SERI 41

5.1K 264 26
                                    

Atilia melangkah masuk ke pejabat Ethan dengan wajah tegang. Selepas mendengar apa yang disampaikan oleh Jun malam itu, hatinya benar-benar merasa tidak tenang selagi dia tidak mendengar sendiri dari mulut bekas suaminya itu. Tidak mempedulikan larangan dari PA Yani, Atilia terus memulas tombol pintu bilik pejabat Ethan.

Ethan yang sedang tekun menyemak fail, terus angkat muka. Memandang ke arah tetamu yang berdiri di muka pintu dengan wajah berkerut dan dengusan kasar dilepaskan.

"Yani, halau dia keluar" Arah Ethan ringkas dan dia kembali menyambung menyemak fail dihadapannya.

"Puan, tolong keluar" Yani bersuara.

"No!" Atilia berkeras. Dia terus melangkah masuk dengan wajah menyinga dan terus hempaskan tubuh duduk di hadapan Ethan yang langsung tidak mempedulikan kehadirannya di situ.

"Tuan.. maafkan saya..." Yani bersuara takut-takut.

Ethan mengangkat tapak tangannya tanda menyuruh Yani beredar saja dari situ dan mengarahkan supaya pintu itu dibiarkan terbuka. Pen di tangan dilempar kasar ke atas meja. Tubuh disandarkan ke belakang kerusi dan dia memandang tajam ke arah Atilia.

"Kau nak apa datang sini?" Soal Ethan geram.

"Tak boleh ke nak cakap, layan I baik-baik?" 

Ethan tergelak halus. Memang dah biol agaknya perempuan tak faham bahasa ni.

"Antara kau dan aku, tak ada apa lagi yang nak dicakapkan. Jadi, sila keluar dari pejabat aku" 

"Betul ke you ada hubungan dengan maid baru yang you ambil kerja dekat mahligai tu?" Soal Atilia kepada tujuan asalnya datang ke pejabat Ethan.

"It's none of your business!" Tempik Ethan nyaring. Melampau sudah perempuan ni sampai hendak ambil tahu urusan peribadi dia.

"No! Jawab Ethan! Betul ke?" Desak Atilia lagi.

"Kau siapa sampai aku perlu nak bagitahu dengan kau ni? Sukahati aku lah aku nak ada hubungan dengan siapa pun!" 

"Jadi betullah? You dah ketandusan sangat ke sayang? Sampai nak pilih maid untuk jadi teman tidur you?"

"Jaga sikit mulut kau tu Atilia. Kalau kau tak tahu apa-apa, lebih baik kau diam!" Jerkah Ethan sudah mula hilang sabar.

Atilia mencebik. Kemudian dia bangkit berdiri dan menghampiri Ethan. Sengaja dia berjalan berlenggang-lenggok mahu menggoda Ethan. Dengan pakaiannya sekarang, lelaki mana yang tidak akan tergoda bila melihat. Seketika dia berhenti di tepi Ethan. Jemari naik mahu mengelus bahu Ethan, namun dengan kasar Ethan menepis jemarinya ke tepi. Atilia ukir senyum.

"Sayang, I kan ada boleh puaskan you. Kenapa nak kena pilih maid yang low class tu..." Atilia dekatkan tubuh semakin rapat.

"Hei, kau nak buat apa ni!" Mendadak Ethan berdiri dan jauhkan diri.

"I miss you sayang.. you tak rindukan I ke?" Atilia menapak menghampiri Ethan.

"Kau keluar sekarang Atilia! Keluar sebelum aku campak kau keluar!"

"No! I datang nak lepaskan rindu dengan you!!" Atilia terus saja meluru ke arah Ethan dan memeluk tubuh Ethan dengan erat.

"Hei pempuan! Kau jangan nak cari pasal dekat sini!!" Ethan semakin hilang sabar. Tangan Atilia yang memeluk erat pinggangnya cuba untuk dirungkaikan.

Namun Atilia sengaja mengeraskan dirinya dan dia tidak akan membiarkan Ethan melepaskan pelukannya. Dia mahu semua orang melihat aksi mereka sekarang ini.

"I sayangkan you Ethan. I sanggup buat apa saja untuk you. Kita rujuk please..." Atilia semakin berani.

Dia mahu mengucup bibir Ethan, namun Ethan menolak wajahnya dengan kasar.

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now