╰₊˚ʚ 12 ɞ・

14 1 17
                                    

Aku baru sahaja tiba di korea bersama dengan san dan byeol

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku baru sahaja tiba di korea bersama dengan san dan byeol. Setelah selesai urusan imigression dan kastam, kami keluar dari airport.

"Fuhh macam dah lama kita tak balik korea." kata san. Aku hanya tertawa kecil dan mengangguk.

"Haah sekarang ni kita akan duduk je la kat sini." kata aku lagi.

"Oh yeah eomma dengan appa mana?" soal san lalu meletakkan byeol di bawah.

"Hmm jap lagi sampai la tu." kataku. Tak lama kemudian, kelihatan eomma dan appa datang mengambil kami.

"Grandpa grandma..." kata byeol lalu berlari ke arah mereka.

"Awww you already grow up, byeol." kata appa lalu mendukung cucunya. Aku dan san datang ke arah mereka sambil membawa barang ii kami.

"Hae, san, dah lama eomma tak jumpa kamu berdua." kata eomma lalu memelukku. Aku hanya tersenyum.

"Nae eomma." kata aku lagi.

"Oh yeah, tadi puan choi telefon eomma. Katanya, rumah untuk kamu dah siap dah." kata eomma.

"Yeke, eomma? Kalau macam tu, san akan tengok dulu rumah tu sebelum san bawak hae dengan byeol ke sana." kata san. Eomma hanya mengangguk.

"Betul jugak tu san. Sekali tu boleh jumpa dengan mak kamu sekali." kata appa. San hanya tersenyum.

"Eh dah jom kita balik rumah dulu." kata eomma. San masukkan bagasi ii kami ke dalam boot kereta dan pulang ke rumah eomma dan appa.

Setelah tiba, aku duduk bersama dengan byeol di rumah eomma appa. San keluar untuk berjumpa dengan puan choi.

"San, nanti kirim salam la dengan eomma. Nanti saya datang ke sana dengan byeol." kata aku. San hanya mengangguk dan mengucup pipiku.

"Yelah. Byeol, papa pergi dulu. Nanti papa ajak byeol jalan ii." kata san lalu mencium pipi gebu milik byeol. Byeol hanya mengangguk.

"Cepat balik tau papa." kata byeol. San hanya tersenyum lalu pergi untuk berjumpa dengan puan choi. Setelah san menjauh dariku, baru aku masuk ke dalam rumah.

Aku duduk bersama dengan byeol dan bermain dengannya. Byeol duduk di atas ribaku.

"Mama mama, bila mama nak bawak byeol jumpa aunty mina?" soal byeol. Aku hanya tertawa kecil.

"Nak jumpa dengan aunty mina ke?" soalku. Byeol hanya mengangguk.

"Mau mau..."

Aku pon mengambil telefon bimbitku lalu menelefon mina.

"Hello?"

"Hello, mina. Kau buat apa tu?" soalku.

"Baru lepas mandi ni. Kenapa?" soalnya.

"Jom jumpa nak? Byeol rindu kau do..." kataku. Kedengaran tertawa mina di balik panggilan itu.

"Awww aku pon rindu si kecil tu. Boleh ah datang rumah aku. Hwa takde sekarang ni. Dia nak hangout dengan kawan ii dia ah tu." katanya lagi.

"Okay, aku datang sekarang." kataku lalu mematikan panggilan.

"Byeol, jom kita gi rumah aunty mina." kataku. Kelihatan byeol tersenyum gembira selepas mendengar aku berkata begitu.

"Jinjja? Yeayyy jom mama..." kata byeol lalu berdiri dan menarik tanganku. Aku hanya tertawa kecil.

"Adoii sabar la anak mama. Haih dah ada aunty favourite lupakan mama eh?" soal aku. Byeol hanya mencebik manja dan aku mencium bibirnya.

"Eiii geram tau. Eomma, hae keluar dengan byeol jap tau." kata aku. Eomma hanya mengangguk dan keluar dari dapur.

"Pergilah. Nak kemana tu?" soal eomma.

"Pergi rumah mina jap." kata aku. Eomma hanya mengangguk. Aku pon keluar dari rumah dan menuju ke rumah mina.

Nasib baiklah aku dah ada lesen sekarang so boleh la drive ke mana ii. Dalam 15 minit perjalanan, akhirnya aku tiba di rumah mina.

Byeol keluar dari kereta setelah aku mematikan enjin. Kelihatan mina menyambut byeol dan mendukung dia.

"Amboii cepat betul eh dia sampai." kata mina lalu mencium pipi byeol.

"Yelah tu, dah ada aunty favourite en terus lupakan aku tu. Nasib la sayang." kata aku lalu mengelus pipi anakku itu.

"Oh yeah, kau baru sampai kan? Mesti penat kan naik flight berjam-jam tu. Marilah masuk." kata mina lalu mempelawa aku untuk masuk ke dalam.

"Macam mana life kau dengan hwa? Okay?" soalku. Setelah kami semua graduate, mina dah bertekad untuk tinggal bersama dengan seonghwa.

"Okay je. San tak datang pulak?" soalnya.

"San tengah tengok rumah kiteorang tu. Katanya nak pastikan aku dengan byeol aman la tinggal kat sana." kata aku. Mina hanya mengangguk.

"Awww so sweet choi san." katanya sambil tertawa kecil. Aku hanya tersenyum.

Sekarang baru aku dapat merasa kasih sayang seseorang yang bernama choi san. Aku ingat dia berkahwin dengan aku hanya sebab byeol. Tapi fikiran aku salah sama sekali.

"Ohh kau nak air? Aku buatkan untuk kau dan byeol." katanya. Aku hanya mengangguk dan duduk di ruang tamu, membiarkan mina membuat air untuk kami berdua.

Setelah selesai, mina menghidangkan snek dan air di atas meja.

"Okay, mango juice with fruits untuk kalian." kata mina. Byeol sangat gembira lalu mengambil jus mango itu.

"Thank you, aunty." kata byeol lalu minum jus dengan gembiranya. Aku hanya tersenyum lalu mengelus rambutnya perlahan.

"Haih, kuat makan betul anak aku ni..." kataku. Mina hanya tersenyum.

"Biasalah tu, hae. Anak kau nak membesar. Nanti sekali sekala kau bawak la dia jalan ii kat korea ni. Confirm dia suka." kata mina.

Aku hanya mengangguk.

"Aku pon plan dengan san macam tu. Kiteorang ingat nak pergi lotte world or everland la nanti weekend." kata aku lagi.

Mina hanya mengangguk dan mengelus rambut byeol perlahan.

"Aku teringin nak ada anak macam byeol ni. Dah la comel baik pulak tu." kata mina. Aku hanya tersenyum.

"Dah tu cepat ii la kawin dengan seonghwa tu. Jangan jadi macam aku dengan san sudah." kata aku. Muka mina dah merona merah.

"Ishh kau ni ada ii je la."

Kami bertiga meluangkan masa bersama sehingga larut petang.

『 C 』 CS FF ; ❛❛Our Wonderful Life❜❜Where stories live. Discover now