Bab 30 : Live host

1.8K 28 2
                                    

"Honey, we need to talk." Ujar Robert sebaik memasuki banglo tersebut.

"Why did you come home? Why don't you just go to that woman?" " Suzy langsung tidak memandang ke arah suaminya itu.

"Whatever you hear from Effa is not true at all." Robert cuba menjelaskan.

"Stop lying! I saw with my own eyes !" Tegas Suzy.

"Believe me, Effa and I have nothing to do with each other." Robert cuba meyakinkan.

"Enough, I don't want to hear anything from you. Please get out of here." Suzy menolak tubuh Robert ke luar pintu rumah.

"Please honey, let me explain first." Rayu Robert.

"Just get out!" Suzy tetap menolak tubuh lelaki itu.

Dia kemudian terus mengunci pintu rumahnya. Buat masa sekarang dia tidak berbincang mahupun melihat wajah lelaki itu. Hatinya sungguh remuk setelah mengetahui apa yang telah lelaki itu lakukan di belakangnya.

Kedengaran suara lelaki itu masih lagi merayu di sebalik pintu rumah. Namun Suzy tidak mempedulikan, sebaliknya terus berlari menuju ke tingkat atas. Dia terus masuk ke dalam bilik tidurnya.

Kelihatan anak perempuannya yang berusia tiga tahun sedang lena dibuai mimpi. Dia terus memeluk tubuh anak kecil itu sambil matanya mula berkaca. Hanya anak kecil itu sahaja yang mampu memberi kekuatan kepada dirinya.

==================================================================================

"Mira, masuk bilik I sekejap." Suzy yang berada di pintu bilik pejabatnya memanggil pekerjanya itu.

Amirah tidak tahu apa yang diinginkan oleh wanita itu, namun dia tetap menuruti. Dia kemudian terus memasuki bilik tersebut. Kelihatan ada sepasang lelaki dan perempuan separuh abad sedang berada di dalam bilik itu.

"Mira, kenalkan ni Dato Mahmud and his wife, Datin Marliah." Suzy memperkenalkan tetamu yang barada di hadapannya.

"Dato dan datin adalah our regular costumers. Mereka ada datang saksikan fashion shows kita last time." Jelas Suzy.

"I ingatkan U ni memang betul-betul bertudung." Datin Marliah berasa agak terkejut melihat gadis itu berbeza dengan apa yang dilihatnya tempoh hari.

"Buat masa sekarang ni saya masih lagi on & off tudung. Insyaallah satu hari nanti saya istiqamah." Amirah sendiri tidak tahu jawapan apakah yang perlu diberi memandangkan dia tidak tahu niat kedatangan pasangan itu.

"Dato dan datin berminat untuk kamu terbabit dengan business yang akan kami jalankan. Itu lah sebabnya mereka datang untuk berjumpa dengan kamu sendiri." Jelas Suzy.

"Nak saya terbabit sekali? Business apa tu?" Amirah tidak mengerti.

"Takpe, nanti I terangkan dekat U. Sekarang ni U berminat tak?" Soal Suzy.

"Kalau kena dengan harga bayaran dia, saya tak kisah." Balas Amirah.

"Yang tu U jangan risau, kami memang akan bayar harga yang berpatutan." Kini Dato Mahmud pula mencelah.

"Kalau macam tu saya ok je." Balas Amirah.

==================================================================================

"Teha, kau tahu ke pasal business lain madam?" Amirah menghampiri Fateha yang sedang berbaring di atas katil.

Dia kemudian berbaring di sebelah rakannya itu. Sempat lagi matanya merenung peha gebu rakannya itu yang hanya mengenakan short pants. Terasa sungguh geram melihat peha bergetah rakannya itu.

"Maksud kau pasal buat live promote tu ke?" Fateha pula menyoal.

"Haah, kau tahu ke?" Soal Amirah.

"Tahu lah juga. Madam ada dua business, butik yang tempat kita kerja tu dengan buat live promote. Asalnya business yang lagi satu tu madam serahkan pada husband dia untuk handle." Jelas Fateha.

"Habis tu kenapa dato dengan datin hari tu datang jumpa madam? Kenapa tak jumpa suami madam tu je." Amirah ingin tahu lagi.

"Kau sendiri tahu kan madam dengan suami dia macam mana. Dengar cerita diorang dah nak bercerai, tu lah sebabnya kenapa madam nak ambil balik business dia yang lagi satu tu." Jelas Fateha lagi.

"Madam cakap yang dato dan datin tu nak aku terlibat dengan business tu. Apa yang perlu aku buat?" Soal Amirah lagi.

"Aku pun tak pasti kenapa diorang nak kau terlibat sekali, tapi kerja live promote ni macam yang kau tengok kat tv tu. Alah yang macam 'go shop' dengan 'cj wowshop tu'." Jelas Fateha lagi.

"Diorang buat macam mana?" Amirah masih lagi tidak mengerti.

"Madam tak bagitahu kau ke? Nanti akan ada peniaga gunakan platform kita untuk promote barang diorang secara live. Jadi kita akan jadi host dan promote barang diorang." Jelas Fateha.

"Kau pernah ke terlibat dengan business live promote madam ni?" Soal Amirah.

"Masa madam mula-mula buat business tu dua tahun lepas, ada lah aku terlibat sekali. Tapi lepas madam serahkan dekat suami dia, aku dah tak terlibat. Effa pernah rasanya jadi host live promote ni." Jelas Fateha lagi.

"Entah-entah masa dia jadi host tu kot dia dengan suami madam mula berskandal." Amirah cuba mengagak.

"Entah lah, tak berani nak tuduh-tuduh. Madam tak bagitahu ke apa yang kau perlu buat nanti?" Soal Fateha.

"Takde pun." Amirah menggelengkan kepalanya.

"Takpe lah, esok-esok madam bagitahu lah tu." Balas Fateha.

==================================================================================

"Ada perkara apa madam panggil kami semua?" Soal Fateha sambil dibelakangnya ditemani oleh Amirah, Afidah, dan Erni.

"I rasa U alls tahu kan yang I akan ambil alih balik company I yang lagi satu." Suzy memulakan bicara.

"Ya kami tahu, jadi macam mana dengan kerja kami?" Soal Afidah pula.

"Kita akan berpindah ke tempat lain. Kali ni tempat kerja kita akan lebih besar dan lebih ramai pekerja sebab I akan gabungkan terus pekerja di sini dan pekerja di company I lagi satu." Jelas Suzy.

"Jadi, skop kerja kami sama je ke atau lain?" Erni inginkan penerangan.

"Sama je. Dekat tempat kerja yang baru nanti, I akan pisahkan bangunan tu kepada dua bahagian. The first one adalah bahagian butik dan menjual semua pakaian, the second one adalah studio untuk buat live ni." Jelas Suzy lagi.

"Kiranya takde apa-apa perubahan lah ye selain daripada tempat kerja baru je?" Amirah pula ingin tahu.

"Ya, takde perubahan sangat melainkan kalau I nak U alls bekerjasama dengan others stuff. Tapi Mira, I nak U jadi host untuk produk Datin Marliah yang U jumpa hari tu." Jelas Suzy.

"Tapi saya tak pernah jadi host ni, saya tak pandai lah." Balas Amirah.

"Takpe, nanti I dan host yang lain akan ajar macam mana cara nak promote barang-barang client kita nanti." Jelas Suz lagi.

"Kalau macam tu ok lah." Balas Amirah. Meskipun dia masih tidak faham, namun dia tetap akan cuba menunaikan permintaan itu. Ini demi menambah pendapatannya.

Bersambung.... 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Amirah AqilahWhere stories live. Discover now