SERI 14

4.8K 249 33
                                    

"Argghhh!! Ethan!!!"

Bedebushhhhhhh!

Seri terus terjatuh ke dalam sungai. Ethan pula sudah buntang mata melihat Seri yang mula terkapai-kapai di permukaan air sungai dan mula hanyut mengikut arus sungai.

"Signora!" Jerit Ethan lagi sebelum dia terus saja terjun ke dalam sungai. 

Ethan terus berenang untuk mendapatkan Seri. Entah kenapa air sungai yang tadinya tenang, tiba-tiba bertukar menjadi deras. Ethan pula semakin cemas.

"Dahlia!" Ethan melihat ke arah Seri yang sudah tenggelam timbul di depan sana.

Seri pula tercungap-cungap mengambil nafas. Terasa semakin banyak air yang masuk ke dalam mulutnya. Kakinya pula mula merasa kejang. Dengan tak pandai berenang lagi. Tenaganya pula semakin lemah.

"To..tolongg!!!" Seri bersuara perlahan.

Ethan terus berenang mahu mencapai Seri. Arus sungai yang semakin deras semakin menyukarkannya untuk mengahmpiri Seri.

"Signora! Aku akan dapatkan kau!" Ethan menjerit kuat.

Seri mula merasa lemas dan perlahan-lahan dia mula tenggelam ke dalam air. Ethan pula sudah semakin tidak keruan dan dia terus menyelam ke dalam air. Dengan tenaga yang ada dia terus berenang mahu mencapai Seri yang semakin tenggelam ke dasar sungai.

Tangan Seri yang terapung terus dicapai dan ditarik sekuat hati untuk naik ke permukaan sungai. Ethan terus berenang menarik tubuh Seri ke tebing sungai sungguh pun dia terpaksa melawan arus sungai yang semakin deras sekarang ini.

Akar kayu yang berjuntai di tepi tebing dicapai dan dipegang dengan kuat. Ethan terus menarik tubuh Seri ke tebing. Dia sendiri menarik nafas sedalam mungkin. Ethan terus naik ke tebing dan membawa Seri naik ke atas. Seri dibaringkan ke atas tanah.

"Signora! Svegliati!" (Bangun!) Ethan menepuk-nepuk pipi Seri berkali-kali, namun tiada tindak balas.

Bibir Seri sudah pucat tidak berdarah. Kulitnya juga sama. Seakan tidak berdarah. Ethan meraup wajahnya yang basah. Apa lagi yang boleh dia buat selain melakukan CPR? Sekarang keadaan darurat untuk menyelamatkan nyawa Seri. Pergelangan tangan Seri dicapai dan dia merasa denyutan nadi Seri. Agak lemah dan Ethan semakin panik.

Tidak menunggu lagi, Ethan terus melakukan tekanan ke atas dada Seri. Kemudian, kepala Seri didongakkan. Biarpun sedikit teragak-agak untuk melakukannya, Ethan sudah tiada pilihan dan tidak boleh membuang masa lagi.

"Mi dispiace, Signora" (Maafkan aku, Signora)

Lantas Ethan terus menekap mulutnya ke mulut Seri untuk memberikan bantuan pernafasan. Sambil ekor matanya mengerling ke arah dada Seri. Berharap ada pergerakan nafas di situ. Namun Seri masih tidak memberi tindak balas. Sekali lagi Ethan melakukan tekanan di dada Seri, sebelum dia melakukan pernafasan dari mulut ke mulut untuk kali kedua.

Ethan angkat kepala.

"Dahlia! Please wake up!" Ethan melakukan lagi tekanan ke atas dada Seri dan akhirnya Seri terus terbatuk-batuk.

"Oh god. Kau selamat" Ethan terus membantu membangunkan Seri untuk memuntahkan air dari mulutnya. Belakang tubuh Seri diusap berkali-kali.

"Kau okay?" Soal Ethan bila Seri sudah tidak terbatuk-batuk lagi.

Seri angkat kepala dan memandang ke arah Ethan. Tadi dia rasakan yang dia sudah lemas. Dan sekarang dia sudah berada di atas darat. Ethan selamatkan dia sekali lagi ke?

"O-okay.." Seri memandang sayu ke arah Ethan. Entah kenapa dia merasa sebak tiba-tiba. Tak sedar airmata mula bertakung di kolam matanya.

"Kenapa?" Soal Ethan bila melihat Seri seperti mahu menangis.

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora