Bab Tiga Puluh Lima 🦋

531 27 4
                                    

"Dengan keluarga Cik Adeena?" 

Langsung Ryu berdiri dari duduknya dan menjegah doktor lelaki itu. Wajahnya terkesan amat panik bercampur bingung melihat eksperesi si doktor tenang sahaja.

"Dengan keluarga Cik Adeena?"

Ryu hampir menjeling doktor didepan nya ini . 

"Yes. you're with me. Keluarga Cik Adeena. Suami Cik Adeena." Sengaja dia tekan perkataan suami apabila doktor lelaki itu memandangnya tepat dimata. Doktor itu tersenyum tipis dan tetap menetralkan wajah yang tenang tanpa adanya kalut,cemas atau sedih.

"Baiklah Suami Cik Adeena. Untungnya Cik Adeena cepat dilaporkan dan walaupun terjadi sedikit masalah namun kami berhasil menyelamatkan Cik Adeena dari kata maut. Luka di pergelangan Cik Adeena jelas baru karna lukanya masih baru dan basah. Berbeda dengan luka yang lain jadi jelaslah bahawa Cik Adeena dicelakai oleh orang lain. Ingin rakaman CCTV?"

Tercengang Aieman mendengar penjeasan sang doktor yang terkesan sangat teliti dan detail sampaikan CCTV pun ditawarnya. Ryu jelas sama reaksi wajahnya dengan Aieman. Luar biasa betul doktor sorang ni.

"Kurang teliti? Baik, saya jelaskan dari awal semula. Cik-"

"Saya faham, Doktor..Sean." Segera Ryu memotong ucapan Sean sebelum lelaki itu explain dua kali. Dia melihat tag nama dan melihat nama doktor itu Sean Andrian.

"Dah boleh jenguk, saya undur diri dulu. Terima kasih. Dan jangan bergaduh lagi kat hospital. Hospital ni bukan ibu bapa awak punya, terima kasih atas perhatian." Sean dengan eksperesi tenang yang terkesan selamba itu pergi macam tu saja dengan barisan para nurse. Ryu dan Aieman saling memandang satu sama lain.

"Bukan hospital ni memang mak bapak kau punya ke?" 

Aieman berkata demikian. Ryu mengangkat bahu dan berjalan masuk ke dalam bilik Adeena. Rindu sangat katanya. Dia mendudukkan diri di kursi yang ada di katil Adeena, melainkan Aieman duduk di sofa memerhati saja.

"Sayang.. i'm so sorry.." Perlahan sahaja Ryu membisik pada Adeena. Dia membetulkan selimut dan anak tudung Adeena. Tangan Adeena yang sejuk itu dia ambil dan mengenggamnya erat. Menyalurkan rasa hangat agar wanita nya tak kesejukan.

Aieman melihat saja tanpa niat untuk mencelah dan diam saja di sofa. Dirinya merasa malu apabila memandang wajah Adeena yang putih dan pucat itu. Dia gagal melindungi adiknya. Selalu dan tetap begitu. Entah dimasa lalu atau masa sekarang dia tetap abang yang tak berguna. Abang yang tak mengenal adiknya dan tak melindungi adik nya.

Ryu berdiri apabila sudah agak lama dia duduk dengan keadaan yang sama. Dia menghampiri Aieman yang sibuk dengan telefon bimbitnya. Aieman meliriknya dan mengangkat sebelah keningnya seolah bertanya apa yang Ryu inginkan.Ryu menghela nafas pelan dan mendudukkan diri di sofa yang sama dengan Aieman.

"Sorry sebab aku tengking tadi." Ryu berkata tanpa menoleh atau melirik pun pada Aieman. Senyuman kecil Aieman terbitkan di bibirnya. Dia terkekeh dan merangkul adik iparnya ini. Tangan nya menepuk bahu nya pelan dan melepaskan rangkulan nya dengan hembusan nafas.

"Salah aku juga. Don't worry." Ryu melirik sekilas lalu dia berdiri. Anggukan kecil dia buat dan kaki kembali melangkah ke arah kursi disebelah katil Adeena.

Keheningan datang membaluti ruangan dingin yang hanya berisi tiga orang itu termasuk Adeena. Ryu yang sibuk dengan memandang dan kadang bercakap dengan Adeena dan Aieman yang diam memainkan telefon bimbitnya saja. Tiada yang memecahkan keheningan dan masing-masing leka dengan dunia mereka.

Tuk..Tuk..

Ketukan pintu membuat kedua lelaki itu menoleh dan memandang ke arah pintu. Melihat siapa kah itu. Pintu terbuka pelan dan kepala kecil Aeryn dilihatkan separuh. Dia tersenyum apabila melihat abangnya ada disana. Dia masuk dan mendekat ke katil Adeena. Dia meletakkan buah tangan yang dia beli di kedai buah pagi tadi. Aeryn melirik ke Ryu seolah meminta kebenaran abang iparnya itu.

Ryu mengangguk dan dia berdiri dari tempat duduknya. Kaki panjangnya melangkah mendekat ke sofa yang diduduki Aeman. Aeryn mengambil tempat duduk yang digunakan Ryu tadi. Dia memerhati mimik muka Adeena yang sangat serupa dengan Aedina.  Yelah, kembar kan.

Aeryn membetulkan tudung putih yang terpasang rapi di kepala Adeena bagi menutup aurat wanita itu. Aeryn menarik sikit selimut yang membalut badan Adeena agar tetap hangat. Dia tersenyum kecil dan mengenggam tangan Adeena.

"Kak Deena. Cepat sembuh. Eryn nak bawa kakak pergi taman, pantai dan banyak lagi ah! Eryn..nak kenal kakak lebih dalam." Dia berkata dengan mata yang berkaca-kaca memandangi wajah pucat Adeena. Dia seger mengelap kasar apabila air matanya turun macam tu aje.

"Kalau boleh, jom makan sama-sama. Kakak..tak marah dengan ayah dan ibu kan?"

"Eryn tahu dorang memang layak untumk akak marah atau benci. Tapi, dorang still our parents, right? Jom, makan sama-sama nanti. Eryn nak lengkap."

"Apa bezanya kalau akak Dina tak ada? Sama aje macam dulu. Kita tak lengkap. Hadir sorang, hilang sorang. It's not fair, right?" 

"Eryn..nak kenal akak."

Aeryn menunduk sejurus dia kata demikian. Air mata yang dia bendung gugur jua. Perlahan tangannya menyeka air mata nya.  Aieman memerhati gelagat Aeryn. Dia tahu dan dengar dengan jelas apa yang Aeryn katakan ke Adeena. Dia menunduk apabila Aeryn mengusik tentang lengkap. 

Betul apa yang Aeryn cakap. Mereka tak pernah lengkap kesimpulannya. Datang satu, hilang satu. Susah untuk berkumpul dalam keadaan damai dan dipenuhi kasih sayang. Susah untuk merasakan kenyamanan keluarga. Tak pernah lengkap, sama sahaja. 

Ryu melirik ke Aieman dan melihat reaksi lelaki itu. Tangan nya terangkat menyentuh pundak Aieman dan menepuknya. Seolah memberi semangat untuk Aieman. Memang tak lengkap, tapi tak salah untuk menyatukan.

"Ekhem, canggung betul suasana. Bang, aku pergi dulu ah. Ada kelas lepas ni." Aeryn berdiri selepas beberapa menit dia dia sahaja di dikerusi itu. Aieman terikut berdiri apabila adik perempuan nya berdiri. Dia mendekat ke Aeryn. 

"Aku boleh hantarkan."

"Bagus juga. Jimat masa, bolehlah. Jom cepat"

"Ipar, jaga akak aku. cau luh!" 

 Cepat tangan Aieman ditarik oleh Aeryn keluar dari bilik Adeena. Ryu terkekeh apabila dia menyaksikan hubungan abang adik yang rapat itu tadi. Dia dengan adik dialah tak lah dekat sangat. Mungkin sebab semua lelaki kot. Mungkinlah.

Ryu merebahkan badannya ke sofa yang lebar dan agak luas itu untuk berbaring. Matanya terpejam celik. Nak tidur tapi kena berjaga.Aduh sibuk!




MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now