SERI 22

5.3K 242 24
                                    

Semenjak pertemuan dengan Seri tengahari tadi, Fakrul memang tidak senang duduk. Berdiri tak kena, duduk tak kena. Sampaikan dia langsung tiada selera hendak menjamah makanan. Dia duduk di birai katil bersama dengan dahi berkerut. 

Terbayang-bayang di matanya raut wajah Seri tadi. Biarpun penampilan Seri nampak selekeh dan tidak bergaya seperti selalu, namun raut wajah yang cantik manis itu tetap saja terserlah dan sentiasa menyejukkan mata yang memandang.

Keluhan berat dilepaskan. Dia benar-benar tidak sangka yang Seri masih lagi hidup disaat dia sudah cuba untuk belajar menerima kehilangan Seri. Tapi apa yang menjengkelkan hatinya sekarang ini adalah kewujudan Ethan di sisi Seri. Apa hubungan mereka? Bagaimana Seri boleh berada bersama dengan Ethan?

Adakah selama Seri menghilang ada kaitan dengan Ethan? Dan andaikata kalau dia dapat tahu Ethan yang menyembunyikan Seri selama ini, dia tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak polis nanti atas tuduhan menculik. Rahang diketap rapat.

Dia tekad mahu membawa Seri balik semula ke pangkuannya. Cuma buat masa ini, dia mengambil keputusan untuk merahsiakan dulu tentang pertemuannya dengan Seri. Dia tidak bersedia untuk memaklumkan kepada sesiapa termasuk Puan Hidayah sendiri. Dia harus mengatur rancangan untuk mendapatkan Seri. Di mana dia harus mencari Seri? Dan dia dapat mengagak mesti Seri bersama dengan Ethan.

Bunyi pintu bilik mandi yang dibuka, mengalih tumpuan Fakrul. Melihat batang tubuh Darwina yang keluar dari bilik air dengan tuala singkat yang membalut tubuh gebunya, Fakrul sekadar menjeling tajam. Tidak punyai rasa mahu menjamah tubuh itu seperti selalu. 

Darwina mengerling sekilas ke arah suaminya yang nampak seperti termenung di birai katil. Semenjak dia sampai di rumah tadi, sepatah suara pun tidak kedengaran dari mulut suaminya. Muka pula, bagaikan orang yang ada menyimpan masalah besar saja. Lantas kaki menapak menghampiri Fakrul yang langsung tidak memandang ke arahnya. Rasanya sudah beberapa hari mereka tidak bersama.

"You ni kenapa?" Soal Darwina sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan jemarinya. Sengaja dibiarkan sisa-sisa air di rambutnya terpercik ke muka Fakrul.

"Tak payah nak sibuklah" Balas Fakrul tidak berminat mahu berbicara dengan Darwina sekarang.

"Macam mana I tak sibuk dah kalau muka you kelat cemberut macam tu? You fikirkan apa ni?" Soal Darwina lagi. Ikatan tuala yang melilit tubuhnya dibuka dan dia mengelap tubuhnya yang tanpa seurat benang itu dengan selamba di hadapan Fakrul.

Fakrul sekadar memerhati apa yang terhidang di hadapan matanya ini. Nafas yang tadinya tenang, perlahan-lahan mula tidak teratur. Kenapa disaat begini Darwina sengaja mahu memancing nafsunya?

"Kalau nak lap badan, pergi sana!" Fakrul menahan rasa. Menghalau Darwina dengan selamba.

"Apa hal nak halau-halau I ni? Dah tak suka tengok tubuh I ke?" Darwina melempar tualanya ke lantas. Dia merapati Fakrul dan duduk di atas paha Fakrul.

"Not this time Wina" Fakrul mahu menolak bila tangan Darwina sudah mula meliar di dadanya.

"Why? I nak. You dah lama tak beri hak I" Pinta Darwina lagi. Butang kemeja Fakrul terus dibuka satu persatu.

"Stop it! Aku tak ada mood!" Bidas Fakrul geram. Menepis tangan Darwina yang masih galak membuka butang kemejanya.

Darwina tidak mempedulikan penolakan Fakrul kerana sekarang ini dia benar-benar mahukan belaian dari suaminya. Kemeja Fakrul terus dibuka kasar dan dilurutkan dari tubuh Fakrul sebelum dia terus saja bertindak terlebih dahulu.

"You kena layan I Fakrul!" Darwina terus menolak tubuh Fakrul ke atas tilam.

"I said stop it!" Fakrul masih mahu menolak, namun iman lelaki mana yang mampu hendak bertahan dengan godaan seorang wanita.

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now