ada dalam doa ayah. Ayah tak tahu sampai bila ayah boleh berada di sisi Zya. Perusahaan ayah dah hampir bankrup,bila-bila masa je mak kamu boleh tinggalkan ayah. Nanti kalau mak kamu marah kamu,pukul kamu atau lain-lain. Beritahu ayah,ayah tahu mak kamu keras kepala dan ego tinggi . Tapi dia sayangkan kamu Zya,sayang sangat... Ayah minta maaf tak boleh kekal berada di sisi Zya dan mak kamu.... Ayah dah tak mampu nak tanggung mak kamu dan kamu,Zya. Mak kamu tak boleh hidup dengan orang macam ayah. Kamu faham kan?" Ujar Tengku Aiman, air matanya sudah bergenang di mata tetapi masih cuba menahan agar tidak membasahi pipi. Dia harus berpura-pura kuat di depan anaknya. Dia juga tidak rela mengatakan begini,tapi ..dia tak boleh nak tipu Zya ...Zya sudah tingkatan 4, tidak semudah itu dia nak tipu Zya . Dia sebenarnya tidak mahu Zya tahu yang Puan Diyana tinggalkan dia kerana dia tidak lagi punya apa-apa

"Apa maksud ayah?K-kenapa ayah cakap macamtu?Zya tak faham." Riak wajah Zya jelas sedang cuba fahamkan apa yang dikatankan oleh ayah tadi.

Apa maksud ayah dengan 'ayah tak tahu sampai bila ayah boleh berada di sisi Zya'? Ayah nak tinggalkan aku? Tapi kenapa? Apa yang dah jadi terhadap mak dan ayah? Kenapa baru sekarang nak beritahu Zya? Apa semua ni?!

Zya menjerit sepuas hati di dalam hatinya. Dia tidak faham apa yang Tengku Aiman sedang sampaikan.

"Ayah akan bercerai dengan mak tak lama lagi,Zya...Ayah tak ada pilihan,mak kamu dah tuntut cerai."
Tengku Aiman mendengus perlahan.

Zapp!

Cerai?! Mak dan ayah nak cerai? Sebelum ni aku tak pernah nampak mak dan ayah aku bergaduh atau bertikam lidah...tapi...kenapa harini tiba-tiba beritahu dah nak cerai? Kenapa Ya Allah?Kenapa?

Insan yang paling aku sayangi akan tinggalkan aku? Ayah yang sudah jaga aku dari kecil sehinggalah besar,yang telah mengorbankan macam-macam hal untuk kesenangan aku , sayangi aku dan bersabar dengan sikap aku.
.... Sanggupkah aku kehilangan seorang ayah ? Dia segalanya untuk ku.

"Macam mana boleh jadi sampai macamni sekali? Tak boleh bincang semula ke yah? Zya taknak ayah dan mak bercerai, Zya perlukan mak dan ayah." Ujarku dengan riak wajah yang sudah mendung. Aku benar-benar tidak kuat untuk hadap semua ini!

"Tengoklah macam mana,Zya. Ayah ikut keputusan mak kamu. Ayah tak boleh nak paksa mak kamu untuk hidup dengan ayah"

Air mata Zya yang sudah lama bertakung ,akhirnya mula menurun dan membasahi pipi.

Aku tepis air mata yang sudah bergenang di mata. Aku rindu ayah hm.

Rindu betul kenangan aku bersama ayah. Dia segalanya untuk aku. Tiada seorang pun yang dapat menggantikan tempat ayah aku. Buat masa sekarang ni, aku tak tahu dimana keberadaan ayah aku . Sejak mak dan ayah aku bercerai,aku tidak pernah lagi berjumpa ayah.

Tapi aku yakin,ayah bahagia dah sekarang. Jika ayah dah ada isteri atau keluarga baharu. Zya tak salahkan ayah,ayah berhak untuk bahagia juga kan? Zya malu terhadap ayah bila dapat tahu yang mak tinggalkan ayah hanyaa sebab harta,Zya sedih sangat ayah.

Andai saja masih boleh diputar,mungkin semua ni tak akan berlaku... Tapi tak apalah,kita tak boleh nak pertikaikan kehendak Allah. Aku redha apa yang dah terjadi terhadap keluarga aku. Mungkin ada hikmah,siapa tahu kan? Allah dah rancang yang terbaik untuk hambanya.

Jangan lupa votee tau semua!🤍

dari paksa menjadi rela Where stories live. Discover now