╰₊˚ʚ 01 ɞ・

14 2 16
                                    

KRING KRING!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KRING KRING!

Aku mematikan alarm aku yang berbunyi kencang dan menyandarkan diri di kepala katil.

Mari aku memperkenalkan diriku terlebih dahulu. Namaku Park Haerin, berusia 17 tahun dan aku ialah pelajar senior di Hanlim High School. Aku tak sabar nak graduate dan masuk universiti nanti.

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Aku pon mengambil tuala untuk melakukan rutin pagi aku macam biasa.

Setelah selesai, aku pon memakai pakaian sekolah dan mengambil beg aku untuk ke sekolah. Aku turun ke dapur, kelihatan eomma sedang menyiapkan sarapan untukku.

"Morning eomma." ucapku.

"Morning, Haerin. Mari makan." kata eomma. Aku pon duduk di meja makan.

"Appa mana?" soalku.

"Appa kamu dah pergi kerja dah tadi. Hari ni kamu pergi sekolah dengan siapa?" soal eomma.

"Pergi dengan Mina. Eomma, hari ni hae balik lambat sikit tau sebab nak study sikit kat library. Tak lama lagi dah nak final exam." kata aku.

Eomma hanya mengangguk.

"Iyelah tapi jangan lambat sangat eh?"

Aku hanya mengangguk. Setelah selesai, aku mencuci pinggan yang aku gunakan. Tiba ii, aku mendengar loceng rumahku berbunyi.

"Hae, Mina dah sampai. Cepat sikit." kata eomma. Aku pon gegas mencuci pinggan dan pergi ke sekolah bersama dengan Mina.

"Lambat betul kau hari ni. Kita ada masa lagi 15 minit je sebelum kelas start." kata Mina.

"Aku tak lambat la. Kau tu yang lambat." kataku sambil tertawa kecil. Mina hanya mendengus perlahan.

"Yelah i'm sorry. Btw kita jadi kan nak study lepas sekolah?" soal Mina. Aku hanya mengangguk.

"Ye jadi. Aku dah ajak San dengan yang lain sekali tuk study nanti." kataku. Mina hanya mengangguk perlahan.

"Amboii kemain eh ajak bestie sekali? Selalunya tak nak pon ajak dia." perli Mina.

"Alaa sebab aku ada soalan nak tanya dia. Nak minta tolong dia ajar aku la." kata aku lagi. Mina hanya mengangguk lagi.

Tak lama kemudian, kami tiba di Hanlim High School. Kelihatan San yang menjaga pintu masuk sekolah. Aku dan Mina berjalan untuk masuk ke dalam sekolah.

"Ehhh Hae, Mina. Lambat betul korang hari ni. Nasib baiklah ada 1 minit lagi." kata San dengan buku nota dan pen di tangannya.

"Hehe sorry la aku terlajak tidur pulak. Kau tak tulis nama kiteorang kan?" soalku. San hanya tersenyum sinis.

"Kalau lambat lagi memang aku tulis ah nama korang dua." katanya lagi.

"Ceh mengada. Eh petang ni kau jadi kan? Aku nak study ah... Tak lama lagi exam." kata aku lagi.

"Iye jadi. Kalau yang lain tak tau la. Nanti aku try tanya dorang. Dah la korang masuk kelas cepat sebab jap lagi dah nak start kelas." kata san.

Aku dan Mina gegas masuk ke dalam sekolah dan menuju ke bilik locker untuk meletakkan barang ii aku di dalam situ.

Setelah selesai, barulah aku masuk ke kelas. Nasib baiklah cikgu belum masuk lagi jadinya kami selamat lah.

"Hae, aku takut la." kata Mina. Aku memandangnya pelik.

"Ehh kenapa takut pulak? Exam kan lagi 2 minggu kan? Ke aku yang salah?" soalku bertubi-tubi. Mina hanya mengangguk.

"Haah la. Aku nervous je sebabnya ni final exam kita yang menentukan kita lulus untuk ke universiti ke tak." kata Mina.

"Sokay, kau kan pandai. Aku yakin kau boleh buat punya. Lepas sekolah ni kita study okay?" kataku. Mina mengangguk lagi.

Tak lama kemudian, cikgu kami masuk ke dalam kelas untuk mulakan pembelajaran pada hari ni.

Masa berjalan dengan begitu cepat, tiba ii aku mendengar bunyi loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat.

"Ehhh Haerin, jom kita ke library sekarang. Aku rasa diorang semua dah tunggu kat sana." kata Mina. Aku mengangguk lalu pergi ke library bersama dengan Mina.

Setelah kami tiba di library, kelihatan semua ahli ateez dah tunggu di sana.

"Ehhh awal gila korang sampai." kata Haerin.

"Yelah lepas je loceng bunyi, kiteorang terus datang sini." kata Hongjoong. Aku duduk di sebelah San.

"So, Haerin, kau nak aku ajar kau apa hari ni?" soalnya.

"Hmm aku nak kau ajar aku fizik. Kau kan pandai fizik." kata aku lagi. Setahu aku, san dia bercita-cita nak jadi pilot nanti jadinya dia kena mahir dalam subjek ini selain matematik.

"Haah la san, ajar aku jugak aku tak pandai la fizik ni." kata wooyoung lalu mengeluarkan bukunya.

"Eihh kau ni kata nak amik engineering camne ni. Aku nak ajar Haerin, kau minta tolong dengan yeosang ah." kata san sambil menggelengkan kepalanya.

"Ehh aku nak belajar benda lain ni." kata yeosang sambil membuat kerja sekolahnya.

"Tulah aku nak kau ajar aku so aku boleh pass subjek susah ni. Tolong ah aku san ah..." kata wooyoung lagi.

"Ishh yelah aku ajar ehh mengada eh kau ni." kata san. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Korang, senyap sikit ni kan library bukannya stadium. Dah ii jom study." kataku. Kami semua mulakan pembelajaran bersama sehingga larut petang.

"Okay, aku balik dulu eh? Dah lambat dah ni." kata Mina.

"Haa yelah Mina, hati ii. Kau balik la dengan hwa tu so takde la kau sorang ii balik." kata aku. Mina hanya tertawa kecil.

"Memang aku balik dengan dia pon. Okay la hae, jumpa esok." kata mina lalu keluar bersama dengan seonghwa.

Yang lain semua dah pulang lebih awal kecuali aku dengan san.

"Haerin, jom. Aku hantar kau balik sebab sekarang dah pukul 5. Library ni pon nak tutup dah." kata san. Aku hanya mengangguk lalu mengemas barang ii aku sebelum pulang bersama dengan san.

『 C 』 CS FF ; ❛❛Our Wonderful Life❜❜Where stories live. Discover now