SERI 18

4.9K 216 16
                                    

Fakrul menyisir rambutnya dengan rapi di hadapan cermin. Sekarang jam sudah menginjak ke pukul 12 tenghari. Hari ini dia tiada apa-apa urusan penting. Jadi dia berhajat mahu mengajak Darwina makan di luar hari ini. Sekejap lagi dia akan menjemput Darwina di pejabat.

Sungguh pun rasa sakit hati pada Darwina itu sentiasa ada, tapi dia tidak dapat hendak menafikan yang Darwina itu tetap isterinya. Dan mungkin dia sudah perlu move on sekarang ini. Tidak mahu berharap lagi dengan Seri yang masih tidak dapat di ketahui samada masih hidup ataupun sudah mati. Sudah lebih dua minggu berlalu, namun masih lagi tiada khabar berita.

Dia akan cuba untuk memperbaiki hubungannya dengan Darwina. Memperbaiki rumahtangganya yang kian suram ini. Belum sampai setahun berkahwin, rumahtangga nya sudah berantakan begini. Darwina pula sangat degil dan keras kepala. Terlalu bersosial sampai lupa tanggungjawab nya sebagai seorang isteri.

Mama nya pula sudah kerap kali bising bila melihat sikap Darwina yang keterlaluan itu. Tak sangka bila sudah berkahwin, Darwina mula tunjuk taringnya yang sebenar. Fakrul menapak keluar dari bilik. Daun pintu di tutup rapat dan dia terus menuruni anak tangga satu persatu. 

"Rul, nak ke mana tu?" Tegur Datin Faridah bila dia melihat Fakrul sudah bersiap-siap.

"Nak ajak Wina keluar makan ma" 

"Rul dengan Wina macam mana sekarang ni?" Soal Datin Faridah ingin tahu.

Fakrul menghampiri ibunya. Dia mengeluh kecil.

"Entahlah ma. Rul cuba nak perbaiki semuanya. Mungkin ini semua balasan atas sebab aniaya Seri dulu"

Datin Faridah terdiam. Dia turut terkesan sebenarnya. Tapi benda sudah pun terjadi, tak boleh nak berpatah balik. Lagi pun sudah dua minggu Seri menghilang tanpa diketahui keadaannya. Entah kan hidup entahkan mati. Semuanya masih menjadi tanda tanya lagi.

"Tak apa lah kalau macam tu. Selagi dapat selamatkan, selamatkanlah. Rul kena bertegas dengan Wina tu. Jangan biarkan dia terus hanyut macam tu" Nasihat Datin Faridah lagi.

"Yalah ma. Rul pergi dulu. Takut lambat pulak nanti" Fakrul terus berlalu ke muka pintu.

Dia berhajat hendak menjengok Puan Hidayah sekejap sebelum ke pejabat Darwina. Semenjak urusan pejabat itu diambil alih oleh Bakri dan Darwina, Puan Hidayah hanya duduk di rumah saja.

Enjin kereta dihidupkan dan Fakrul terus memandu keluar dari kawasan banglo milik keluarganya. Dia memandu perlahan dan melayan perasaan. Biarpun hati kata nak lupakan Seri, kenapa tetap juga fikirannya mahu teringatkan Seri. Dia dah lama bercinta dengan Seri. Bukannya sekejap. 

Apa lagi yang perlu dia buat untuk mencari Seri? Mira dan Luth pula semakin dingin dengannya selepas kali terakhir mereka mencari Seri di hutan dulu. Mungkin saja mereka tidak suka dengannya kerana dia telah berlaku kejam pada Seri.

Hampir 30 minit memandu, Fakrul tiba di hadapan rumah Puan Hidayah. Enjin kereta dimatikan dan Fakrul melangkah keluar. Loceng terus saja ditekan sambil dia menanti di situ. Seketika pintu pagar itu terus terbuka luas. Fakrul melangkah masuk dan ukir senyum bila melihat kelibat ibu mertuanya sudah berdiri di muka pintu.

"Assalamualaikum mama" Fakrul terus menyalami tangan Puan Hidayah.

Puan Hidayah nampak semakin kurus dan cengkung sekarang ini. Mungkin sebab terlalu rindukan Seri agaknya. Kasihan juga dia melihat nasib wanita ini. 

"Waalaikumussalam. Datang sorang je ke?" Soal Puan Hidayah bila dia tidak nampak kelibat Darwina datang bersama. Sudah lama Darwina tidak pulang menjengoknya.

Bakri pula, semenjak mengambil alih urusan syarikat, semakin kerap tidak berada di rumah. Ada-ada saja urusan penting yang dibuatnya. Dia pula malas hendak banyak soal. Tambahan lagi keadaan kesihatannya sekarang semakin merosot.

KAU YANG SEMPURNAKANKU - [C]Where stories live. Discover now