NL❤️IS 2

763 70 86
                                    

Hubungan Nuh dan Izzah semakin rapat selepas kejadian kemalangan itu. Nuh akui dia selesa berkawan dengan Izzah walaupun Izzah seorang doktor. Mungkin juga sebab Izzah bertugas di hospital swasta bukannya hospital kerajaan. Mereka mempunyai masa juga untuk keluar bersama walaupun tidak selalu.

"You pernah bercinta Izzah?" Soal Nuh.

"Tak pernah..crush tu banyaklah..sebab I sejenis fokus dengan study dan kerja I..untuk fikir soal cinta ni, I rasa belum lagi." Balas Izzah.

"You bukan muda lagi sampai you rasa belum nak fikir.." kata Nuh.

"Faham..tapi, I tak berani untuk ada sebarang hubungan yang serious. You tahu kan kerja I macam mana..kalau I terabaikan orang yang I sayang tu macam mana? I tak sanggup diduakan.."

"Jauh betul you fikir..belum ada hubungan lagi, you dah fikir diduakan.." Nuh menggeleng kepalanya.

"Kena fikir ke depan you..lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat..bagi muka, naik minyak dia.." balas Izzah.

"Bukan semua macam tu Izzah.." balas Nuh meleret. Izzah memandang ke arah Nuh. "Memang bukan semua, tapi itulah yang I jumpa..kawan kawan I yang dah kahwin, mostly pasangan diorang tak nak faham.."

"Kawan kawan you?" Soal Nuh.

"Maksud I, kawan I yang sama kerjaya dengan I..end up, diorang bercerai..itulah yang buat I takut sebenarnya.." balas Izzah.

Nuh pamer senyum. "Semua yang jadi dalam hidup kita dah tertulis Izzah. Baik atau buruk, kita perlu hadap semua tu..jangan pernah anggap perkahwinan tu suatu yang berat..perkahwinan itu dituntut dalam islam. Kalau bahasa kasarnya, orang akan cakap perkahwinan adalah satu perjudian. Rezekinya, bila kita dapat pasangan yang tepat dan you kena ingat Izzah..tiada manusia yang sempurna dan dalam perkahwinan kita tak cari kesempurnaan. Tapi, kita saling melengkapi untuk mendapat kesempurnaan itu. I faham, tak ada perempuan yang berkahwin untuk diceraikan..sama juga macam lelaki Izzah. Mencintai dan dicintai oleh pasangan kita adalah perkara yang paling indah dalam hidup. Kalau you tanya I, apa yang I nak dalam hidup sekarang ni..I nak isteri yang faham dan boleh temani I sehingga akhir hayat I..I tak nak buang masa dah.." terang Nuh panjang lebar.

"Carilah teman hidup Nuh..you pun bukan muda lagi.."

"I tengah adjust lah ni.." Izzah mengerutkan dahi. "Siapa? Staff nurse I ke?" Soal Izzah.

"Haaaaa..pandai you..tapi, itulah.."

"Apa yang itulah?"

"I tak minat pula nurse tu.." balas Nuh.

"Dah tu? Doktor? Doktor mana? I excited ni.."

"Betul you nak tahu? Tak menyesal?"

"Kenapa nak menyesal pula?" Izzah bingung.

"Mana tahu nanti you kecewa. Single sampai ke tua nanti.." balas Nuh mengusik. Izzah tayang muka menyampah.

"Errrr..cakap ajelah siapa..mana tahu I boleh tolong.." balas Izzah.

'Haihhhh..kenapa slow eh Izzah ni..' getus hati Nuh. Izzah masih setia memandang Nuh yang termenung itu.

"I'm waiting Nuh.." Izzah tayang senyum manisnya. Nuh yang melihat senyuman itu, mengurut dadanya. 'Kenapa cantik sangat?' Bisik hatinya.

"Nantilah..belum masanya I beritahu..lagipun, takut sekali lagi I jaga jodoh orang..takut I bertepuk sebelah tangan aje.." balas Nuh.

"Tak cuba tak tahu Nuh..kena berani mencuba, kalau tak..terlepas nanti.."

Nuh Luqman (On Going)Where stories live. Discover now