Bab 2 : Yuran

3.7K 31 0
                                    

Amirah membelek-belek beg tangan berjenama louis vuitton yang dihadiahkan oleh Robert kepadanya. Tidak dia menyangka dia kini mampu memiliki pelbagai barang mewah yang sudah lama dia idamkan.

Semenjak dia berpindah ke ibu kota dan bekerja di syarikat Robert, kehidupannya berubah sekelip mata. Dia tidak lagi merasa susah dan terbeban seperti mana ketika dia tinggal di kampung dahulu.

Tiba-tiba kenangan hidupnya di kampung melintas di fikirannya. Kenangan di mana dia dan keluarganya hidup dalam keadaan daif dan tiada apa-apa. Kenangan yang cukup memberikan tekanan kepada dirinya.

Enam tahun dahulu :-

"Amirah, yuran kelas tambahan kamu untuk bulan ni dan bulan lepas masih belum kamu bayar lagi." Ujar Fatimah.

"Saya tahu cikgu. Bagi saya sedikit masa lagi boleh?" Pinta Amirah.

"Boleh tu boleh, tapi kamu yakin ke kamu boleh bayar ni?" Fatimah inginkan kepastian.

"Insyaallah saya akan cuba usahakan." Amirah memberi keyakinan.

"Kalau kamu yakin takpe lah. Kamu boleh masuk ke kelas dulu." Arah Fatimah.

Amirah kemudian melangkah kakinya meninggalkan bilik guru, lalu menuju ke kelasnya. Dia merasa sungguh sugul ketika ini kerana dia sebenarnya tidak yakin akan dapat melunaskan bayaran yuran tersebut.

Dia sebenarnya tidak mahu mengikuti kelas tambahan tersebut memandangkan dia tahu dia tidak mampu membayar yuran, namun gurunya itu sangat mendesak. Ini kerana peperiksaan SPM semakin hampir.

Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur juga dengan arahan daripada gurunya itu. Sedang asyik berfikir bagaimana mahu membayar yuran kelas tambahan, tanpa dia sedari kakinya sudahpun melangkah ke dalam kelas.

Ketika berjalan menuju ke mejanya, dia sedar ada mata-mata yang memerhati. Dia tahu kenapakah mata-mata itu memerhati dirinya. Namun dia tidak mempedulikan, sebaliknya terus menuju ke mejanya.

"Kau rasa kenapa si miskin tu kena panggil cikgu?" Kedengaran suara wanita menyoal dengan kuat.

"Entah lah, sebab bau dia busuk sangat kot. Cikgu panggil sebab nak ajar dia cara mandi kot." Balas rakannya sambil ketawa.

"Nak ajar pun tak guna sebab orang miskin ni mandi macam mana sekali pun bau dia tetap busuk juga." Salah seorang daripada mereka mencelah sambil diikuti dengan gelak tawa oleh rakan-rakannya.

Amirah hanya tertunduk ke meja tanpa berkata apa-apa. Dia tidak mahu ambil pusing dengan apa yang diperkatakan oleh rakan sekelasnya itu. Dia sudah lali dihina oleh kumpulan itu semenjak mereka sekelas.

Walaupun sebenarnya dia sangat sedih dan kecewa dengan kata-kata mereka, namun dia sentiasa berpegang pada kata-kata ibunya. Jika orang menghina kita, ini bermakna mereka hanya mahu menutup kelemahan mereka.

"Ehh Mira, jangan layan diorang tu." Tiba-tiba lengannya dicuit.

"Saya memang tak layan pun. Lantak diorang lah nak cakap apa." Balas Amirah.

"Cikgu Fatimah panggil awak sebab apa?" Soal Nazmie.

"Sebab yuran kelas tambahan saya belum bayar lagi." Jelas Amirah.

Nazmie adalah rakan yang dikenali olehnya semenjak di tingkatan satu. Hubungan mereka bukan setakat kawan sahaja, malah lebih daripada itu. Namun tiada seorang pun rakan sekelas mereka tahu hubungan istimewa itu.

"Berapa bulan dah awak tak bayar?" Soal Nazmie lagi.

"Dua bulan." Jawab Amirah.

"Kalau awak takde duit lagi, awak boleh pinjam duit saya dulu." Pelawa Nazmie.

"Eh takpe, awak jangan risau pasal tu. Saya dah ada jalan untuk langsaikan yuran tu." Balas Amirah berbohong. Dia sebenarnya masih buntu memikirkan.

"Betul ni taknak pinjam duit saya dulu?" Nazmie inginkan kepastian.

"Betul, awak jangan risau ye." Amirah cuba menyedapkan hati lelaki itu.

"Ehh Emi, kau janganlah rapat sangat dengan si busuk ni. Nanti melekat pula miskin dia dekat kau." Ujar Batrisya lalu disambut oleh gelak tawa rakan-rakannya.

"Aku lebih suka melekat miskin tapi pandai, daripada melekat kaya tapi bodoh. Tiap-tiap kali test or exam je mesti dapat nombor last." Perli Nazmie.

"Eh kau nak cari pasal dengan aku ke?" Batrisya bangun kerana merasa geram diperli oleh lelaki itu.

Namun ketika itulah guru yang mengajar tiba di dalam kelas mereka. Batrisya kembali duduk dan hanya menahan perasaan geramnya. Kelihatan ada senyuman di wajah Amirah setelah mendengar Nazmie memerli wanita itu.

==================================================================================

Hujung minggu mengunjung tiba, Amirah keluar daripada bilik tidurnya seusai solat subuh. Kelihatan tiada sesiapa yang berada di ruang tamu. Tiba-tiba kedengaran bunyi orang sedang memasak dari arah dapur.

Dia dapat mengagak siapakah gerangan yang berada di dapur. Dia terus menuju ke arah bunyi tersebut. Ketika tiba di dapur, kelihatan seorang wanita yang berkerusi roda sedang memotong bawang.

"Ibu, kan adik dah cakap kalau cuti sekolah biar adik je yang masak. Kenapa ibu nak masak juga hari ni?" Soal Amirah lalu menghampiri ibunya.

"Tak kesah lah adik cuti ke tak, tapi memang memasak ni tugas ibu. Jadi memang ibu yang kena siapkan juga." Balas Mahani.

"Orang tua tu mana?" Soal Amirah sebelum duduk di sebelah ibunya.

"Maksud adik, ayah ke? Kalau ayah, dia ada dalam bilik lagi. Tengah tidur." Balas Mahani yang kini ingin memotong cili pula.

"Geli lah nak panggil ayah. Kenapa ibu boleh pilih nak kahwin dengan lelaki macam tu ye? Lelaki paling tak berguna yang pernah adik jumpa!" Amirah berasa geram apabila bercakap mengenai ayah tirinya itu.

"Jangan cakap macam tu, jodoh pertemuan ni memang dah diatur oleh tuhan. Tak baik kita mengeluh macam tu sekali." Tegur Mahani.

"Ingat ibu kahwin dengan dia, beban kita makin berkurang. Tapi sekarang ni beban kita makin bertambah pula. Dia tu memang taknak cari kerja ke?" Soal Amirah.

"Ibu pun tak tahu nak cakap apa, mungkin dia belum ada rezeki lagi untuk dapat kerja kot." Balas Mahani ingin menyedapkan hati.

"Ingat lepas apa yang jadi dekat kaki ibu, dia akan berubah dan jadi bertanggungjawab. Rupa-rupanya dia makin menambahkan hutang keluarga kita. Hari-hari orang datang tuntut hutang dekat rumah." Omel Amirah.

"Kita berdoa lah yang dia boleh dapat kerja tetap lepas ni dan keluarga kita dimurahkan rezeki." Mahani cuba menyedapkan hati anaknya.

"Bila cakap pasal orang tua tu je, mesti sakit hati. Dah lah, malas nak cakap pasal dia. Along mana mak?" Amirah mengubah topik.

"Along lepas subuh tadi terus pergi ke kebun, pergi menoreh." Balas Mahani.

"Alamak, adik dah janji yang adik nak tolong along menoreh. Takpe lah adik masak cepat-cepat, lepas tu terus pergi ke kebun." Amirah kemudian bangun dan cuba menyiapkan sarapan.

"Takpe, ibu boleh buat sorang-sorang semua ni. Adik pergi lah siap-siap untuk ke kebun." Ujar Mahani.

"Takpe, adik sempat nak tolong ibu siapkan sarapan dulu." Amirah masih berkeras. Mahani akhirnya akur dan membenarkan anaknya itu membantu.

Bersambung...

Amirah AqilahWhere stories live. Discover now