╰₊˚ʚ 09 ɞ・

14 1 17
                                    

SEBULAN KEMUDIAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBULAN KEMUDIAN

Aku baru sahaja bersiap untuk ke universiti. Aku termenung untuk seketika. Kenapa kitaran haid aku lambat eh? Dah sebulan dah aku tak datang bulan.

Sedang aku termenung, kedengaran mina keluar dari bilik air setelah selesai melakukan rutin paginya.

"Ehhh hae, kau tak siap lagi?" soal mina.

"Mina, aku nak tanya kau something ah..." kataku. Dia hanya mengangguk lalu mengeluarkan pakaiannya di dalam almari.

"Apa dia?" soalnya.

"Aku tak datang bulan dah nak masuk sebulan. And, aku perasan yang lepas kita datang ke london, memang aku ni dah mula kuat makan. Kau perasan tak benda ni, mina?" soalku.

Dia hanya terdiam untuk seketika.

"Haah la aku tengok selera kau bertambah sejak kita datang ke london ni. Kadang ii aku tak habis makan, kau tolong habiskan." kata mina lagi.

"Kan... aku pon rasa macam tu. Sekarang ni, aku dah lewat sebulan dah kot." kataku lagi. Mina hanya mengetap bibirnya.

"Hurmm apa kata kau pergi jumpa doktor? Maybe hormon kau tak betul kot. Kalau kau consult dengan doktor, kau dapat ubat." kata mina lagi.

"Hmm nanti la aku pergi. Ehh jom siap cepat nanti kita lambat pulak." kataku lalu cepat ii memakai makeup yang tipis sebelum keluar dari bilik.

Kelihatan semua ahli ateez dah berada di meja makan.

"Ehh awal pulak korang bangun hari ni." kataku lalu duduk bersama dengan mereka.

"Yelah, hari ni kelas start awal. Lambat kena marah pulak dengan lecturer." kata yunho. Aku perasan yang san asyik pandang ke arahku.

"San, kenapa kau asyik tenung aku ni?" soalku.

"Takde la hae, aku tengok kau pucat je dari tadi. Kau tak sihat ke?" soalnya, risau. Aku hanya menggeleng kepalaku.

"Takde la. Aku sihat je ni." kataku. Setelah kami semua selesai sarapan, kami terus gerak ke universiti.

Setelah tiba, semua berpecah pergi ke bilik kuliah masing ii. Aku berjalan menuju ke bilik kuliah, tiba ii, aku mendengar namaku dipanggil.

"Haerin."

Aku menoleh dan tersenyum perlahan.

"Ohhh awak rupanya, Hyunjin. Nak pergi mana?" soalku.

"Saya nak otw ke kelas ni. Jomlah jalan sama ii." katanya. Aku hanya mengangguk lalu berjalan bersama dengannya.

Aku dengan hyunjin dah mula berkawan sejak bulan lepas lagi.

"Ehh hyunjin, awak duduk asrama ke?" soalku. Dia hanya mengangguk.

"Haah. Nasib baik sempat haritu. Kalau tak jenuh jugak nak cari rumah sewa kat london ni. Dah la mahal." katanya lagi. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Awak tinggal kat asrama jugak ke?" soalnya. Aku menggelengkan kepala.

"Ohh takde la. Saya tinggal kat rumah sewa dengan kawan ii saya. Kiteorang terlambat nak apply asrama haritu. Tu yang terpaksa cari rumah sewa." kata aku lagi. Dia hanya mengangguk.

"Faham, tulah tak sangka pulak ramai yang dapat study kat sini." kata hyunjin lagi. Sedang kami berjalan, tiba ii aku ternampak san sedang menunggu lif untuk ke kelasnya.

"Ehhh san!"

Aku memanggil namanya dan dia menoleh.

"Ohhh hi Hae, kau kelas kat sini ke?" soalnya. Aku hanya mengangguk. Aku perasan yang san memandang ke arah hyunjin lalu menjongketkan keningnya.

"Siapa dia ni, Hae?" soalnya.

"Ohhh perkenalkan, ini hyunjin, student business. Hyunjin, ni san, student professional piloting and also my best friend." ucapku. Hyunjin bersalaman dengan san.

"Hi, san. Nice to meet you." ucap Hyunjin. San hanya mengangguk.

"Hi, nice to meet you too, hyunjin." sapa san, ramah. Sementara menunggu lif, hyunjin dan san berborak mengenai beberapa perkara.

Aku tak berapa focus sangat sebab tiba ii kepala aku pening semacam.

"Ehh Hae, kau okay tak ni? Muka kau makin pucat." kata san lalu memegang bahuku. Tiba ii, aku berasa mual lalu berlari masuk ke dalam toilet untuk mengeluarkan isi perutku.

"Aduhh kenapa dengan diri aku ni?" desis hatiku lagi lalu keluar dari toilet setelah selesai. Kelihatan san menunggu aku bersama dengan hyunjin.

"Haerin, awak okay?" soal hyunjin. Aku hanya tersenyum dan mengangguk perlahan sebelum pandangan aku menjadi gelap.

Aku mengangkat haerin bridal style untuk ke bilik rawatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengangkat haerin bridal style untuk ke bilik rawatan. Aku menyuruh hyunjin untuk masuk ke bilik kuliah terlebih dahulu disebabkan kelas akan bermula tak lama lagi.

Aku menghantar haerin ke bilik rawatan.

"Doktor, tolong periksa kawan saya ni. Dia pengsan lepas keluar dari toilet." kataku. Haerin di bawa masuk ke dalam bilik rawatan.

Aku setia menunggunya di luar bilik rawatan.

"Aku berharap tiada apa ii yang berlaku dengan hae." desis hatiku.

Aku tersedar dari pengsan dan kelihatan ada doktor di sebelahku yang sedang merawatku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tersedar dari pengsan dan kelihatan ada doktor di sebelahku yang sedang merawatku.

"Cik Park, kamu dah sedar? Baguslah." kata doktor itu. Doktor itu ada iras ii muka shownu monsta x.

"Doktor, macam mana saya boleh pengsan ni?" soalku.

"Kawan kamu hantarkan kamu ke sini dalam keadaan pengsan dan dia sedang tunggu kamu di luar. Sebelum saya benarkan kawan kamu untuk jenguk kamu, ada perkara yang saya nak sampaikan pada kamu." kata doktor itu.

"Apa dia doktor?" soalku.

"Dah berapa kali dah kamu muntah untuk hari ni?" soal doktor itu.

"Hmm tadi dah termasuk 2 kali doktor. Lepas tu, kitaran haid saya tak normal dan saya lewat untuk sebulan." kataku lagi.

Dia hanya mengeluh panjang.

"Kenapa dengan diri saya, doktor?" soalku lagi.

"Sebenarnya, kamu..."

『 C 』 CS FF ; ❛❛Our Wonderful Life❜❜Where stories live. Discover now