╰₊˚ʚ 14 ɞ・

22 1 16
                                    

Aku bermain bersama dengan Byeol di Lotte World

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku bermain bersama dengan Byeol di Lotte World. Aku tersenyum gembira yang anak aku tu gembira bukan main lagi.

"Papa papa nak naik tuuu..." kata byeol.

Aku menoleh ke arah merry-go-round yang tak jauh dari sini.

"Haaa jom kita naik. Byeol naik dengan mama, papa rakam video byeol, okay?" soal san. Byeol hanya mengangguk lalu memeluk leherku.

"Awak okay ke tak naik? Setahu saya, masa zaman sekolah dulu, awak suka sangat naik benda alah ni." kataku sambil tertawa kecil. San hanya mencebik.

"Yah Choi Haerin, tu kan zaman dulu. Eiii suka sangat ungkit." katanya sambil mencebik. Aku hanya tertawa kecil.

"Alaaa gurau je la. Eh saya nak beratur dah ni." kata aku. San hanya mengangguk dan kami pergi ke arah merry-go-round untuk bermain di situ.

Aku beratur bersama dengan byeol. San dah menunggu kami di pintu masuk.

Setelah tiba masa untuk kami masuk ke dalam, aku duduk di atas kuda di merry-go-round dan memasangkan tali pinggang untuk aku dan byeol.

"Nasib baiklah badan aku kecil je senang nak ikat byeol sekali supaya dia tak jatuh." desis hatiku.

Tak lama kemudian, sudah tiba masanya untuk merry-go-round itu bergerak. Kedengaran tertawa byeol sambil melihat pemandangan di sekitar.

"Mama byeol pening..." ucapnya. Aku hanya tersenyum.

"Sandar kat mama, sayang. Tu tu tengok papa..." kata aku lalu menunjukkan ke arah san yang sedang merakam kami.

Aku tak tau kenapa jantung aku berdegup kencang je buat masa ni? Perasaan aku mula tak sedap lalu memeluk byeol seeratnya.

Kelihatan byeol menyandarkan badannya di badanku. Aku cuba untuk memanggilnya.

"Byeol?" soalku tapi dia hanya diam membeku di situ. Aku melihat ke arah wajahnya dan aku membulatkan mataku.

"Byeol? Byeol? Can you hear me?"

Dalam masa yang sama, merry-go-round itu pon berhenti. Aku gegas membuka tali pinggang itu dan berlari ke arah san sambil mengendong byeol.

"San..."

Kelihatan dia terkejut dengan keadaan kami.

"Hae, byeol kenapa?" soalnya lalu mendukung byeol.

"Saya tak tau. Dia pengsan tadi. San, jom kita pergi ke hospital sekarang." kataku. Kami berdua gegas keluar dari lotte world lalu menuju ke hospital secepat yang mungkin.

Aku memeluk badannya.

"Byeol? Please hold on. Kita dah nak sampai hospital ni." kataku sambil memeriksa kadar nadinya. Aku menarik nafas lega sebab nadinya masih ada.

Setelah tiba di hospital, aku dan san terus masuk ke dalam wad kecemasan.

"Yunho! Tolong tengokkan anak aku!" kata san kepada yunho. By the way, yunho baru sahaja dilantik menjadi doktor di hospital milik keluarganya.

"Oh my god, san. Kenapa dengan byeol? Letakkan dia di atas katil ni." kata yunho. San terus letakkannya di atas katil dan biarkan yunho merawatnya.

Aku dan san menunggu di luar wad kecemasan. Aku tak senang duduk lalu berjalan ke hulu dan kehilir.

"Hae, don't worry, anak kita tak pape. Saya percayakan yunho." kata san. Air mata aku mengalir deras lalu aku cepat ii mengelapnya.

"San, saya risau dengan byeol." kataku lalu duduk di sebelahnya. San memegang erat tanganku untuk menenangkan aku.

Setelah beberapa jam berlalu, yunho keluar dari bilik kecemasan. Aku dan san segera mendapatkannya.

"Yunho, macam mana dengan byeol?" soalku. Yunho memandang kami berdua dengan raut serba salah.

"Hae, san, jom masuk bilik aku. Aku ada benda nak bagitau kat korang." katanya lalu berjalan masuk ke dalam bilik.

Aku dan san mengikutinya dari belakang dan masuk ke dalam biliknya.

"Yunho, apa jadi dengan anak aku?" soal san. Kami berdua duduk di hadapannya. Yunho menarik nafas dalam lalu mula berbicara.

"Aku nak tanya, sejak bila korang perasan dengan keadaan byeol? Adakah dah lama atau baru?" soal yunho.

"Dah lama dah aku tengok keadaan byeol yang pucat lesu macam tu. Aku ingat dia cuma sakit biasa je tapi sejak akhir ii ni dia tak lalu makan and berat badan dia menurun. Tu yang kiteorang ingat nak ceriakan dia and bawak dia pergi jalan ii hari ni." kataku. Yunho hanya mengeluh perlahan.

"Hae, san. Aku nak sampaikan sesuatu pada kalian tapi aku harap kalian akan terus kuat and terus bagi semangat kat byeol." kata yunho. Perasaan aku mula tak sedap lagi.

"Apa dia, yunho. Cepatlah bagitau kami." kata san.

"Byeol menghidap penyakit leukemia tahap ketiga dan dia perlukan tulang sumsum yang sesuai dengan dia dalam kadar segera." kata yunho.

Setelah yunho berkata demikian, duniaku menjadi gelap seketika.

"L-leukemia?" soal san. Air mata aku mula mengalir.

"Yunho, macam mana byeol boleh macam tu?" soalku terisak. Aku tak mampu mendengar apa ii lagi.

"Byeol kekurangan cel darah putih di dalam tubuhnya. Sebab tulah dia cepat dapat infeksi dan muncul penyakit ni." kata yunho.

"Yunho, aku boleh bagi tulang sumsum aku pada dia asalkan anak aku hidup sihat." kata san. Aku memandang ke arah san.

"San-ah..."

"San, Hae, kalau nak derma tulang sumsum tak semudah itu. Kau perlu buat satu sample test dan kami akan meneliti tulang kalian cocok tak dengan byeol. Kalau tak sesuai, tak boleh jugak." kata yunho lagi.

Aku mengetap bibir.

"Adakalanya betul apa yang yunho cakapkan. Tapi, demi anakku aku kena berusaha." desis hatiku.

"Byeol, mama akan sentiasa dengan byeol dimana pon byeol pergi..."

『 C 』 CS FF ; ❛❛Our Wonderful Life❜❜Where stories live. Discover now